RAHMAT

 

Engkau (pemilik atma pawana) –
adalah cahaya; sebelum Tuhan tukar jadi nirmala
adalah cendera; sebelum Tuhan tukar jadi purnama
adalah halba; sebelum Tuhan tukar jadi cendana
adalah kata-kata; sebelum Tuhan tukar jadi doa
adalah gemala; sebelum Tuhan tukar jadi nurbisa
adalah rasa; sebelum Tuhan tukar jadi cinta
adalah ujana, sebelum Tuhan tukar jadi syurga.

 

Nasriah Abdul Salam
Catatan di hujan perbukitan, mampir senja
Syukran, Tuhan.”

2 Komen (+add yours?)

  1. Mohammad Hafiz Abdul Latiff
    Dec 11, 2010 @ 15:36:51

    Assalamualaikum w.b.t.

    Kak Nas,
    Membaca puisi ini mengingatkan saya betapa besarnya rahmat Tuhan. Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan. =)

    Balas

    • Nasriah Abdul Salam
      Dec 12, 2010 @ 21:03:26

      Hafiz;
      baca komen Hafiz buat akak teringat satu kalam Allah (pada akak ayat ni memberi inspirasi untuk memotivasikan diri sendiri), surah Al-’Araf ayat 56, maksudnya;

      ‘Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya RAHMAT Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.’

      Pendek kata (di sini); selalu buat kebaikan, kena selalu berdoa, dan baiki amalan untuk dapatkan rahmat Allah.

      sekadar kongsi.🙂

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: