HARI INI MASIH BOLEH BUKA MATA (?)

 (Gambar dikreditkan kepada: http://www.photographycorner.com)

Sebelum tidur malam tadi kita sudah merencanakan apa aktiviti yang mahu dilaksanakan hari ini. Lalu, malam tadi tidur kita benar-benar lena.

Tapi, bayangkan pagi ini kita tidak dapat membuka kelopak mata biarpun puas mencuba. Kelopak mata terlalu berat untuk dibuka. Mata belum dapat dicelikkan biarpun kita sudah terjaga dari lena. Dan, ketika itu kita terlalu gelabah. Sangat gelabah!

Maka, betapa besar sekali nikmat yang Tuhan berikan untuk kita pada pagi ini jika kalian dapat membaca entri ini (dan saya pula dapat menulis sekali lagi di ujana ini). Kerana sebetulnya; kita tidak mampu membuka kelopak mata tanpa keizinan, perlindungan, pertolongan dan rahmat Tuhan (sekadar untuk buka atau angkat kelopak mata). Apatah lagi untuk bergerak dan melaksanakan agenda kehidupan untuk hari ini.

Segala puji hanya untuk Dia, kerana hari ini kita masih boleh buka mata!

Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit) dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah – sebagai pelindung atau pemberi pertolongan [As-Shura: 31]

 (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat   dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.  [Al-Imran: 8]

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: