FORUM APRESIASI BUDAYA, BERPAKSIKAN AGAMA

Saya menerima jemputan sebagai panelis forum Apresiasi Budaya, Berpaksi Agama yang berlangsung pada 27 Disember lalu dengan banyak rasa – debar, rendah diri, gugup juga, Masakan tidak, panelis lain bukan calangan orang, iaitu Ustaz Muhammad Abdullah Nicholas Sylverster (Pengerusi Hidayah Centre) dan Erma Fatima, siapa yang tidak kenal dengan artis dan pengarah filem yang terkenal ini, sedangkan saya? (aduhai!)

 

Namun, saya memilih untuk mencabar diri sendiri dengan menerima jemputan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) ke Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti 2008, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Dengan tema Simbiosis Belia dan Budaya, saya yakin ada aspirasi besar yang dibawa dalam karnival anjuran bersama kerajaan negeri Selangor dan Jamaah Islah Malaysia (JIM) itu. (terima kasih buat teman baik dan seorang adik yang menjadi peneman buat penguat perjalanan, Ghafirah dan Sayyidah Mu’izzah). Malam itu juga, kami berkongsi astaka dengan persembahan nasyid kumpulan Saff-One, Demascus, Algebra dan Muadz. Syabas buat penganjur, terima kasih atas jemputan, dan saya sokong sepenuhnya anisiatif ini!

 

Secara keseluruhan, forum mengupas peranan dan hubungan antara budaya dan agama. Saya banyak megupas peranan penulisan atau sastera (yang juga sebahagian daripada budaya kita) dengan agama Islam. Alhamdulillah, semuanya dapat dilaksanakan. Menariknya juga (saya kira), setiap panelis datang dengan ‘identiti’ sendiri. Ustaz Muhammad Abdullah Nicholas Sylverster berpantun sebelum dan selepas bercakap, dan Erma Fatima membaca puisi. Saya juga tidak mahu ketinggalan, lalu memilih untuk mengalun Gurindam 12 (raja Ali Haji) apabila ditanya mengenai karya-karya sastera yang mencerminkan budaya Melayu-Islam yang semakin dilupakan. (Saya tergelak apabila Kak Erma Fatima yang duduk di sebelah saya ketika itu berkata dengan menyebut filem yang pernah diarahkan oleh beliau, “Awak jadi perempuan Melayu terakhir malam ini.”)

 

Dan malam itu juga, saya terharu dan terinsipirasi daripada maklumbalas jemputan-jemputan kehormat di meja makan. Tentu, saya tak akan lupakan ucapan semangat YB Rodziah binti Ismail, Exco kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan sains, Teknologi & Inovasi Selangor, yang menepuk-nepuk bahu dan berkali-kali mengucap ‘teruskan, teruskan.’ Sungguh-sungguh itu berikan kekuatan. “Terima kasih, YB!” (Mudahan ini jadi semangat untuk meneruskan perjalanan dalam semua bidang yang saya ceburi, mudahan Allah meletakkan usaha ini pada mizan kanan, amin.)

 

Apa yang saya harapkan, audien beroleh sedikit pencerahan bahawa bahan penulisan dan sastera itu bukanlah sesuatu yang bersifat khayali atau ‘jiwang’ namun lebih bersifat mendidik, membangun insani dari segi akliah dan rohaniah. Seni penulisan dan persuratan Islam yang begitu sinonim dengan budaya Melayu ialah satu wasilah membina manusia berahklak (ingat ya, bukan hanya untuk menjadi manusia bermoral), seterusnya membina manusia bertamadun dan berbudaya. Budaya – bukan hanya cukup dengan memiliki barang antik dan berbaju kebangsaan sahaja lalu dipanggil budayawan, namun lebih daripada itu – menjadi manusia yang memiliki akal budi yang tinggi dan seterusnya bertemu Tuhan dengan selamat.

 

Apakah sama jus oren yang diperah segar daripada ladang berbanding jus oren yang dipeksegerakan, yang hanya perlu dituang ke dalam gelas?

 

Tentulah tidak!

 

Salam yang bersejagat, Nasriah Abdul Salam

 

 

img_10652*Di astaka bersama panelis lain; Sdr. Erma Fatima dan UstazMuhammad Abdullah Nicholas Slyverster

img_10741* Kadang-kadang saya boleh ‘lupa diri’ bila pegang micophone, hadoi…!

img_10662* Sebahagian daripada audien yang saya hormati.

img_10771* Rakan-rakan dan teman yang berkongsi astaka pada malam itu – Algeba dan Muadz

img_10756* YB Rodziah – mudahan ada semangat beliau yang saya bawa pulang.

img_10763*Kak Erma Fatima – doakan kami yang menjadi ‘tukang cerita’ ini agar tidak hanya buat cerita🙂

17 Komen (+add yours?)

  1. Hartini Omar
    Dec 30, 2008 @ 13:44:36

    Teman maya saya; Tuan Nasriah yg budiman..

    Alangkah bertuahnya tuan, bilamana hidup tuan tidak lain dan tidak bukan dipertaruhkan semata-mata untuk seni dan keindahannya. Saya tumpang gembira malah berbangga dengan pencapaian tuan ini. Mungkin nama tuan bakal pula dinukilkan dalam keping-keping teks sekolah anak2 saya satu hari nanti😉

    Syabas, doa saya senantiasa mengiringi..

    Balas

    • puteribongsu
      Jan 02, 2009 @ 03:46:26

      Hartini yang mengunjungi,
      saya sering terhari dengan doa saudara,
      doakan demikian, agar anak2 kita nanti punya bahan bacaan yang lebih membina diri sebagai insan, bukan hanya sebagai manusia.

      salam sayang, nasriah

      Balas

  2. haniesalwah
    Dec 30, 2008 @ 16:21:50

    Salam,

    Nas, teruskan ke hadapan. Aku sokong kau!

    Balas

    • puteribongsu
      Jan 02, 2009 @ 03:41:34

      Hani, terima kasih banyak, engkau memang selalu jadi sahabat yang menyokong,
      terima kasih, beb!

      Balas

  3. FahdRazy
    Dec 31, 2008 @ 09:18:37

    Kak Nas. Tak mintak satu role ke dalam filem Erma Fatima. Eheh…

    Semoga menjadi penulis dan ilmuwan yang berjaya.

    Balas

    • puteribongsu
      Jan 02, 2009 @ 03:40:57

      fadhlil, akak tak minta satu role, tapi insyallah akan ada projek untuk buat skrip pula (ini masih tahap perancangan), doakan akak ya lil, moga 2009 buka lembar demi lembar kebaikan pula (amin…)

      Balas

  4. nur ilhami
    Dec 31, 2008 @ 10:36:55

    salam nasriah,
    membaca entri ini seperti membaca adegan sumayyah menjadi panel forum dalam salju sakinah…

    semoga terus berusaha. wassalam.

    Balas

  5. haniesalwah
    Jan 10, 2009 @ 03:55:45

    Eh Nas…

    aku tgk balik kan gambar kau dengan Kak Erma tu mmg mcm adik beradik la. Ke mmg korang ni adik beradik. Kira kau ni adik Kak Erma bawah Ummi Aida gitu…hehehehe!

    Balas

  6. sf
    Jan 14, 2009 @ 09:52:16

    ini sudah tahap artis ni nas … fuhhhh … hehehe

    Balas

  7. ika
    Jan 17, 2009 @ 11:04:53

    mantaplah kak nas..

    Balas

  8. puteribongsu
    Jan 19, 2009 @ 07:35:02

    SF, apa?

    Ika, aduhai…

    Balas

  9. ren
    Jan 23, 2009 @ 11:03:44

    assalammualaikum nas yang dimuliakan,
    tahniah,semakin hebat!
    teruskan nas.

    Balas

    • puteribongsu
      Feb 02, 2009 @ 11:21:40

      Ren yang dihormati,
      ren, takut nya nak terima ucapan ‘tahniah’ awak…
      pesan guru saya, tiada istilah ‘kejayaan’ dalam berdakwah, jadi tak akan juga istilah ‘tahniah’ (sekadar berkongsi, ya ren)🙂

      Balas

  10. zaidakhtar
    Jan 31, 2009 @ 16:51:18

    persis.
    sekali imbas ada mirip.🙂
    tahniah. saya jugalah yg terpaksa tarik diri dr jemputan KARISMA utk program pg esoknya.😦

    Balas

    • puteribongsu
      Feb 02, 2009 @ 11:25:51

      Abang zaid, insyallah, ada kesempatan dan peluang yang lain akan dijemput di tempat lain pula…🙂

      Balas

  11. hasmora @ ustazlah
    Feb 04, 2009 @ 07:53:51

    salam sayang sastera (mengajuk encik Ren)

    saya bukanlah hendak memuji apalagi memuja.. cuma berpandangan bahawa.. masyarakat sekarang telah membuka mata melihat kemampuan sasterawan muda di persada sastera spt cik Nas, tatkala sindrom tidak minat sastera melanda mahasiswa, malah persatuan Bahasa Melayu hilang fungsinya dan gahnya di Uni.Malaya-beza amat dgn zaman Dato’ Baha yang lantang membela Bahasa Melayu.. dan saya melihat sindrom ini sudah melanda seluruh Malaya.. kebanyakan manusia meminati karya-karya popular..jiwang leleh maknanya..jadilah ia cadangan sbg bahan dalam KOMSAS.. dan Pak Samad Said pun merajuk..jadi Sasterawan Rakyat..dan bagi saya.. bahasa itu bukan hanya indah apabila terbang melantun-lantun dalam kata dan irama, malah apabila jujurnya ia meresap dan melekap dari sukma ke jiwa..

    Salam hormat dari Taman Bukit Angkasa,

    Hasbullah Mohamed Rahman

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: