PENCARIAN (II)

img_05451Hantarkan aku kembara ke belantara hati lelaki

untuk kurempa lebar-dalam gaung prinsipnya

untuk kuterka malar-rendang pohon jiwanya

untuk kucekera segar-teduh daun budinya

untuk kurasa besar-teguh umbi wahadatnya

hantarkan aku kembara ke sana

biar kucantas erti-erti makhfi

yang lama bersulur di julai naluri

hantarkan aku mencari.

NASRIAH ABDUL SALAM

KOTA BHARU

19 Komen (+add yours?)

  1. ali
    May 02, 2009 @ 16:23:25

    rahsia lelaki…

    Balas

  2. ilham.hafiz
    May 03, 2009 @ 17:29:51

    assalamualaikum w.b.t.

    kak nas…
    puisi yang sangat menyentuh hati… tapi, nak tanya sikit la… nape bunga ros tu warna pink ek? hu3. akak ambik katne gambar tu? nak gak… hu3…

    Balas

    • puteribongsu
      May 12, 2009 @ 16:49:25

      Dik hafiz, menyentuh hati ke? akak tak tersentuh lah pulak, heheheh!!

      warna pink, entah..sebab itu je warna yang sempat ditangkap pleh kamera akak.😛

      Balas

  3. Hartini Omar
    May 05, 2009 @ 00:56:19

    “boleh hantarkan aku sekali?”

    -saya SANGAT suka kata2 ini. SANGAT!

    Balas

    • puteribongsu
      May 12, 2009 @ 16:50:33

      boleh, boleh…nak suh hantar guna apa tu, tren? bas? atau hantar pakai angin?😀

      lead, terima kasih!

      Balas

  4. ika
    May 05, 2009 @ 15:33:27

    Salam Ziarah,

    Hi kak Nas

    Balas

  5. Drimba
    May 05, 2009 @ 23:18:39

    Melur Hasanah sungguh harum bermadah bicara
    sungguh menusuk deduri di kalbu dan jiwa
    menghuraikan setiap kelopak jambu kata
    menitiskan embun tulus mekar mempesona.

    Balas

  6. saripahbakar
    May 06, 2009 @ 14:09:56

    inysa-Allah…

    Balas

  7. ustazlah
    May 09, 2009 @ 17:03:22

    sekeping hati yang sunyi sepi kukira
    mencari yang sanggup melibur lara
    semoga anda tekal terus mencari
    hamba tak layak menawar diri
    🙂

    Balas

  8. ren
    May 12, 2009 @ 09:35:46

    salam ziarah, nas. tahniah novel bersiri di aniqah. selamat ‘berkembara ke belantara’ itu. usah lupa membawa apa2 yang perlu ye nas (,”)

    Balas

    • puteribongsu
      May 12, 2009 @ 16:57:22

      Saudara ren yang budiman, terima kasih atas ucapan tahniah.

      nak bawak buah tangan apa ren? ajarkan, saya tak reti, kena tanya ketua ‘mazhab cinta’ juga…
      😛

      Balas

  9. ustazlah
    May 12, 2009 @ 22:47:30

    herm.. malas dah nak kira.. kalkulator penat😛

    Balas

  10. ubaidillah alias
    May 13, 2009 @ 01:45:09

    Si DIA Memang sudah ada, cuma belum jumpa. Nanti akan kenal dan ketemu jua tika jodoh sudah tiba. Menunggu itu perlu,yang lebih perlu ialah bersedia. Tunggu bila ijab terlafaz dan kabul terungkap. Kala itu, berjalan dengan santun ke dalam belantara jiwanya.

    ‘Hidup penuh misteri yang mempersona’

    Balas

  11. hidayah
    May 27, 2009 @ 09:25:12

    salam ziarah kak naz
    kembara perawan mencari jejakanya kah?
    kak naz nanti bantu saya boleh/\?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: