MATADOR DALAM CERPEN MELAYU

TERIMA KASIH buat Dr. Mawar Shafei, yang membuat ulasan mengenai cerpen saya; Pencinta Putih kelir, Pewaris merah Muleta dan turut membandingnya dengan cerpen Gadis Matador dan Lembu Jantan, tukangan bonda Zaharah Nawawi yang bermain sekitar isu dan latar yang sama, tapi dengan laluan yang berbeza.

Betapa benar kata saudara Faisal Tehrani pada saya suatu waktu dahulu; menulislah biarpun isu atau tema itu sudah disentuh oleh penulis lain. Kerana pasti; kedua-duanya akan melalui jalan yang berbeza dengan penyelesaian yang berbeza. Dan, ini jugalah yang sering saya ulang-ulangkan pada adik-adik junior yang dibimbing dalam bengkel penulisan. Maka, tiada lagi alasan ‘kosong idea’ kerana idea ada di mana-mana, bergantung pada sejauh mana, dan bagaiamana anda melihatnya.

 

Antara yang ditulis oleh Dr. Mawar dalam Mingguan Malaysia hari ini, 22 Mac 2009 dengan judul Matador Dalam Cerpen Melayu;

 

 

Menariknya, penulis membandingkan konflik warisan di Sepanyol ini dengan apa yang berlaku di Malaysia. Menerusi watak Fatimah, anak kelahiran Kelantan yang melanjutkan pengajian di Sepanyol, penulis memberi usulan terhadap kemusykilan Eduardo. Fatimah mengajukan bagaimana proses asimilasi, rentas tengah terhadap tradisi persembahan wayang kulit di negerinya dengan tuntutan agama.

 

Misalnya bagaimana unsur dongengan dan pemujaan dalam Hikayat Maharaja Wana dan Cerita Kusi Serawi digantikan dengan watak manusia biasa; malah ia menjadi lebih berpijak di bumi nyata. Ada bahasan yang sama di pihak Eduardo apabila penulis menitip tegahan Pope Pius V terhadap kezaliman perlawanan lembu.

 

Fatimah memperlihatkan kemiripan isu warisan di Sepanyol dan Malaysia/ Kelantan apabila digandingkan lambang kain kelir-muleta serta warna kedua-duanya putih- merah; ia ditegaskan penulis dalam judul cerpen. Inilah antara keindahan cerpen Nasriah Abdul Salam kali ini. Kerja bandingan ini serentak melebarkan lingkungan khalayak sama ada Melayu mahupun Sepanyol. Di sinilah letak peri pentingnya kerja terjemahan bagi melengkapkan hasrat tersebut. Di sini juga letak mustahaknya kesusasteraan bagi mentautkan antara budaya, bangsa dan sisi keasingan lainnya.  

 

 

Lanjut mengenai tulisan dan ulasan Dr. Mawar Shafei boleh dibaca di Utusan Online, di sini.

 

 

Salam Hormat;

Nasriah Abdul Salam

 

2 Komen (+add yours?)

  1. haniesalwah
    Apr 03, 2009 @ 17:16:15

    Walaupun sudah berkali-kali aku sebutkan namun, inilah kalimat paling cocok untuk teman yang tekun berusaha…

    Tahniah!

    Balas

  2. syarifahzulikha
    May 10, 2009 @ 04:39:57

    I support P.P.S.M.I

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: