HARI-HARI PUTIH

Cuba lihat ke langit, ada objek yang sangat bercahaya hingga malam bertukar putih. Itupun, andainya malam tidak terlalu mendung seperti seringnya malam-malam yang lepas. Apabila memandang purnama, saya  cuba-cuba membayangkan wajah seorang lelaki yang tersenyum dan mendamaikan, yang mana wajahnya digambarkan umpama bulan purnama. Selawat dan salam buat baginda dan keluarganya…

purnamaTelah terbit bulan purnama ke atas kami
Maka hilanglah seri bulan-bulan yang lain
Seumpama cantik wajahmu
Tidak pernah kami lihat
Sekali-kali wahai wajah berseri

Engkau umpama matahari
Engkau umpama bulan
Engkaulah cahaya diatas segala-galanya
Engkaulah emas yang mahal harganya
Engkaulah pelita
Yang menerangi seluruh hati

Dari Qatadah bin Milhan r.a, berkata: Rasulullah S.A.W menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu hari 13, 14 dan 15 (setiap bulan Islam)

Nota: Semalam, hari ini dan esok  ialah 13, 14 dan 15 Rejab 1430H

Kredit gambar untnuk http://www.cbs.com/forum/posts/list/105/39625.page

1 Komen (+add yours?)

  1. Nazmi Yaakub
    Jul 07, 2009 @ 10:59:05

    kalau ada majazi yang lebih agung, sudah kita gunakan majazi itu utk menyempurnakan kecintaan kita kepada lelaki berkenaan.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: