JALAN SEHALA (lagi?)

Saya masih perlu mengetik kekunci komputer (kerja masih ditimbun/bertimbun) biarpun mata sudah terlalu minta direhatkan.

Sudah banyak kali saya lalui jalan sehala, hinggakan adakalanya saya fikir mahu sahaja berhenti. Namun, kenderaan di belakang saya masih banyak, dan banyak kecelakaan yang mungkin berlaku jika saya berhenti begitu sahaja.

Memang, melalui jalan sehala amat memenatkan, berkali-kali.

Hingga adakalanya saya tidak rasional memberitahu diri; pilihlah sahaja jalan mati, di situ barulah perjalanan akan berhenti dengan sendirinya. (Ampunkan aku, Tuhan)

Kawan, Tuhan menguji anda dan saya berbeza-beza nisbah dan gravitinya. Mari terima dengan reda, dan syukur atas semua perkara.

Kawan, begini kata Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 186 dengan maksud; Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka beritahulah sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.”

Dan kawan, begini pula kata Nabi Muhammad dalam hadisnya (riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim) yang bermaksud; Tak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadang ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (pengkabulannya) demi pahalanya, atau ia dihindarkan dari keburukan yang menimpanya.

(Apa lagi kali ini, Tuhan?)

: Doakan kekuatan untuk saya, mudahan.

12 Komen (+add yours?)

  1. Azree Ariffin
    Jun 13, 2009 @ 22:36:23

    Kak Nas,

    Cekalkan diri, kuatkan peribadi. Saya doakan dipermudahkan segala urusan. Caiyok!

    Balas

  2. zulkhair
    Jun 14, 2009 @ 10:51:39

    Pasang lampu isyarat, brek perlahan-lahan dan berhenti sebentar. Apa pun, anda lebih tahu bila mahu pasang lampu isyarat.

    Balas

    • puteribongsu
      Jun 14, 2009 @ 19:42:48

      Encik Zul, saya suka saranan ini. dan, buat saya berfikir dan merenung sebentar tentunya.
      terima kasih banyak.

      Balas

  3. Mohd Najib
    Jun 14, 2009 @ 15:36:15

    teruskan sehingga nas berjaya🙂

    Balas

  4. eja
    Jun 14, 2009 @ 16:20:20

    kak nas…
    eja sentiasa doakan kak nas… semoga terus tabah dan sukses! barakallah…

    Balas

  5. Ghafirah
    Jun 17, 2009 @ 13:19:28

    aku tak baik nas? hehe…

    terus tabah mendepani hidup…

    Balas

  6. Hartini Omar
    Jun 17, 2009 @ 13:32:17

    Perjalanan kita berbeza kak. Namun cabaran dan pancarobanya tetap sama. Terus tekan pedal, nanti mana tahu dalam saki baki perjalanan itu, Tuhan datang memberi bantu atau ‘pembantu’. Mana lah kita tahu…

    Doa saya tetap buat kak

    Balas

    • puteribongsu
      Jun 19, 2009 @ 12:24:07

      Hartini Omar, terima kasih.
      betul, kerana sesiapa yang bertakwa akan diberi jalan keluarnya tanpa kita sangka-sangka. Insyallah!

      dan untuk Lead juga, Allah tetap bersama perjuanganmu yang murni!

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: