PASCA-PPMN 2009: CATATAN PENDEK SESUDAH EMPAT TAHUN

Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005 di Tanjung Piai, Johor – ketika itu saya masih terlalu baru dalam dunia penulisan. Tentu tidak saya lupakan perjalanan daripada Port Dickson (seusai seminggu menjadi peserta Minggu Penulis Remaja) ke Tanjung Piai sebagai peserta dan penulis yang ‘sangat muda.’ Sejujurnya ketika itu, saya terlalu rasa ‘terasing’ dengan apa yang diperkatakan oleh pembentang di PPMN 2005. (Dan di PPMN 2009 saya ketemui mantan-mantan MPR 2008 – syabas untuk adik-adik yang saya dampingi di MPR 2009 atas penyertaan anda, kerana kita ialah penyambung perjuangan meletakkan budi manusia pada tempat asalnya).

Selepas empat tahun, saya diundang sebagai salah seorang pembentang makalah di PPMN 2009. Terlintas di fikiran saya untuk menolaknya apabila menyedari saya masih ‘sangat muda’ dalam penulisan, apatah lagi untuk menjadi panel di hadapan sarjana dan penulis yang begitu mapan. Namun dalam waktu yang sama hati saya juga menyuruh, bahkan mendesak untuk lekas-lekas ‘berdewasa.’ Lalu, saya sematkan dalam minda bahawa ini satu ‘lamaran’ akademik – bidang yang mula saya cintai kini, maka saya tidak boleh menolaknya.

Hari pertama di Puteri Resort, Ayer Keroh, saya sudah ketemu rakan-rakan mantan MPR dan kenalan-kenalan penulis yang sudah lama tidak bertemu. Duduk bersekali dalam satu sesi bersama Ustaz Azman Al-Kurauwi, Cikgu Sahrunizam Abdul Talib dan Kak Nisah Hj. Haron membicarakan ‘Pengarang Muda; Ketiadaan Ruang dan Masa Hadapan’ sungguh-sungguh buat saya ‘kerdil’ sekali lagi. Bahkan, antara audien di hadapan saya ialah Dato’ Haji Termuzi Abdul Aziz (Ketua Pengarah, DBP), ayahanda Dato’ Baha Zain (yang tidak sempat menyapa bertanya khabar kerana kurang sihat pada hari kedua di sana dan ayahanda Baha Zain sudah meninggalkan majlis pada hari ketiga. Maafkan saya, ayahanda) dan Dato’Dr. Anwar Ridhwan juga buat dewan serasa luas dan audien seperti tiga kali ganda ramai.

Pengarang Muda: Ketiadaan Ruang atau Masa Hadapan - tiga panel beserta pengerusi, Rahimidin Zahari

Dalam makalah saya, ‘Kelangsungan Pengkaryaan Penulis Muda: Sorotan Kebebasan Berekspresi,’ perbincangan difokuskan terhadap ‘kekangan’ dan ‘penyempitan’ ruang penulis muda dari sudut undang-undang yang boleh menyempitkan ruang berekspresi dengan gagasan dan pendapat. Pentingnya ruang yang selesa (nota: bukan ruang yang seluas-luasnya) diberikan kepada penulis muda saya justifikasikan melalui kaca mata agama, undang-undang hak asasi dan undang-undang Malaysia.

Tanpa menafikan peranan undang-undang untuk mencegah penulisan yang boleh menggugat ketenteraman masyarakat dan keselamatan sosial (lihat sahaja fungsi undang-undang terhadap Salman Rushdi sesudah menulis Satanic Verses), namun melaksanakan undang-undang secara keras atau ‘rigid’ hanya lama-kelamaan menyumbang ke arah proses ‘pembodohan’ masyarakat apabila gagasan dan buah fikiran penulis tidak dapat disampaikan terus kepada masyarakat. Oleh yang demikian, saya melihat ‘peranan tiga penjuru’ (iaitu peranan penulis itu sendiri, peranan masyarakat termasuk pembaca dan penerbit serta peranan penggubal dan pelaksana undang-undang) menjadi landas penting dalam pengharmonian ‘kebebasan’ penulis muda dan ‘kekangan’ undang-undang ini.  (maaf atas kekurangan makalah ini dan kelemahan seorang saya ketika pembentangan berlangsung).

Hari kedua, saya rasakan saya sedikit ‘mengasingkan diri’ atas faktor kesihatan. Ketika itu saya sangat bersyukur kerana Tuhan masih berikan kesihatan pada hari pembentangan makalah saya pada hati pertama perhimpunan. Bahkan malam persembahan peserta di pinggir kolam tidak saya hargai sepenuhnya, langsung pulang berehat ke bilik penginapan selepas makan malam biarpun saya perlu manfaatkan waktu itu untuk mengenali penulis-penulis lain. (Maaf sekali lagi atas halangan ini)

Secara peribadi, saya melihat PPMN 2009 tidak ‘semeriah’ PPMN 2005. Sepanjang tinjauan PPMN 2009 – saya tercari-cari wajah orang-orang ‘besar’ dan sarjana sastera kita yang lain (yang saya temui di PPMN 2005 dahulu), sebagai inspirasi penulis-penulis muda yang akan menerus legasi yang sama, namun saya difahamkan banyak antaranya dalam persiapan untuk majlis lain yang perlu didahulukan. Biarpun mungkin kurang ‘dimeriahkan’ dengan wajah-wajah individu penting sastera kebangsaan, apa yang lebih penting ialah merealitikan resolusi yang disepakati sepanjang berlangsungnya perhimpunan ini – mudah-mudahan.

(Nota: Resolusi tersebut boleh dibaca langsung di blog Shamsuddin Othman, di sini).

Syabas dan tahniah untuk semua, khususnya untuk penganjur utama (PENA) dan penganjur bersama. Moga ketemu lagi dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional yang berikutnya.

Salam takzim.

8 Komen (+add yours?)

  1. Nimoiz T.Y
    May 26, 2009 @ 09:15:43

    Tahniah berjaya membentang kertas kerja dengan baik. Dulu, ada ibu bapa menyalahkan cikgu kerana tak pandai mengajar. Rasa, ada betulnya juga. Sebab, cikgu perlu kuasai bukan sahaja ilmu untuk diajar, tapi ilmu bagaimana untuk mengajar.

    Dan, saudari merupakan salah seorang pembentang yang pandai membentang. Cuma satu sahaja komen, JANGAN gunakan perkataan ANDA semasa membentang kerana audiennya pelbagai. Sebaik-baiknya, gunakan perkataan tuan-puan atau saudara-saudari.

    Itu sahaja daripada saya. Terus maju. PPMN 2005, jadi orang yang bertanya soalan. Tahun 2009, jadi pembentang. Akan datang, jadi pembahas pula. Dan akan akan datang, jadi pengucap utama.

    Balas

    • puteribongsu
      Jun 01, 2009 @ 02:43:02

      Nik yang dihormati,
      terima kasih atas pandangan dan tunjuk ajar anda, teguran sebeginilah yang amat saya harap-harapkan.

      (Hidup terbiasa dengan ‘anda’ adakalanya ‘mengeraskan’ lidah.)

      Balas

  2. ika
    May 26, 2009 @ 13:25:29

    Salam,

    Busy sungguh kak Nas :)Nway,cogratz…teruskan perjuangan…

    Balas

  3. wan hamidi
    May 31, 2009 @ 09:51:44

    tahniah dik, teruskan perjuanganmu.

    Balas

    • puteribongsu
      Jun 01, 2009 @ 02:44:05

      saudara wan hamidi, mohon didoakan agar diberi kekuatan dan kesihatan, peluang yang baik dan akhirnya membawa kejayaan dunia akhirat🙂

      Balas

  4. hanisah
    Jun 05, 2009 @ 05:27:27

    Tahniah, Nas memang hebat. saya doakan kejayaanmu, teruskan…
    cuma fakta tantang ‘mengasingkan’ tu, saya pun dapat rasakan tapi dalam ‘konotasi’ yang berbeza. Still🙂

    Balas

  5. puteribongsu
    Jun 10, 2009 @ 06:43:32

    Kak Hanisah, konotasi yang berbeza?
    (nas tak berapa faham)

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: