MANISAN SATU KEPERLUAN

Kebelakangan  ini, banyak perkara yang berlaku dalam kelompak saya dan rakan-rakan akrab yang mendiami satu kediaman sewaan. Bagai bersekali diuji; dalam proses membina kerjaya, dalam proses membina keluarga, dalam proses mengusahakan sesuatu yang hampir tiga tahun merancang. Semuanya meletaikan minda.

Dalam bersekali rasa diuji dalam satu masa, semua bagai saling ingat-mengingatkan; tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah. Kita manusia, bukan sahaja selayaknya diuji, bahkan dicipta untuk diuji selepas mengaku beriman.

Semalam, saya dibekalkan manisan. Sekembalinya di kediaman sewaan kami, rakan-rakan sedia berhimpun, berbincang dan mungkin cuba merungkai banyak benda. Manisan bertukar tangan dengan rakan-rakan, dan sedia dinikmati.

manisan

Dan, bagai sedikit menyentakkan apabila salah seorangnya berkata; “Kita dah rasa pahitnya ujian-ujian yang Allah beri. Mari, kita sama-sama nikmati ‘manisan’ pula!” Dia iringi dengan tawa dan sorakan kecil, semua bagai meraikan.

Bagus sekali, sahabat tadi rupanya mengingatkan – selepas kesusahan, pasti kesenangan akan datang mengiring. Kita bukan sahaja perlu percaya, bahkan meyakini bahawa Tuhan berjanji begitu.

Mari, teruskan tanpa lelah!

2 Komen (+add yours?)

  1. Mohd Ali
    Jul 19, 2009 @ 18:41:51

    Nampak enak ya!

    Balas

  2. nafastari
    Aug 11, 2009 @ 19:20:19

    Nak sikit…!😉

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: