TERUSKAN!

I.
Sepuluh hari berlalu sejak entri sebelumnya. Maka, ingin sekali lagi mencatatkan tarikh hari ini – 11.01.11 dalam entri baru.

II.
Beberapa hari lalu saya ketemu dengan seorang sahabat akrab. Si sahabat bertanya khabar dan saya kongsikan perkembangan terkini. Lalu katanya; “Ah, come on…!”

Dia seraya buat-buat menapak dua tiga langkah hingga saya kerutkan kening.

“Meaning?”

Lalu balasnya; “Just move forward, babe!”

Hari ini, saya terima emel daripadanya dengan subjek ‘Smile and Proceed’. Beserta sama beberapa bahan bacaan yang boleh membugarkan fikiran, setidak-tidaknya.

III.
Semalam saya didatangi seorang teman yang butuhkan pandangan dan bantuan untuk memutuskan satu perkara peribadi. Lalu saya capai sehelai kertas dan pen, membahagikan kepada empat bahagian bertanda ‘strength, weakness, opportunity‘ dan ‘threat‘ seperti seringnya saya lakukan dalam membuat keputusan.

IV.
Dalam kehidupan ini, adakalanya kita kebuntuan dalam membuat keputusan dan perlukan bantuan seseorang untuk memberi ‘tunjuk arah’. Dan, adakalanya juga kita mampu membuat keputusan sendiri, namun kita perlukan seseorang untuk memberitahu dan meyakinkan kita bahawa apa yang kita putuskan itu ialah satu pilihan yang betul. Ringkasnya, kita perlukan seseorang untuk memberitahu; “Teruskan!”

2 Komen (+add yours?)

  1. Mohammad Hafiz Abdul Latiff
    Jan 14, 2011 @ 13:00:51

    Assalamualaikum Kak Nas,

    Terima kasih. Benar apa yang Kak Nas nukilkan dalam entri kali ini. Hidup harus diteruskan walau apapun dugaan yang diterima. Bak kata Kak Nas juga, ‘Every WHY has its WHEREFORE.”

    Sekali lagi, terima kasih atas segala nasihat yang diberikan. Semoga Khaliq melindungi Kak Nas selalu. Amin Ya Rabb. =)

    Balas

    • Nasriah Abdul Salam
      Jan 14, 2011 @ 13:55:32

      Hafiz;
      Terima kasih atas doa, dan yang sama dikembalikan pada awak juga.

      Teruskan! – Allah mengajar kita untuk terus berkreatif memikirkan peluang-peluang baharu dan merencanakan apa yang sewajarnya dibuat. Ada juga Kak Nas muatkan dalam entri baru di ujana ini.

      Mudahan semua pekerjaan dipermudahkan!

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: