SALAM TAHUN BARU 2010

Tahun Baru. Selamat Tahun Baru Masihi. Tahun baru yang dibuka dengan isu yang menyentuh sensitiviti banyak pihak apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penggunaan kalimah Allah dalam Penerbitan Herald – The Catholic Weekly (akan menulis tentang ini dalam entri yang lain, insya-Allah).

Meninggalkan tahun 2009 yang padat. Sering berbalah antara ‘mencuri masa’ dan ‘memberi masa.’ Dan untuk suku pertama tahun ini, saya berazam untuk banyak ‘memberi masa’ bagi pulang menjengah ayah bonda di halaman. Juga untuk tahun-tahun seterusnya, berazam untuk ‘memberi masa’ dalam semua kepentingan primer yang terpenting dalam kehidupan (yang seringnya bertembung antara beberapa kepentingan primer yang lain).

Untuk semua, selamat bertanam untuk tuaian di sana. Sesekali, jengahlah ladang sebelah, memikir-mikir apa lagi yang kurang di ladang sendiri. Atau, menimbang-nimbang wajar atau tidak mengikut saranan peladang lain supaya ladang kita diubah suai mengikut citarasa mereka ataupun mengikut sasaran hasil tuaian yang sudah kira rencanakan.

Serahkan segalanya pada Tuhan. Tanpa jemu, mari tingkatkan kualiti pencapaian dengan berasakan diri ialah orang penting dan diperlukan.

Selamat maju jaya untuk saya, anda dan semua!

2 Komen (+add yours?)

  1. zainal mohd jais
    Jan 05, 2010 @ 18:17:49

    Salam ziarah,

    Saya tertunggu komen saudari tentang keputusan-nama Allah itu. Pandangn seorang karyawan, dari perspektif orang muda, yang terdidik pula dalam perundangan.
    Saya belum sempat menulisnya, tapi saya fikir ia satu lagi hakisan,
    satu klimaks kepada political game Melayu yang keterlaluan.
    Atau mungkin ada klimaks lain yang lebih dahsyat.

    Wallahua’alam.

    Balas

    • puteribongsu
      Feb 08, 2010 @ 18:16:02

      Tuan, saya minta maaf kerana terlepas pandang komen tuan kerana komen tuan dimasukkan oleh wordpress ke ‘spam.’

      insyallah, akan menulis, cuma setakat ini ada beberapa hambatan dan keperluan lain. yang sempat dilakukan setakat ini ialah menyedarkan pelajar di dalam kelas sendiri tentang hal ini (belum dapat ‘menyumbang’ di blog.

      Tentang keputusan mahkamah itu – saya masih tertunggu-tunggu untuk membaca laporannya tapi masih belum dimasukkan dalam mana-mana laporan/jurnal. insyallah, akan menulis…

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: