KEADAAN DEMI KEADAAN

Minuman untuk sarapan; kopi, seperti selalunya.

Pagi Ahad; menyemak diari dan menyusun aktiviti, mengemaskini setiap acara mingguan, bulanan serta tahunan – terlalu banyak yang perlu dilakukan.  Saya perlu saling pintas-memintas dengan masa, juga belajar-belajar menyesuaikan diri dengan keadaan dan ‘suasana’ baru. Tidak tahu sampai bila saya boleh bertahan, tetapi saya dengar banyak suara yang meminta saya untuk bertahan dan meneruskan. Salah satunya, ialah suara Tuhan.

Menikmati kopi bersendirian memberi peluang memikirkan sesuatu. Sehingga saya mencatat sesuatu pada helaian hadapan diari tadi;

Aku Mahu Jadi Seperti Biji Kopi!

Ya, saya akan larut dalam kepanasan air. Tapi setidaknya, saya sudah mengubah keadaan. Sudah mencipta sesuatu yang baru, memberi aroma yang berlainan, dan menyedekahkan rasa senang untuk si penikmat.

Oh ya; jangan khuatir – saya tetap kekal sebenarnya. Cuma, dalam bentuk yang lain.

Doakan kelangsungan saya dalam semua urusan dan pekerjaan.

(Gambar di ambil di sini)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: