HAJAT HAMBA (ii)

Tuhan;

Hanyutkan aku bersama peti Musa ke muara istana

biar kupilih bara putih saat dihidang gemerlapan dunia.

Tuhan;

bukalah rahang nun Yunus menelan legam jasadku

biar kuikhtiarkan sebuah taubat saat terperangkap

kuburkan sahaja aku di perut nun itu, kiranya

bumi enggan membuka dadanya, menerimaku.

Selamatkan aku dari keimanan Firaun

selamatkan aku dari lolongan Qarun.

Tumpangkan aku ke bahtera Nuh!

[Kredit gambar; http://www.dreamstime.com%5D

2 Komen (+add yours?)

  1. zainal mohd jais
    Jan 28, 2010 @ 08:57:38

    Bahasa yang indah, mantap dan berkesan.
    mesej yang besar.
    karya yang baik.
    Tahniah, terus berkarya,

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: