…HANYA KERANA KUKU.

Dua minggu lalu saya dan Tuan Suami dikunjungi hampir 20 orang tetamu. Sepulangnya mereka, kami bergesa pula ke majlis kenduri perkahwinan seorang teman akrab. Dalam perjalanan, baru saya sedar yang celahan isi di bawah kuku dan  jari-jemari sudahpun kekuningan kerana menggaul garam kunyit pada bahan lauk basah untuk hidangan makan tengah hari tetamu yang berkunjung. Maka gesa pula beg tangan diselongkar untuk mencari pengetip kuku.

“Alamak, jari saya kuning kena kunyit. Memalukan jika nak bersalaman dengan orang nanti.” Saya meluahkan, sekadar mahukan respon ringkas Tuan Suami yang memandu.

Tapi, respon ringkas yang saya harapkan bertukar jadi tazkirah santai yang cukup mengesankan.

Kata Tuan Suami; “Apa diralatkan dengan kuku yang kuning dengan kunyit jika itu jadi saksi di hadapan Allah bahawa kita sudah berusaha melakukan yang terbaik untuk tetamu. Beruntungnya, kerana kuku yang kuning itu akan jadi saksi (kebaikan) bahawa awak sudah memasak untuk suami.”

Kedengaran bagai Tuan Suami berjenaka. Tapi kata-katanya saya benarkan dalam diam.

“Jangan jadi seperti kebanyakan perempuan yang hanya ralit jaga kuku, yang hanya jadi ‘hamba’ kuku merah.”

“Maksudnya?”

Lalu sambung Tuan Suami; “Jangan hanya kerana jadi ‘hamba’ kuku (terlalu menjaga kuku sehingga mengetepikan tugasan lain kerana khuatir mengotor dan merosakkan kuku) sehinggakan tidak memasak untuk suami yang berharap demikian. Sudahnya, terhalang dan gagal meniti Siratul Mustaqim semata-mata kerana kuku yang cantik terjaga semasa di dunia.”

” Apabila tanya Allah nanti; “Aku ciptakan engkau untuk mentaati dan menyenangkan suami, atau untuk jadi ‘hamba’ kuku?” maka ketika itulah (perempuan) mula menyesal. Jangan hanya kerana kuku…”  

“Hanya ingatkan, supaya kita tak ambil mudah perkara-perkara kecil, sedangkan itu bawa kesan besar di akhirat.”

Tazkirah suami benar-benar terkesan. Betapa kadangnya kita terlepas pandang pada perkara kecil dan ambil mudah pada perkara remeh, sedangkan berkemungkinan perkara kecil dan remeh itulah yang mungkin jadi penyebab kita gagal meniti Siratul Mustaqim dan ‘dimalukan’ oleh Allah di Mahsyar nanti. Apatah lagi jika berkaitan dengan hak-hak suami yang ‘diketepikan’ tanpa sedar. Bukankah amal kebaikan dan amal keburukan yang sebesar zarah sekalipun ada timbangan dan balasannya di sisi Allah?

Dan, apalah sangat ‘keburukan’ yang ternampak pada mata manusia, sekiranya tidak begitu pada pandangan Tuhan. Bahkan, Rasulullah S.A.W meriwayatkan; Allah tidak memandang rupa parasmu dan hartamu, tetapi Allah memandang amalanmu. (Riwayat Muslim dan Ibnu Majah).

Sesampai di dewan keraian perkahwinan yang kami tuju, saya kongsikan tazkirah tadi dengan sahabat-sahabat perempuan lain yang duduk semeja. Mudahan ada manfaatnya perbualan dengan Tuan Suami sebentar tadi.

Salam hormat,
dan, salam kasih sayang sejagat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: