SEKETIKA BERSAMA YUSUF ISLAM

Entri ini sewajarnya dimasukkan sejak lebih tiga minggu yang lalu. Namun beberapa kekangan kerja tidak memungkinkan saya mencatatnya lebih awal.

Catatan di sini lebih bertujuan untuk merakam aktiviti peribadi. Dengan penambahan; saya ialah seorang penggemar irama nasyid tempatan dan antarabangsa; Yusuf Islam (atau Cat Steven) adalah salah seorangnya. [Laman web peribadi Yusuf Islam boleh dipaut di sini.] Umum mengetahui; Yusuf Islam dan/atau Cat Steven ialah orang yang sama. Namun pada peribadi beliau – berbeza.

Ziarah saya ke masjid Universiti Islam Antarabangsa pada 26 November lalu memberi peluang mengisi Jumaat dengan sedikit kelainan; bersama menyertai jemaah solat Jumaat bersama Yusuf Islam dan seterusnya mengambil titipan hikmah lewat tazkirahnya. Antara yang paling kuat melekat dalam ingatan (berulang mengingatkan diri sendiri yang secara langsung terlibat dalam penulisan dan pendidikan) ialah pentingnya melaksanakan tugas dakwah.

Syukur (ada uja yang bersekali) Tuhan berikan kesempatan ini.  Biarpun hanya tazkirah ringkas dan pendek (dan pengisiannya juga sudah sering didengar dan dibaca); namun ada ‘kesan’ yang tersendiri apabila terbit daripada individu yang pernah merakamkan Tea for the Tillerman, Teaser and the Firecats, Catch Bull at Four (dan lain-lain) sewaktu namanya masih Steve Adam dan Cat Steven.

Dan kini; dia ialah Yusuf Islam – datang dengan album yang berbeza pengisian dan lirik dengan yang sebelumnya; An Other Cup, ataupun yang terkini Roadsinger (To Warm You Through the Night). (Dan, saya sendiri; paling gemari I Think I See the Light dan Don’t Let Me Be Misunderstood. Kedua-duanya dalam album An Other Cup).

(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk  kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya. (Ali-Imran: ayat lapan)

Rakaman tazkirah ringkas dilampirkan bersama catatan ini;

 

Sedikit perjalanan atau pertukaran daripada Cat Steven ‘menjadi’ Yusuf Islam saya tinggalkan sekali di sini;

 

Juga, yang jadi kegemaran saya, I Think I See The Light;

 

Mudahan bermanfaat;
Nasriah Abdul Salam.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: