ADA BEBERAPA HAMBATAN ANTARA RINTIS HUJAN

Sangka saya, cuti setelah tamat pengajian ialah satu ‘perlepasan’ yang melegakan. Rupanya tidak, 3-4 perkara penting menuntut banyak masa berkurung menghadap komputer peribadi dan buku-buku. Hinggakan kata emak, dia sendiri tentu tidak sedar andai ada hantu yang datang menculik dan membawa saya lari melalui tingkap kamar – adakalanya lawak emak, boleh tahan juga.

 

Buku-buku - yang menjadikan mimpi malam saya berongga, dan mencipta beberapa cerita, antara hujan.

Dan, buku-buku yang bertindan ini sudah berkali-kali memberi ‘demam.’ Banyak perkara yang perlu dihabiskan serentak seperti memaksa saya masuk ke dewan peperiksaan semula. Dalam menghela lelah, saya kenangkan kata-kata Bonda Zaharah Nawawi – menjadi penulis, tidak mengizinkan kita untuk berlengah-lengah, apalagi berehat. (Terima kasih, bonda, atas kesudian bertamu ke teratak saya yang serba daif, beberapa hari lalu.)

 

Cuaca di Tanah Sekebun Bunga, hujan berpanjangan. Barangkali molek juga, tidak banyak masa saya diperuntukkan dengan aktiviti luar. Namun yang tidak disukai, helaian buku-buku di rak seperti ‘lemau’ dan ‘layu’ kerana cuaca yang lembab. Khuatir juga, kalau-kalau kulat yang sudah bertempek pada dinding rak berjangkit pula ke buku-buku.

 

Hujan yang berpanjangan, bikin sedikit risau, andai jalan raya Kota Bharu – Kuala Lumpur tenggelam memandangkan saya perlu banyak berulang-alik ke Kuala Lumpur. Boleh dikatakan, selang tiga-empat hari selepas tiba daripada Kuala Lumpur, saya perlu ke sana semula atas pelbagai urusan. Ujana saya barangkali sedikit bersawang nanti. Mohonlah, agar urusan saya dipermudahkan dan perjalanan saya selamat dalam restu ayah bonda.

 

Juga, saya sudah terima maklum balas positif berhubung salah satu borang dalam entri Dan, Borang itu Mendebarkan. Kini, berusaha pula untuk mengetahui respon borang kedua. Berita ini saya terima dalam sebak dan syukur, betapa Allah sebenarnya terlalu banyak memberi perhatian terhadap permintaan saya.

 

Saya maklum, banyak antara kalian yang menghantar doa buat saya. Betapa doa kalian amat saya hargai, dan saya tidak ada sedikitpun upaya untuk membalasnya, melainkan Dia. Sungguh, doa yang dihantar atas nama persaudaraan lebih manis berbanding kurma yang ranum.

 

Salam, penuh kasih sayang yang bersejagat sifatnya, daripada saya.

10 Komen (+add yours?)

  1. azree ariffin
    Dec 01, 2008 @ 12:28:13

    Salam…..

    Semoga kak nas terus maju memacu langkah. Banyak sungguh buku-buku yang dihadam tu yerk. Nak masuk exam pun tak macam tu. heheh.

    Balas

  2. FahdRazy
    Dec 01, 2008 @ 13:27:23

    Banyak buku pasal dadah ni…mesti tengah buat cerpen pasal dadah…kan? kan? kan? =D

    Balas

  3. budak kelantan
    Dec 02, 2008 @ 17:38:29

    Salam. Oh Nas, borang yang ada ruangan mazhab untuk diisi hari tu ke? Jadi, dah tukar mazhab la ni? Hahaha.

    Balas

  4. jah
    Dec 04, 2008 @ 00:36:15

    itulah kan… kita sbg hamba ni yg x sedar… betapa Allah memberi perhatian pd permintaan kita…. adik Yah,🙂 semoga d permudahkan semua urusanmu… dan aku juga!!!😀

    Balas

  5. puteribongsu
    Dec 04, 2008 @ 09:44:28

    azree, terima kasih dik. terima kasih juga atas beberapa bantuan yang tentu, amat dihargai.

    akak doakan perjalanan awak ke peringkat seterusnya. terus dik, terus!

    Balas

  6. puteribongsu
    Dec 04, 2008 @ 09:45:25

    fahd razy, tekaan anda salah lah, lah lah!🙂

    Balas

  7. puteribongsu
    Dec 04, 2008 @ 09:46:14

    budak kelantan aka zamzuri, hehe…tak kan laa nak tukar mazhab pun nak kena lalui prosedur khusus, kan. hehe…apa-apapun, doakan saya ya!

    Balas

  8. puteribongsu
    Dec 04, 2008 @ 09:48:40

    Jah, terima kasih sahabat. maaf, kita sama-sama mengejar masa semalam dan akhirnya berpisah di terminal.

    (hei, ingat tak sajak aku yang tajuk ‘kita berpisah di terminal’ yang aku tuju untuk mu dulu, siar di blues selamanya?)

    jah, aku tetap doakan mu. moga, berjaya dengan apa yang allah jadikan sebagai keperluanmu, bukan kehendakmu.

    hei, Allah terlalu ‘fleksibel’ sahabat!

    Balas

  9. Zaharah Nawawi
    Dec 06, 2008 @ 10:33:13

    Ada yg tanya, musim hujan pun gi umah Dik Yah? Ya, gi umah dikyah yang ajak dan pujuk dg pelbagai cara. Kerana janji jika ada waktu saya akan gi maka titiba ada ruang kosong selepas tamat bengkel dg PPK pada 27-29 Nov. 2008 lalu saya tunaikan janji.
    Aduh, enaknya hujan-hujan dingin makan nasi panas-panas lauk kari daging, ikan percik, udang goreng dg sayur, ikan lumi kering goreng. Errkk, terima kasih dik Yah, ayah ibu, abang-abang, kakak-kakak ipar dikyah yang mengambil dan menghantar saya kembali ke hotel penginapan. Di muka pintu dewan hotel sudah menanti orang yang membimbangi kehilangan saya. “Zaharah di tangan Nasriah,” satu ungkapan yang menyedarkan saya rupanya ada orang resah apabila saya tiada di tempat peginapan. “Dia menunggu bonda kerana bimbang,” ujar Nasriah yang lebih awal sedar akan tanggungjawab seseorang.
    Terima kasih Dik Yah. Laut, benteng, sungai, bakau dan nipah di belakang rumah Dikyah yang dipenuhi air hujan bagaikan menggamit saya untuk ke sana lagi.🙂

    Balas

  10. puteribongsu
    Dec 13, 2008 @ 17:30:22

    Bonda zaharah
    terima kasih banyak2 atas kesudian bertamu, insyallah, diizinkan masa dan pertemuan boleh bertandang lagi. kami sekeluarga nantikan…
    🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: