WARKAH HIJRAH DARI HATI YANG PECAH

Selesai bercakap dengan teman terdekat. Percakapan di telefon dengannya mengingatkan tentang pentingnya meningkatkan kemajuan diri (fizikal dan rohani) sepanjang masa, setiap hari.

Ya, dalam kesibukan kami (dan anda juga), barangkali kita tercicir pandang mengenai hal ini. Menyambung aktiviti seterusnya hari ini, buat saya terfikir sudahkah saya menyumbang untuk kebaikan manusia lain [jika hanya tekun dengan kerja sendiri atau berlayar santai di internet], sedangkan Rasulullah S.A.W mengingatkan; sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat untuk manusia lain (Riwayat At-Tabrani).

Puisi Warkah Hijrah Dari Hati yang Pecah diperturunkan, untuk teman terdekat tadi (dan anda juga, tentunya). Mudahan kami (dan anda) jadi manusia yang banyak menyumbang untuk kebaikan. Untuk yang sebelum dan selepasnya; kita hanya mengharapkan keampunan dan hidayah-Nya.


Warkah ini kutulis, Tuhan
di sudut fitrah yang paling sunyi
kalimahnya kupilih sesudah melihat diri
dari ruang asing di pinjung rohani
bahasanya kucari setelah menuris egois
tatkala muhasabah kian mencair
dalam takar hijrah.

Tintanya membeku bersama wahadat-Mu
lalu, warkah ini kutulis dengan payah.
atas kuras yang tidak kutemui warna barisnya

Warkah ini terlalu ringkas, Tuhan
untuk bercakap tentang seribu makhfi dan makrifat
isinya sudah lama kupendam dalam hati yang pecah
dan kini, meluruh bersama hujan
dari langit iman yang sering mendung.

Telah lama warkah ini kutulis, Tuhan
namun setelah wasilahnya kutemui
baru kini kulipat untuk dihantar.

Hanyutkan, hanyutkanlah aku ke muara takdis
yang paling jernih.
aku tahkikkan keagungan-Mu
bersama nisbah rindu yang berziadah
mohon, mohonlah wahai Zat Yang Kudsi,
Engkau cantumkan kembali serpihan hati
yang masih parah dihentak duniawi.

Nasriah Abdul Salam
Gombak, Selangor.

Gambar ambilan; http://www.hickerphoto.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: