MEMBUKA TINGKAP 2011

Secara sengaja entri ini dikemas kini untuk merakam tarikh 1.1.11, Sabtu. Pujian yang paling autentik hanya milik Allah, maka sehari lagi usia dipanjangkan untuk membuka tingkap 2011 sesudah lampu 2010 dipadamkan di kamar kehidupan.

Teman-teman banyak merencana resolusi tahun baru. Bahkan ada yang mencatat harapan untuk melupakan perkara-perkara yang tidak menggembirakan sepanjang tahun sudah. Dan untuk diri sendiri; syukur sekali atas kurniaan kegembiraan sepanjang 2010 sehinggakan tidak terfikir apakah kesedihan atau keralatan yang tertinggal untuk dilupakan.

Sekali lagi, pujian paling autentik dihantar kepada Dia – yang memberi ujian setimpal dengan keupayaan hamba untuk mengandarnya. Pun, masih saya doakan agar 2011 digenapkan dan dilengkapkan dengan perkara yang membahagiakan dalam setiap urusan, perancangan dan pekerjaan. Sungguh, ukuran kebahagiaan pada setiap individu benar-benar berbeza. Kita bahagia dengan ketetapan yang Tuhan kurniakan pada kita, dengan cara kita sendiri. Oleh itu, teruskan berdoa agar diberikan yang terbaik pada ukuran Tuhan, bukan pada ukuran kita.

Lalu, ingin saya titipkan petikan doa daripada hadis sahih sebagai peringatan untuk diri sendiri (dan pembaca) dalam menghadapi perancangan tahun 2011. Mudahan diberi ketetapan hati dan keimanan dalam apa juga ujian Tuhan. Dikepilkan bersama entri, dan mudahan bermanfaat.

Selamat membuka tingkap 2011, selamat mengelap cerminnya yang tentu akan berkabut juga, dan sesekali tukarlah hiasan langsir jika perlu.

Setiap kehebatan ujian akan berkadaran terus dengan keteguhan iman!

 

Nasriah Abdul Salam.
(dengan senyuman)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: