MINGGU PENULIS REMAJA 2008 – Catatan yang Ditangguhkan

Ini catatan yang terpaksa dilengahkan.

 

11 – 18 Disember lalu, saya meninggalkan Kota Bharu untuk bertemu adik-adik Minggu Penulis Remaja di Seri Cempaka Service Suites, Cheras, sebagai pendamping. Seminggu di sana, saya bersama senior mantan MPR yang lain bersama membawa taklifan yang sama – Shamsuddin Othman dan Rahimidin Zahari bagi genre puisi, manakala saya dan Saifullizan Yahaya membimbing genre cerpen. Jutaan terima kasih buat urusetia di bahagian PURNAMA – DBP atas semuanya (tidak tercatat di sini)

 

Tahun ini, setiap pembimbing akan ditaklifkan memberi satu sesi kuliah umum sebelum setiap kumpulan dipecahkan dan dibimbing dalam bengkel-bengkel. Adik-adik kumpulan saya – A. Samad Said, masih saya ingat setiap wajah dan watak peribadinya.

 

23 peserta MPR kali ini diharapkan menjadi bintang yang menyerlah di langit sastera dan penulisan nanti. Dan, saya punya keyakinan yang tinggi untuk itu. Banyak antaranya yang sudah berkarya, bahkan ada juga yang sudah mendapat tempat dalam media arus perdana.

 

Juga, semua peserta berpeluang menyaring inspirasi daripada sasterawan tanah air, Dato’ Baha Zain (puisi) dan Azizi Hj. Abdullah (novel/cerpen). Bahkan sejujurnya, air mata saya cepat terbit apabila membaca catatan peribadi Dato’ Baha Zain di blog beliau mengenai pertamuan ke MPR tahun ini, betapa beliau punyai harapan yang tinggi untuk generasi-generasi kami. Terima kasih, Dato’, terima kasih Pak Azizi!

 

Seminggu di sana, serasa sekejap. Hari terakhir, saya tarik bagasi ke KLIA dengan rasa sayu dan rindu hingga banyak diam sepanjang perjalanan. Saya teringatkan Justin yang mendengar dengan mata kuyu hingga kadang saya khuatir kalau-kalau dia tidak memahami apa yang disampaikan (namun, saya tahu dia memahami). Syarifah Zulikha, si penghuluwati yang saya yakini akan pantas maju. Rashidi Daud, si penghulu yang saya tahu dia pasti akan terus menulis dengan kemahuannya yang tinggi. Hidayah Shahbudin, bakal guru yang menyimpan puisi Perhutangan Dengan Tuhan saya pada meja studinya hingga lunyai.

 

Selainya, si Azwin, siswa di Universiti Malaya, Nor Nabila yang minat menulis skrip (namun usah selalu mendampingi novel popular yang plotnya tidak berubah, ya dik!), Amir Hamzah yang ‘Iqbal.’ Juga Misraini, bakal guru yang aktif bertanya dan sedap berpuisi Ke Makam Bonda. Faisal, yang buat cerpen dengan watak imam dan cikgu yang gatal dan suka kopi jantan. (Oh, apabila teringatkan ini saya boleh tergelak sorang-sorang). Ilya Ireeza, yang sudah punya novel kanak-kanak namun tidak jemu bertanya dalam bengkel, Hazhizh, anak jawa yang katanya mahu luahkan yang terbuku di hati dengan tulisan-tulisan (namun, beralihlah ke novel yang membina penulisan yang baik pula, ya dik!).

 

Saya tak akan lupakan Radhiah, peajar Aswara yang wajahnya sangat iras dengan Zubaidah (hingga saya sering tertukar panggilan), Shahida, yang saya yakini akan maju jika dia gandakan usaha, Rashidah, pelajar UIA yang ‘engkau perempuan, aku perempuan, kita sama-sama keindahan.’ Juga, Wahyuna, Nabilah, Hidayah, Fariza, Shafiqah. Saya tak lupa akan Hazwani yang ‘bukan sundal’ itu, (Dik, yang murni sahaja yang akan menjadi didikan), dan Raden Qurratu ‘Ain, yang tidak kurang hebat puisinya.

 

Sampai di Kota Bharu, saya kenangkan semua wajah-wajah ini. Benar-benar saya doakan semuanya akan maju dalam penulisan. Sesekali ditegur atau dimarah, itu hanya untuk mencabar dan menaikkan semangat mereka, tanda sayang saya pada generasi Minggu Penulis Remaja – kerana di situlah juga saya bermula.

 

Dik, usah takut melakukan kesilapan, kerana kesilapan sahaja yang memungkinkan kita membaiki kekurangan. Gandakan bacaan, bacaan dan bacaan. Usahlah menulis hanya untuk memenuhi masa, suka-suka, atau sebagai hobi kerana suatu hari nanti kita akan jemu dengan penulisan dan meninggalkannya. Namun, menulislah kerana amanah dan tanngungjawab, mudahan dengan itu kita berasa bahawa kita perlu teruskan penulisan untuk menyebarkan seribu kebaikan, dan mencantas sejuta kemunkaran.

 

Dik, tulislah dengan rasa hamba, kerana Tuhan, untuk menjadikan manusia seorang manusia. Mudahan, kalianlah pula yang akan menjadi pembimbing di Minggu Penulis Remaja nanti.

 

‘Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung’, Al-Imran: 110

 

Salam yang bersejagat, Nasriah Abdul Salam.

 

 

 

img_09391 

*Melalui tingkap pesawat, ada beberapa senyuman yang berapungan bersama awan.

 

img_09621*Dengar, dengar…show, not tell! (heheh)

img_09531* “Nak jadi penulis, tak boleh hensem.”

img_09791* Pak Azizi – menandatangani novel-novel beliau, milik saya

img_10291* Adik-adik saya!

dscf1150*Kumpulan A. Samad Said saya sewaktu keluar tengok-tengok kota (kredit gambar kepada Abesa)

img_10451* Mantan-mantan yang semangat

img_1042* Pembimbing yang ‘kacak-jelita’ -pinjam nama antologi kita (heheh)

img_1043* Ini bukan penamat; tapi amanat

img_1052

*Ada kerinduan yang saya catatkan bersama senja di KLIA

17 Komen (+add yours?)

  1. Hartini Omar
    Dec 30, 2008 @ 13:51:31

    Tuan Nasriah yang saya hormati..

    Membaca entri tuan ini, terasa benar jauhnya saya dari dunia penulisan lalu berangan2 untuk menjadi seorang penulis. Dengan usia yang meniti, mahu bermula sebagai seorang penulis remaja pun rasanya belum pasti. Nyata usia terlalu mencemburui..

    Biarlah, mungkin telah tertulis yang menjadi penulis itu bukan saya. Lalu seringnya saya panjatkan syukur kerana terus-terusan berupaya menjadi pembaca..

    Mungkin seorang pembaca yang berupaya membaca dengan mata hati dan jiwanya🙂

    Terima Kasih

    Balas

    • puteribongsu
      Jan 02, 2009 @ 03:45:11

      Saudara hartini, yang budiman
      untuk menulis usia bukanlah satu perkara yang perlu dipenuhi. ada kenalan saya yang mula masuk bengkel-bengkel cerpen selepas mereka pencen dari bekerja, dan nyata sekali karya-karyanya mendapat tempat.

      usah ‘terkejut’ dengan nama “penulis muda” atau “penulis remaja” kerana itu hanyalah terminologi. asasnya, jika saudara mahu menulis, ambillah inisiatif untuk memulakannya.

      kerana kita tidak tahu bahawa kita boleh menulis sehinggalah kita cuba untuk menulis dan menyiapkan sebuah tulisan.

      selamat mencuba!

      Balas

  2. haniesalwah
    Dec 31, 2008 @ 09:23:09

    Yahuu dalam gambar “adik-adik saya” aku pun dikategorikan “adik” kau. Kira aku ni dalam golongan terlebih muda jauhari jugak la…terima kasih Nas. Hahahaha!

    Balas

    • puteribongsu
      Jan 02, 2009 @ 03:36:35

      Hani, iyo lah..iyo lah…
      ekau memang adik eden yang baik, yang kiut-miut, yang solehah, yang emndengar kata, yang paling nakal!

      boleh lah kot, aku lahir dulu sebelau ngkau!

      huhuhu!

      Balas

  3. FahdRazy
    Dec 31, 2008 @ 09:26:44

    Best2…

    Balas

  4. raihanmk
    Jan 03, 2009 @ 00:48:30

    Assalamualaikum,

    Terima kasih kak nas atas kerjasama akak berikan. Lain kali leh kerjasama lagi..=)

    Ke arah membudayakan penulisan islami di kalangan masyarakat.

    Balas

    • puteribongsu
      Jan 05, 2009 @ 04:27:30

      Raihan MK, sama-sama atas jemputan. kalian memang superb! dalam inisiatif sebegini. insyaallah, atas undangan menyebarkan kebaikan jemputan sebegitu tidak wajar ditolak. mudahan Allah mudahkan (amin)

      Balas

  5. gerektua
    Jan 03, 2009 @ 13:02:47

    kursus utk yg tak berapa remaja ada buat jugak tak?

    Balas

  6. AhmadWM
    Jan 15, 2009 @ 07:38:41

    Salam, saya bangga sekali dengan corak pemikiran kamu. Jika saya mempunyai seorang anak perempuan saya langsung tidak kisah kalau dia menjadi sesuatu seperti kamu. Semoga Tuhan merahmati kamu.

    Balas

  7. puteribongsu
    Jan 19, 2009 @ 07:36:52

    Ahmad,
    saya doakan anda dapat timang anak lelaki dan perempuan, yang tentunya berolehi lebih daripada apa yang saya dapat. saya doakan (amin…)

    Balas

  8. zeti
    Jan 20, 2009 @ 03:59:21

    Terima kasih kerana membimbing adik-adik MPR 2008. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

    Balas

    • puteribongsu
      Feb 02, 2009 @ 11:19:21

      Salam kak zeti yang dihormati,
      saya bermula dengan MPR, dan saya berbesar hati membimbing adik-adik sendiri

      Balas

  9. justin
    Feb 03, 2009 @ 10:07:45

    salam kak nas. puas saya cari blog kak nas, baru hari ni jumpa. saya harap, lepas ni bolehlah saya terus berguru dengan kak nas. satu lagi, mata kuyu saya tu bukan sengaja dibuat, dah tahap paling besar. sampai sekarang saya masih ingat akan apa yang diberi oleh semua fasi mpr, malah akan saya praktikkan. salam.

    Balas

  10. rashididaud
    Feb 09, 2009 @ 06:36:46

    salam kepada kak nas, saya mohon maaf kerana saya masih belum mula berani untuk menghantar karya saya kemana-mana cabang media kerana bimbang terdapat banyak ‘spoil’ yang meyebabkan saya tidak berpuas hati tetapi….
    karya saya telah bertimbun hingga tak tahu mahu di simpan di ceruk yang mana…

    Balas

    • puteribongsu
      Feb 10, 2009 @ 12:49:01

      Dik, betapa kak nas mahu kalian menulis dan menulis….
      simpan dan peram dulu, dah puas hati edit nanti hantar lah ke media ya..akak mendoakan, selalu mendoakan.

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: