CERPEN: PULANGLAH UNTUK MUSIM INI

pulanglah untuk musim ini

 

– DIA benar-benar jadi jentayu yang menanti hujan. Dia yakin, rasa yang bergelodak dan berombak di nubarinya tidak keterlaluan.

Tapi kini, hanya sebuah bingkai yang tinggal bergantung di sudut itu. Rumah terasa sempit, hidup terasa kosong. Untuk musim ini, pulanglah kalian, pulanglah – itu yang sering Mak Bunga pesankan setiap kali dapat bercakap-cakap seminit dua melalui telefon

Musim ini, biarlah semuanya berpeluang pulang dan menikmatinya tatkala musim sudah menggugurkan hasil yang berjebah. Musim yang penuh kasih, musim yang penuh manis.

Alhamdulillah, buat pertama kalinya saya menghantar cerpen ke Utusan Melayu Mingguan (Jawi) dan buat pertama kalinya ia disiarkan di media itu pada Isnin, 8 Disember lalu.

Begitu bermakna, kerana siarannya juga jatuh pada tarikh Aidiladha yang penuh pengorbanan. Mudahan, saya (dan kita) belajar-belajar daripada Ibrahim dan Ismail.

 

Pulanglah Untuk Musim Ini – akan bersambung lagi pada Isnin berikutnya, dan nantikan kesudahannya kenapa ada tiga insan diseru pulang untuk semusim rindu itu.

 

Terima kasih buat yang mengerti dan menyokong, terima kasih juga buat yang sering menjadi ‘najis’ dalam sebuah kolah air mutlak.

 

Salam hormat, dan salam aidiladha.

 

 

6 Komen (+add yours?)

  1. Qamar Muneera
    Dec 18, 2008 @ 08:37:09

    Salam ziarah. tahniah buat kak Nasriah. saya suka baca cerpen-cerpen akak. saya nak bertanya. macam mana kita nak hantar karya kat Utusan (mingguan Malaysia)?
    wallahu’alam

    Balas

    • puteribongsu
      Dec 22, 2008 @ 12:45:39

      Salam mesra, Qamar Muneera, terima kasih kerana membaca tulisan dan karangan yang tidak seberapa. untuk hantar kpd editor MM – emelkan ke kuseman@pc.jaring.my dengan sertakan sekali surat iringan dan gambar sebagaimana yang diminta oleh editorial

      selamat berkarya, dan selamat hantar karya!

      Balas

  2. Qamar Muneera
    Dec 23, 2008 @ 06:40:28

    Asif wa syukran ‘ala kulli hal.Allahuyubarik fik.

    Balas

  3. syamimiahmad
    Nov 20, 2011 @ 13:14:48

    assalam..kak nk tanya jugak: karya yg dihantar ke utusan tu cam contoh cerpen: ada had maksimum/minimum ke utk dihantar?

    Balas

    • Nasriah Abdul Salam
      Nov 21, 2011 @ 16:53:25

      Waalaikumussalam..
      Untuk karya di Utusan (Mingguan Malaysia setiap Ahad dan Utusan Jawi Setiap Isnin) had karya bagi cerpen ialah 8 muka surat, ditaip langkau dua baris, sebaik-baiknya dengan huruf Times New Roman saiz 12.

      Untuk puisi, tiada had khusus. Cuma, seelok-eloknya jangan terlampau panjang sehinggakan boleh ambil ruang penyiaran puisi untuk orang lain juga memandangkan setiap minggu Mingguan Malaysia akan khususnya ruang cuma untuk 3-4 puisi sahaja.

      Selamat menulis dan mencuba!🙂

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: