KE JORDAN-PALESTIN DAN AUSTRALIA-NEW ZEALAND

Sekadar bersantai pada hujung minggu lalu tanpa acara luar, sementelah pula ‘birthday boy‘ yang  berusia itu bertanyakan kek hari lahirnya. Maka saya fikir, ‘Ok, kita akan raikan dengan sesuatu, walaupun biasa-biasa sahaja!’. Memandangkan saya lebih memilih untuk ‘mengaku kalah’ dalam acara membuat kek, saya lalu memilih untuk ‘berziarah’ ke Jordan-Palestin dan Australia-New Zealand hanya melalui ruang dapur! 

Hidangan utama ialah nasi maqlubah, sesekali beralih angin ke negara Jordan-Palestin. Nasi ini seringnya jadi hidangan popular di Jordan dan Palestin, walaupun mungkin turut jadi pilihan di Syiria dan negara sekitarnya. Pertama kali merasainya ialah pada Ramadhan tahun lalu, tatkala dijemput berbuka puasa oleh seorang rakan daripada Jordan. Bezanya, sahabat saya tadi menggunakan ayam sebagai lauk utamanya dan disertakan dengan lapisan kentang. Manakala, saya pula gunakan daging dan tulang rusuk lembu (atas permintaan si ‘birthday boy‘ juga), baki sembelihan hari raya korban lalu. Dilapiskan sekali dengan kentang dan terung bulat.

Hidangan asalnya, nasi yang berlapis dan berselang-seli antara lauk dan kentang (atau terung bulat) akan diterbalikkan di atas dulang. Semestinya mengikut cita rasa atau cara masyarakat Arab yang akan menjamah hidangan beramai-ramai dalam satu dulang. Bezanya sekali lagi, kami pilih untuk jamah dengan cara Melayu sahaja. 

Dan, gandingan pelengkapnya tentulah salathah (salad)!

Kek yang dibuat jarang menjadi. Ini jadikan saya lebih suka menyediakan manisan dan pencuci mulut. Lalu, sekadar sediakan pavlova sebagai iringan ‘meraikan’ hujung minggu yang santai (itupun kurang cemerlang juga) dengan hiasan strawberi dan kiwi segar – manisan yang dikatakan berasal daripada New Zealand dan ada pula yang mendakwa berasal daripada Australia. Saya sukakan sejarah penciptaan resepinya. (Boleh dibaca di Wikipedia atau mana-mana laman web andainya berminat).

“Masih banyak negara dan benua yang kita belum ‘ziarah’. Nanti kita akan ke negara lain di Timur Tengah, Asia Timur, Asia Tengah, bahkan serata dunia juga (asalkan halal!)” 🙂


2 Komen (+add yours?)

  1. Zeti
    Mar 13, 2012 @ 14:42:43

    Wah! Tak sangka Nas hebat di dapur. Tahniah!

    Balas

    • Nasriah Abdul Salam
      Mar 13, 2012 @ 18:38:58

      Kak Zeti; sekadar suka-suka je kak..dah kahwin ni baru belajar-belajar nak masuk dapur ;D

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: