PADA USIAMU DUA-LAPAN

Selamat hari lahir, Tuan Suami!

Alhamdulillah, sempat menyiapkan sebuah puisi untuk dia dalam waktu rehat di pejabat. Sejujurnya pula, inilah kali pertama saya dedikasikan sebuah puisi untuk ulangtahun kelahiran seseorang.

Moga Allah merahmatinya serta memandangnya dengan pandangan rahmat dan kasih sayang. (Moga cermin mata baru itu akan jadikan pemanduannya lebih selamat, lalu hati saya akan lebih tenang!)😉😀

Maaf, saya tak pandai buatkan kek. Sebuah puisi, boleh?

 

 PADA USIAMU DUA-LAPAN

Ketika mereka memilih zaqqum dan danur
kita berikrar memilih zaitun dan kafur
lalu, telah Tuhan rendahkan purnama
untuk kita belajar membeza silau dan cahaya.

Terima kasih; Cendera Hati,
kerana tidak pernah berjanji
membawaku mengenderai angin
untuk memetik sekuntum bunga pagi
dan melihat kekupu berkepak baiduri
di negeri yang pernah kutemui
dalam sebuah puisi. 

Pada usiamu dua-lapan;
tiadalah lagi ajaibnya kata-kata Gibran
sesudah sering engkau gantikan dengan firman. 

NASRIAH ABDUL SALAM
17 November 2011.

Glosari:
Zaqqum
: Buah dalam neraka (Rujuk Surah Al-Waqi’ah: , Al-Dukhan: 43)
Danur: minuman daripada nanah yang diminum ahli neraka (Rujuk Surah Ibrahim: 16)
Kafur
: Minuman ahli syurga (Rujuk Surah Al-Insan: 5-6)

4 Komen (+add yours?)

  1. Dur
    Nov 17, 2011 @ 16:22:34

    🙂

    Balas

  2. Ismi Nailofar
    Nov 17, 2011 @ 18:33:36

    Subhanallah…!
    Bilakah diri ini akan menulis puisi putih untuk si dia ?

    Balas

    • Nasriah Abdul Salam
      Nov 21, 2011 @ 16:23:15

      Ismi Nailofar;
      Boleh buatkan dulu puisi putih yang disimpan. kemudian, boleh hadiahkan.
      Menyimpan puisi sebelum dihadiahkan (pada saya), samalah sepert menyimpan hasrat dan doa.

      Selamat!😉

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: