CERPEN: Pencinta Putih Kelir, Pewaris Merah Muleta

 KATA Fatimah;

“Perjuanganmu ini tidak ubah seperti melayang muleta pada seekor lembu yang sudah cedera semata-mata untuk memenangi perlawanan.”

“Di tanah kelahiranku juga Eduardo; biar mati anak, jangan mati adat. Tetapi, andai adat dan tradisi mematikan nilai agama, moral dan kemanusiaan, bagaimana? Bukankan itu juga tidak ubah seperti perlawanan di sebuah gelanggang?”

Di negeri lahirku, Eduardo, persembahan wayang kulit pernah dihalang bukan kerana tradisi itu bertentangan dengan moral, cuma inti persembahannya bertentangan dengan prinsip ketuhanan kami.”

“Tradisi wayang kulit masih kami perjuangkan dengan tidak melonggarkan nilai-nilai agama dan ketuhanan lewat helaian kitab suci. Itulah yang kami namakan rentas tengah yang selamat.”

“Telinga boleh sahaja terlebih dahulu jatuh cinta berbanding mata. Namun untuk wayang kulit, itu tidak memadai. Kamu perlu tontoni sendiri untuk merasai cintanya.”

 

KATA Eduardo pula;

“Ya, aku akan ke sana, ke sebuah kota di pantai timur semenanjung Malaysia. Aku mahu tonton sendiri apa yang engkau gelarkan sebagai kecintaan yang dihayatkan berselari antara keunikan budaya dan ketinggian agama.”

Putih kelir 

DAN, bisik ayahnya;

‘Antara putih kelir milik pewaris wayang kulit dan merah muleta kebanggaan matador, tetap kedua-duanya ialah kain yang boleh ditaup dengan jahitan. Biarpun punyai warna berbeza, tetap kedua-duanya boleh diharmonikan dalam satu semangat perjuangan.’

Muleta merah dan pedang matador

 

Cerpen penuh PENCINTA PUTIIH KELIR, PEWARIS MERAH MULETA boleh dibaca di Utusan Online, di sini.

Nota: Terima kasih buat editor Mingguan Malaysia, saudara Ku Seman, atas peluang ini.

Gambar: www.flamenkito.com dan www.daftarwarisan.gov.my

12 Komen (+add yours?)

  1. Rebecca Ilham
    Feb 11, 2009 @ 06:47:54

    Salam Kak Nas,

    tahniah!

    Balas

  2. AhmadWM
    Feb 11, 2009 @ 14:54:30

    Nas, aku rasa inilah cerpenmu yg paling sempurna. Aku sangat gemar! Tahniah.

    Balas

  3. haniesalwah
    Feb 11, 2009 @ 16:09:25

    Sekali lagi ingin aku ucapkan…

    Tahniah Nas!

    Balas

  4. puteribongsu
    Feb 12, 2009 @ 01:49:47

    Rebecca Ilham, salam…
    terima kasih juga untuk kunjungan dan ucapan tahniah daripadamu..

    salam sastera, salam sayang
    kak nas

    Balas

  5. puteribongsu
    Feb 12, 2009 @ 01:56:25

    Salam ahmad, terima kasih atas ucapan terima kasih. tapi, usahlah kata itu cerpen ‘yang paling sempurna’…aku sedang belajar, masih belajar menulis, dan tidak akan sempurna…
    apa-apapun, ucapan tu buat aku tambah semangat untuk menulis, dan terima kasih sekali lagi kerana membacanya.

    salam hormat, nas

    Balas

  6. puteribongsu
    Feb 12, 2009 @ 02:08:53

    Hani yang baik, terima kasih, kerana selalu menggalakkan, kerana bukan hanya memahami, bahkan memberi pengertian, terima kasih!

    @>-;— (ni untuk ngkau!)🙂

    Balas

  7. nik a faiz
    Feb 12, 2009 @ 10:21:17

    salam…akak…

    penulisan yang seronok untuk dibaca di ambang kekosongan.boleh tak kita berkongsi pendapat mengenai sesuatu tajuk tu…akak ni masih belajar ke…boleh tak tolong komenkan mengenai bahan2 yang saya utarakan di blog saya…jika ada masa..

    ok..salam ukhwah..wslm…:)

    Balas

  8. ren
    Feb 16, 2009 @ 09:56:54

    salam nas.
    untuk yang kesekian kalinya, tahniah ya!

    Balas

    • puteribongsu
      Feb 18, 2009 @ 01:28:55

      Salam, ren yang berbudi
      terima kasih banyak atas ucapan, dan anda banyak membantu untuk Putih Kelir.

      salam hormat, maju jaya dengan Rahmat-Nya

      Balas

  9. ilham.hafiz
    Feb 27, 2009 @ 08:45:14

    assalamualaikum w.b.t.

    buat kak nas…
    semoga sihat selalu. tahniah atas kejayaan demi kejayaan yang akak kecapi. semoga sentiasa dilindungi Allah dan dianugerahkan ilham yang akan memberi manfaat untuk sekian alam, insyaAllah.

    salam kasih,
    ilham.hafiz

    Balas

  10. hanisah othman
    Mar 04, 2009 @ 16:33:32

    Dik NAs, akak kagum dengan bakatmu dan ‘cemburu’. Kudoakan kau terus berjaya. Akak pautkan blogmu ke blog akak.

    Balas

  11. Tasya
    Jun 13, 2009 @ 19:02:41

    Kak Nasriah ,
    Beritahulah saya latihan yang macam mana untuk penulis baru macam saya.
    Kenapa saya rasa kesukaran menyempurnakan sesebuah cerpen, sedangkan saya tengok orang lain senang je tulis Novel.

    Alamat email saya aisyatasnim@yahoo.com

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: