NASRIAH ABDUL SALAM

KHAIRUNNASRIAH ABDUL SALAM, atau Nasriah Abdul Salam– lahir pada 2 Ogos 1983, merupakan Puteri Bongsu daripada 7 orang adik beradik. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Nasriah Abdul Salam merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dalam bidang perundangan.

Memulakan langkah untuk bergelar ahli akademik dalam bidang perundangan, Nasriah Abdul Salam kini dalam proses menyiapkan penulisan akademik untuk pengajian sarjananya. Meminati undang-undang antarabangsa dan hak asasi, Nasriah Abdul Salam turut berpengalaman dalam pembelajaran dan pengajaran undang-undang syarikat dan perkongsian, undang-undang tanah, undang-undang kontrak, undang-undang antarabangsa dan undang-undang perlembagaan.

Manakala dalam bidang penulisan kreatif dan sastera, Nasriah Abdul Salam merupakan mantan Minggu Penulis Remaja-DBP 2005, serta ahli Kelab Penulis Zaharah Nawawi. Antara genre penulisan yang dihasilkan termasuklah cerpen, novel, puisi, pantun dan makalah. Kebanyakan karya yang dilahirkan membawa gagasan ketuhanan, kasih sayang, kemanusiaan serta kebudayaan. Cerpennya, Sehijau Bakau Seteguh Cinta yang bertemakan ketuhanan, kasih sayang dan khazanah alam mendapat hadiah utama kategori cerpen remaja HadiahSastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2006 . Selain itu, cerpennya yang berjudul Banglo Kolonial di Lot 152 turut menggondol hadiah utama bagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2007. Manakala cerpen yang berjudul Selamat Kembali Nurul Merdeka juga turut mendapat hadiah penghargaan dalam anugerah dan tahun yang sama.

Selain itu juga, Nasriah Abdul Salam turut aktif membimbing bengkel penulisan (cerpen & novel) serta turut menerima undangan bacaan puisi untuk acara atau majlis-majlis tertentu.

Secara peribadi, Nasriah Abdul Salam meletakkan ayah bonda sebagai pemacu kekuatan. Namun dalam bidang akademik, Nasriah Abdul Salam menjadikan Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim dan aktivis Perlembagaan Malaysia; Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sebagai inspirasi. Manakala dalam bidang penulisan kreatif, Nasriah Abdul Salam mengkagumi SN A.Samad Said, SN Shahnon Ahmad, SN Arenawati, Azizi Hj. Abdullah, Faisal Tehrani, Zaharah Nawawi dan Siti Zainon Ismail.

Nasriah Abdul Salam merupakan individu yang gemarkan bacaan meliputi buku-buku motivasi, biografi, seni, sastera dan budaya (termasuk seni bina dan seni tampak), agama dan falsafah serta perundangan (meliputi undang-undang adat dan undang-undang Islam).

Blog ini merupakan wadah bagi menyampaikan buah fikir tentang sastera, perundangan, isu semasa dan perkara lain yang merapati kehidupan.

Boleh dihubungi melalui nasriah_salam (YM).

Komen dan pandangan bernas anda mengenai entri yang dikemaskinikan amat dialu-alukan dan dihargai.

Selamat melayari Ujana Nasriah Abdul Salam …

37 Komen (+add yours?)

  1. asma'
    May 11, 2008 @ 15:07:17

    salam..
    k.nas, safy tu org sabah le

    Balas

  2. asma'
    May 12, 2008 @ 12:25:48

    aah..
    bkpo xleh reply emel k.nas aritu
    bleh bg emel lain?

    Balas

  3. Bayan
    May 15, 2008 @ 01:56:23

    Nasriah, ada simpan tak puisi “kelopak rasa’ karya usman awang kalau tak silap. Jika ada emailkan puisi itu pada saya boleh? Terima kasih!

    tejamanis@gmail.com

    Balas

  4. misshuda
    May 28, 2008 @ 08:23:03

    Assalamu’alaikum..
    blh saye link kn website ni kt blog saye?
    tQ…🙂

    Balas

  5. nazri
    Aug 12, 2008 @ 09:31:32

    assalamualaikum,,,
    pertama kali melawat…blog…saudari Nas.
    Semoga bertambah cemerlang…
    Didalam kehidupan.

    Balas

  6. fairuz
    Aug 14, 2008 @ 13:31:56

    go go puteri bongsu biar tanpa a go go !

    salam!

    Balas

  7. nazri
    Aug 18, 2008 @ 23:43:52

    selamat menyambut ramadhan yang bakal menjelang..

    Balas

  8. Amir Hamzah
    Oct 18, 2008 @ 07:21:37

    Banyak ilmu yang saya pelajari di sini

    Balas

  9. Nizam
    Oct 19, 2008 @ 10:03:29

    Salam Kunjungan Buat Saudari Nasriah. Teruskan Menulis

    Balas

  10. Kak Rehah
    Dec 11, 2008 @ 10:28:23

    Assalamualaikum Nasr,

    Tahniah di atas kejayaan penghasilan cerpen ‘Pulanglah Musim Ini”. Semoga terus berjaya dengan cemerlang.

    Salam.
    11/12/08

    Balas

  11. antsufi
    Dec 21, 2008 @ 06:03:32

    Salam ziarah..

    Balas

  12. gerektua
    Jan 03, 2009 @ 13:10:03

    salam…

    Balas

  13. shim bee
    Jan 15, 2009 @ 19:02:43

    tahniah dari shim dan abang azhan..
    teruskan perjuangan

    Balas

  14. nazri
    Feb 08, 2009 @ 14:03:29

    ASSALAMUALAIKUM..OHH grad dari UIA ye

    Balas

  15. shim bee
    Feb 11, 2009 @ 05:11:47

    mengenalimu..
    menyayangimu..
    mengasihimu..
    amat bermakna buat diriku yang sepi
    kehilangan..
    sedih..
    tawa dalam sendu..

    Balas

  16. shim bee
    Feb 12, 2009 @ 18:14:03

    “Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.”
    — Imam Al-Ghazal

    Balas

  17. shim bee
    Feb 12, 2009 @ 18:16:22

    kemanisan dalam perjuangan dirasai bila berdepan dengan cabaran,
    ketenangan yang hakiki dirasai dengan manisnya iman,
    kekerdilan diri dirasai dengan sifat kehambaan

    Balas

  18. shim bee
    Feb 12, 2009 @ 18:30:53

    kak nas,
    kuatkan azam, semangat menghadapi duniamu.

    Balas

  19. mohd ali salim
    Mar 04, 2009 @ 15:39:44

    assalamualaikum
    cari-cari maklumat tersesat juga ke laman web saudara. semoga panjang umur, sihat dan berjaya dalam kerjaya.

    Mohd.Ali B Salim. Kuching Sarawak.

    Balas

  20. izzatie
    Mar 13, 2009 @ 08:03:30

    msg zatie ek

    Balas

  21. fadil_ns
    Mar 22, 2009 @ 15:30:32

    assalammualaikum..

    dah lama meninggalkan sastera ni..

    inginku gapai pelangi tapi tak kesampaian…indahnya pelangi

    Balas

  22. Ihsan Noorzali
    Jun 20, 2009 @ 19:46:55

    Semoga anda terus maju dan berjaya. Tahniah pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan. Saya juga pernah dalam kategori puisi tahun 1996 dan 2004

    Balas

  23. broC
    Jun 25, 2009 @ 04:41:33

    aik??nasriah?
    mcm skelas jer kt 2tion kami time f2..
    if nt mistake…i recgnise her mole on left lips.

    lol…

    Balas

  24. mokthar ciq jb
    Nov 29, 2009 @ 22:17:43

    Salam buat saudari nasriah, tahniah buat anti, tadi skejap saya cari maklumat tentang sekolah lama saya maahad merbau dan maahad lelaki pengkalan chepa, terjumpa pula bloq anti, saya sempat berteduh di bumbung maahad merbau dalam empat tahun semasa pelajar campur lelaki dan perempuan lagi, cerita lama. teruskan perjuangan anti, doa saya anti terus cemerlang dalam lapangan yang diceburi.

    Balas

  25. mohd hafiedz bin samsuri
    May 18, 2010 @ 03:10:37

    Salam,saudari nasriah,sy jadi bangga dgn pencapaian awak,teruskan menggembleng usaha utk menjadi pengkarya yg prolifik,jihad melalui penulisan itu lbh tajam dari mata pedang,percayalah,gdluck n may allah bless u,amin🙂

    Balas

  26. shidi
    Sep 11, 2010 @ 18:31:26

    oh tuhan.. kak nas.. maaf kerana lama tidak merisik khabar. mungkin kerana saya terlalu mengejar cita hingga terlupa amanah kalian untuk saya..

    Balas

  27. farid
    Sep 19, 2010 @ 09:03:26

    salam..ikutilah cerita2 yg mnrik di http://fariduddinalislam.blogspot.com. kerjasama akak amat di alu2 kan…

    Balas

  28. Siti kamariah Binti Kamari
    Dec 15, 2010 @ 21:08:31

    Dik yah, kak ti rindu yang amat padamu. Rindu yang amat… betapa akak tak dapat memutar masa kembali seperti dulu…. anak kecil yang berlari di tepi pantai itu kini telah mengemudi nakhodanya di tengah gelombang laut. Andai masih kau ingat bicara ini; “Mutiara itu amat indah dan tinggi nilainya. Namun untuk memiliki mutiara itu kau harus menyelam ke laut dalam”. Nah, teruskan pencarianmu! Carilah ‘mutiara’ permata kurniaan Allah hingga kau temui kebesaran-Nya. Kak Ti rindu padamu.

    Balas

    • Nasriah Abdul Salam
      Jan 02, 2011 @ 01:23:30

      Kak ET…

      Terharu, dan berair mata baca komen Kak ET. Tak sangka Kak ET jumpa dik yah di blog ni. dan yang paling tak sangka ialah Kak ET ingat lagi rupanya Kak ET pernah pesan tentang ‘mutiara’ tu. Dik yah tak lupa pun, Kak ET..masih ingat sampai sekarang. Berlari di pantai, cari kulit siput dengan Kak ET – ya Allah…waktu tu dik yah darjah dua!

      Sangat-sangat rindu Kak ET. Moga Allah rahmati hidup kat ET dan keluarga.🙂

      Balas

  29. wafa awla
    Jun 04, 2011 @ 20:30:56

    terima kasih kerana membuat saya jatuh cinta pada tinta dan aksara…mpr2011

    Balas

  30. Nuriman Sakinah
    Jun 24, 2011 @ 23:28:57

    as-salam…. akak, boleh tak kalau Sya nak link website ni pada blog Sya?

    Balas

  31. Nuriman Sakinah
    Jun 24, 2011 @ 23:30:49

    As-salam… Kak Nas, kalau Sya nak link website ni pada blog Sya boleh?

    Balas

  32. ahsani
    Mar 21, 2012 @ 13:09:48

    Ass.sy sngat terpacu untuk menceburi ilmu penulisan setelah membca karya2 tulis,diantaranya karya kakak,salam kenal

    Balas

  33. khairul azhar
    Oct 02, 2012 @ 14:32:17

    assalamualaikum kak, saya pelajar UPM , kalau boleh, bolehkah saya menjadikan akak sebagai salah seorang tokoh bagi tugasan saya ini? ..kalau boleh, diharapkan akak dapat membalas kepada email saya di kyunfz@gmail.com

    Balas

  34. nmn
    Mar 24, 2013 @ 23:06:35

    sedang mencari buku seperti madu dalam saringan pas tu nampak pula ada kenduri buku. saya berhajat benar untuk dapatkan buku itu. Amat penting untuk saya. Saya dah mencari merata tapi tak jumpa. Bagaimana boleh saya dapatkannya? Tolong…….. tolonglahh.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: