BENGKEL PENULISAN (CERPEN, NOVEL & BLOG) DI UIAM, INDERA MAHKOTA

Aktiviti penulisan dan sastera pertama yang ada dalam jadual saya seusai aidilfitri lalu ialah memenuhi undangan Science Student Society, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Indera Mahkota (Kuantan) untuk mengendalikan sebuah bengkel penulisan di sana.

26 September lalu, bengkel sehari yang dibahagikan kepada dua slot; novel dan blog untuk slot pertama, serta penulisan cerpen untuk slot kedua berjalan lancar. Syukur sekali; masih Tuhan bekalkan sedikit kesihatan yang mencukupi untuk penuhi undangan ini.

Bergandingan dengan Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri yang mengisi slot penulisan blog dan novel, (entri mengenainya boleh dibaca di sini); saya ditaklif untuk mengendalikan sesi bengkel penulisan cerpen pada sebelah petangnya. Sedikit ‘kekok’ mengisi slot yang audiennya relatif muda. Masakan tidak, 90% daripadanya ialah remaja sekolah menengah yang masih di tingkatan 2 dan 3. Inilah antara usia peserta paling muda yang pernah saya bimbing!

Biarpun tidak dimaklumkan lebih awal mengenai usia peserta bengkel saya, rasa kagum dan berbesar hati melihat semangat dan keinginan yang ditonjolkan rupa-rupanya membantu saya untuk cepat menyesuaikan diri dengan peserta. Panggilan ‘adik-adik’ dan slot yang banyak ‘dicairkan’ dengan jenaka (juga melayan balas jenaka pesertanya) menjadikan pengisian slot lebih santai. Juga, saya perlu berterima kasih pada Ilham Hafiz; kerana turut menyumbang idea untuk ‘bersantai’.  :)

Secara keseluruhan, peserta didedahkan dengan perkara-perkara asas dalam penulisan. Kebanyakkannya sudah mesra (atau paling tidak, pernah dengar dan tahu) dengan plot, watak dan perwatakan, serta latar. Oleh yang demikian, kerja menurunkan ilmu penulisan secara praktikal dirasakan lebih mudah.

Usai berbengkel petangnya; saya (beserta Sayidah Mu’izzah dan Ilham Hafiz) melajakkan pemanduan ke Pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Hasrat mengejar senja tidak kesampaian apabila kami tertukar laluan. Sudahnya senja sudah sempurna tatkala kami tiba.

Pulang dari Kuantan; saya mendoakan yang baik-baik sahaja sepanjang permusafiran itu. Antara yang utama; biarlah lahir penulis yang menyampaikan kebaikan dalam kelompok anak-anak didik ini. Biarpun bukan semua; seorang sudah memadai!

Diperturunkan gambar-gambar bengkel. Catatan peribadi salah seorang pesertanya juga; Aiman Mohammad,  boleh dibaca di sini.

 

 

 

6 Komen (+add yours?)

  1. Mohammad Hafiz Abdul Latiff
    Oct 12, 2010 @ 23:42:43

    Assalamualaikum w.b.t.

    Kak Nas,

    Tahniah kerana berjaya menyempurnakan taklif dalam membimbing adik-adik tersebut. Terima kasih kerana memberi ruang untuk saya membuat ‘penampilan istimewa’ semasa sesi Kak Nas berjalan. =)

    Balas

    • Nasriah Abdul Salam
      Oct 13, 2010 @ 09:36:00

      Waalaikumussalam wrt;

      Hafiz, terima kasih atas bantuan. tanpa ‘tangan’ daripada Hafiz, Eja dan semua yang terlibat tentunya kerja ini sukar dibuat sendiri. Lebih-lebih lagi dalam keadaan fizikal Kak Nas seperti tempoh hari. Tuhan sahaja yang balas jasa kalian.🙂

      Balas

  2. Mohammad Hafiz Abdul Latiff
    Oct 16, 2010 @ 02:37:18

    Kak Nas,

    Orang kata, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, kan? Hehehe. Itu sebab saya cuba menjadi ‘tangan’ yang memberi. Hahah. (menafikan bahawa tangan yang menerima itu bukanlah tidak baik) ;p

    Apapun, tahniah sekali lagi.

    Balas

    • Nasriah Abdul Salam
      Oct 17, 2010 @ 10:45:33

      Terima kasih sekali lagi, Hafiz. Insya-Allah, mudahan Dia permudahkan urusan Hafiz kerana bantu permudahkan urusan kami.

      Balas

  3. Mohammad Hafiz Abdul Latiff
    Oct 17, 2010 @ 11:13:04

    Kak Nash,

    Insya-Allah, Kak. Doakan saya mendapat kekuatan untuk itu kerana sesungguhnya saya sangat ‘lemah’ sekarang.

    Balas

  4. abenk
    Oct 28, 2010 @ 16:16:22

    nice info ..salam kenal….
    check it out.. klik ini

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: