CATATAN TERTANGGUH – SELEPAS DUA PURNAMA

Sewajarnya entri ini dimasukkan sejak dua bulan lalu. Makanya, ini benar-benar catatan yang tertangguh. Catatan yang wajar ditulis untuk merakam tanggal 13 Mac 2011, hari ini dimasukkan pada 13 Mei 2011 – selepas dua bulan saya mulakan hari dan ‘bertugas’ sebagai seorang isteri secara rasmi.

Pernah saya terbaca satu hadis dalam kitab Tibb Nabawi – riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim yang bermaksud; Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang yang saling menyintai seperti halnya pernikahan.

Kenapa hadis tersebut dirakamkan dalam kitab perubatan? Setentunya kerana hikmah-hikmah besar sebalik pernikahan itu sendiri yang bukan hanya mencegah penyakit fizikal, bahkan sebagai ‘ubat’ emosi dan ‘terapi’  jiwa. Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W meriwayatkan; Wahai orang muda, barangsiapa yang berkuasa untuk berkahwin antara kamu maka berkahwinlah. Sesungguhnya berkahwin itu melembutkan pandangan dan menjaga kehormatan. Dan barang siapa yang tidak mampu, maka berpuasalah, kerana puasa itu boleh melemahkan syahwat. (Riwayat Bukhari).

Secara jelas, Islam terlebih dahulu membawa pencegahan berbanding pengubatan. Dalam hadis riwayat Ibn Majah, Baihaqi dan al-Bazzar, Rasulullah S.A.W mengingatkan dengan jelas mengenai penyakit yang datang disebabkan oleh perhubungan di luar perkahwinan, yang bermaksud;  Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa…satu antaranya adalah, apabila zina zahir dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu. [Mudahan Allah melindungi kita].

Sesungguhnya perkahwinan adalah satu RAHMAT untuk sesiapa yang memandang perkahwinan dari kanta positif. Secara peribadi pula, saya jadikan titik tolak untuk membaiki diri biarpun dalam hal dan urusan kecil, menjadi tempat untuk belajar, dan yang penting ialah sebagai tempat untuk lebih mengingat Tuhan dan menghidupkan sunnah nabi-Nya.

Untuk pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga; saya doakan agar kalian selalu dalam RAHMAT Allah. Mudahan tidak berantakan, dan mohon dijauhkan dari perceraian (talak 4 sekali gus, lebih-lebih lagi). Untuk yang belum berumah tangga, diharapkan kalian memudahkan jalan perkahwinan (bukan menyulitkan).

Ini adalah RAHMAT – selepas Tuhan menukar cahaya menjadi nirmala, cendera menjadi purnama, halba menjadi cendana, kata-kata menjadi doa, gemala menjadi nurbisa, rasa menjadi cinta, dan ujana menjadi syurga.

Doakan kelak saya (dan setiap yang bergelar isteri) dapat memilih mana-mana pintu syurga yang kita suka. (Maksud hadis riwayat al-Bazzar; Apabila seseorang perempuan itu sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki).

Salam hormat.

 

2 Komen (+add yours?)

  1. Hartini Omar
    Jun 17, 2011 @ 17:50:11

    Salam kak,

    Dan haruslah saya juga telah terkebelakang dalam mengucapkan tahniah kepadamu. Tahniah kak. Selamat pengantin baru. Barakkallahu wa barak alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair. Ameen

    Balas

    • Nasriah Abdul Salam
      Jun 28, 2011 @ 10:25:41

      Cik Hartini Omar,
      Aduh…mana cik menghilang ni cik..
      lama tak jumpa kan?
      nanti bolehlah aturkan pertemuan
      bersembang, tukar cerita, nyamankan minda..

      untuk ucapan di atas, terima kasih, kawan.
      dan mudahan rezekimu menyusul
      apabila Tuhan mengkehendaki yang baik-baik untukmu
      Tuhan tentu sahaja melorongkanmu ke arah itu,
      dengan sendirinya.

      salam sayang.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: