MELUR HASANAH – siri yang penuh aroma dan harapan pada TUHAN

 

Syurga penuh dengan wangi-wangian. Dia pernah memilih penempa besi sebagai teman, bukan si penjual atar.

 

DIA pernah mendayung ke seberang. Sayang, perahunya digendalai lumpur. Dan, dia perlu menunggu waktu air pasang untuk kembali berdayung.

 

Dia manusia, dan anda juga manusia. Dia manusia yang pernah berdosa. Namun, sebaik-baik pendosa ialah apabila dia kembali menjadi pentaubat.

 

Dia pernah gagal, bahkan tanpa sedar, dia memilih untuk gagal. Namun, sebaik-baik manusia yang gagal ialah apabila dia memilih untuk menuju jaya.

Aniqah, April 2009

Dia ialah Melur Hasanah – perempuan yang pernah diterima ke universiti, tetapi kandas. Hingga akhirnya dia ke pusat serenti. Dia keluar, bukan sebagai graduan, tetapi sebagai bekas pusat pemulihan. Dia membawa sama cemuhan dan stigma segelintir masyarakat yang sukar ditanggal dan dibasuh.

Disebabkan itu, dia perlu buktikan sebaliknya. Namun, sebagaimana mendayung perahu yang kandas di dalam lumpur; seperti itulah laluan yang perlu ditempuh. Menunggu air pasang buat kembali berdayung, adakalanya menggusarkan. Masakan tidak, arus adakalanya deras.

Ada warisan Melayu yang penuh wangi-wangian yang perlu dia hidupkan bersama kecintaan dan kepatuhan. Ada sesuatu yang perlu ditebus dan dibuktikan. Ada falsafah yang perlu dia lestarikan sebalik sebuah nama; Melur Hasanah.

 

———————————————————–

Novel bersiri saya disiarkan di majalah ANIQAH bermula April dengan judul MELUR HASANAH. Siri pertamanya berjudul Racun yang Menyuburkan.

 

Terima kasih buat pembimbing, abang dan kakak di Minggu Penulis Remaja. Juga, buat editor Aniqah, Kak Kay. Dan terima kasih buat individu yang merancang untuk melihat saya ‘jatuh.’ Ini buktinya, tekanan yang anda beri hanyalah seperti ‘gula-gula getah’ pada saya; hanya diludah sesudah bercampur liur.

 

Buat semua; selamat menatap, dan sudi-sudikan memberi kritikan buat saya membaiki kekurangan untuk terus ke hadapan.

 

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Maksud ayat 104, Surah Al-Imran)

Buat sahabat searena; mudahan kita tergolong dalam golongan yang menganjurkan kebaikan dan seterusnya mengecap kejayaan. Doakan saya kukuh atas trek ini, dan doakan saya punya kekuatan dan kesihatan untuk menulis hingga ke siri akhir.

 

22 Komen (+add yours?)

  1. hartini omar
    Apr 24, 2009 @ 05:45:40

    salam kak nasriah budiman,

    kesibukan adakalanya menggagalkan saya untuk menyapa akak .. harap kak nas sihat2 saja. bila mahu ketemu lagi kita?

    tahniah untuk novel bersiri yang ini. bolehkah kiranya saya dapatkan ia di mana2 dalam bentuk pukal? bimbang akan kesukaran nak mendapatkan aniqah tiap2 bulan

    tinggal dulu kak, semoga bertemu bahagia

    salam sayang

    Balas

  2. Zana&Rozais
    Apr 24, 2009 @ 11:08:13

    Tahniah. Doakan kami juga berupaya menulis novel juga ya, Nas.

    Balas

  3. hasmora @ ustazlah
    Apr 26, 2009 @ 13:19:00

    salam.. maaf atas dehem tak sengaja.. ada benda tersekat di tekak ;)suasana terhad utk kita berbicara di bilik Kedah Johor.. saya juga deklamasi puisi tadi.. tapi di pentas ruang legar.. sempena pelancaran novel Islami popular..

    semoga sdr terus tabah.. meladeni manusia hasad harusnya begitulah.. buat macam gula-gula getah sebelum diludah ke longkang..

    o ya.. bagaimana dunia perguruan.. semakin mencabar?hehe

    salam hormat

    Balas

  4. nur ilhami
    Apr 27, 2009 @ 12:59:36

    salam.
    nasriah, setiap apa keburukan yang disimbahi orang terhadap kita, mempunyai ertinya yang tersendiri dalam perjalanan ‘menuju mardhatillah’ (izinkan saya meminjam kata ini yang pernah saya baca dalam di sini).

    ambil ia sebagai satu asas untuk melihat sejauh mana ketabahan dan kecekalan kita dalam menghadapinya. Ya?
    wassalam.

    Balas

  5. ubaidillah alias
    Apr 28, 2009 @ 02:40:26

    Salam nas,

    Tahniah…di Aniqah April juga ada ulasan novel WCBS.

    Semoga terus sukses.

    Balas

  6. puteribongsu
    Apr 28, 2009 @ 11:05:23

    Adikku hartini;
    Terima kasih atas ucapan dan sokongan yang selalu dirasakan walaupun jarang berhubungan🙂

    beli secara pukal? tunggulah sehingga siri akhir novel sudah disiarkan. jadi, doakanlah kekuatan dan kesihatan akak ya.. 🙂

    Balas

  7. puteribongsu
    Apr 28, 2009 @ 11:06:50

    Kak zana & Kak Rozais,
    mudahan…mari kita sama-sama bertukar doa. yang penting mulakan saja, selalunya langkah pertama itu yang berat. bila sudah dimulakan, baru kita tahu rupanya kita boleh berjalan, dan mudahan kalian lebih cepat pecut berbanding nas🙂

    Balas

  8. puteribongsu
    Apr 28, 2009 @ 11:13:06

    Ustaz Lah, apa yang tersekat di tekak, gula-gula getah?😀

    terima kasih atas doa. dan saudara juga, moga terus sukses ya…

    Balas

  9. puteribongsu
    Apr 28, 2009 @ 11:15:09

    Saudara nur ilhami yang dihormati;

    Alhamdulillah untuk semuanya, tanpa tekanan dari bumi sebutir berlian akan kekal menjadi arang yang legam.

    saudara, terima kasih atas doa dan ingatan. saya terharu menerima daripada orang yang saya kagumi seperti tuan.

    doa saya juga beserta tuan di sana.

    Balas

  10. puteribongsu
    Apr 28, 2009 @ 11:20:00

    Ustaz Ubaidillah,
    Terima kasih atas ucapan saucara ubaidillah,
    ya, ulasan tu ada saya baca. sukses juga hingga akhirnya, ya! 🙂

    Balas

  11. kak hanisah
    Apr 28, 2009 @ 11:20:42

    salam singgah lagi dan lagi.
    dan lagi dan lagi
    dan lagi
    lagi…
    hehehhe tak faham2 lagi tak apala
    – –
    ..
    =

    Balas

  12. saripahbakar
    Apr 28, 2009 @ 16:10:38

    tahniah! saya pasti akan mengikutinya…

    Balas

    • puteribongsu
      May 01, 2009 @ 17:40:27

      saudara aimmira aka saripah;
      terima kasih atas ucapan, dan terima kasih atas sokongan. mohon komen daripada pembaca

      salam hormat, nasriah abdul salam

      Balas

  13. Nafastari
    Apr 29, 2009 @ 09:05:17

    Tahniah. Saya gembira sekali dengan perkembangan terbaru ini.

    Balas

    • puteribongsu
      May 01, 2009 @ 17:41:53

      Saudara Jay aka ahmad; terima kasih. anda antara yang banyak memberi doa dan sokongan, mohon Allah jua yang membalasnya.

      nasriah abdul salam

      Balas

  14. ilham.hafiz
    May 01, 2009 @ 01:44:30

    assalamualaikum w.b.t.

    kak nas…
    salam tahniah dari ilham. semoga terus sukses. insyaAllah, ada rezeki dan ruang, kita berjumpa lagi. terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus, tanda kasih seorang kakak kepada adiknya (kasih ke?) hehehe…

    Balas

  15. ummu hani
    May 03, 2009 @ 04:31:27

    salam nas, terus berkembang jadi tauladan pada rakan2

    cik ummu

    Balas

  16. ibnuahmadalkurauwi
    May 14, 2009 @ 03:33:35

    Tahniah, Dik Nas,
    Sudah melangkah setapak lagi. Mohon apa kiranya dapat disiarkan jua di blog Nas ini.

    Balas

    • puteribongsu
      May 14, 2009 @ 07:11:44

      Ustaz azman, terima kasih atas ucapan, mohon doakan saya.

      insyallah, ada kelapangan saya akan masukkan entri novel itu.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: