HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SISWA (6)

Apabila saya balik kampung bersama barang-barang atau kotak-kotak buku, adik-beradik sering menyakat; katanya untuk angkut barang-barang saya nanti ayah perlu menghantar lori bersama kelindannya. Dan, apabila sakatan berlarutan, saya anggap itu seperti kebiasaan pula. Hingga sudahnya, sakatan adik-beradik jadi nyata. Kelakar apabila difikirkan.

 

Ghafirah kata; banyak sangat ke barang hingga guna lori?

Saya bilang, rasa seperti belajar oversea kerana berkargo-kargo😛

(apa-apalah!)

 

Ketika itu, kami sebilik menjamu makanan segera yang dihantar melalui pesanan. Hinggalah saya tergesa-gesa habiskan Big Mac yang tinggal separuh apabila menerima panggilan telefon; “lori dah sampai.” Maka, bubarlah sesi makan kami dengan penuh ‘tak suka’nya. Semua hampir serentak sarung tudung dan sweater (kerja mudah untuk cover lengan) memandangkan semuanya bersantai dengan lengan pendek di bilik.

 

Maka, sesi mengangkat barang berlangsung. Sangka saya, saya berseorangan untuk kerja-kerja ini, rupanya ada tangan yang sudi membantu. Kerja saya dipermudahkan oleh junior-junior yang baik! Apabila semua pulang ke bilik, pakat-pakat duduk di bawah kipas dek berpeluh-peluh. Semuanya nampak baru lepas riadhah, syabas untuk semua kerana berjaya tingkatkan stamina dan bakar lemak secara bersedekah!

 

 haduh!

Ini sebahagiannya. Tin biskut Jacobs tu saya sayang – sebab itulah barang yang membolehkan saya bangun subuh selepas tidur sejam dua tatkala stay up hingga jauh malam. Bagaimana? Erm, cuba bayangkan bagaimana bunyi yang terhasil kesan tindak balas antara tin biskut, gegaran serta bunyi alarm di Nokia saya. Bukan seorang dua yang terkejut lihat tin biskut ada di sisi katil sepanjang musim peperiksaan :D

buku-buku dan majalah!

Inilah ‘masalah’ sepanjang zaman bagi yang berkudrat sedikit dan berstamina rendah macam saya!

kotak pakaian

Saya tukar ‘kedudukan’ – pakaian dimasukkan dalam kotak dan buku-buku dimasukkan dalam beg pakaian supaya senang diangkat dan diangkut kemudiannya. (Hei friend, thanks for the red pashmina from Masjid India during last Divali, really love it. Its colour gave much strengh to me in the examination hall. It will be appreciated eventhough you’re no longer here, and would become a new and different person soon/later, truly!)

img_09151

Ini yang ditulis pada kepala lori – Kelantan Sudah Sampai! (tapi, tanda seruannya mesti satu sahaja, tau!)

img_0912

Junior saya membantu – di situ sudah ada dua baldi, kotak baju, beg buku dan barang-barang dalam ‘plastik runcit’ sebab saya sangka saya berseorang memunggahnya. Letak dalam plastik runcit akan tidak banyak makan kudrat mengangkat, hanya ambil masa memunggah. Kalau dari awal tahu ada yang membantu tentu saya isikan dalam kotak-kotak. (Ketika ini saya tergelak-gelak sebab junior-junior membebel mengatakan barang saya banyak, dah tu rilex pula ambil gambar).

moto aku....!

Saya suka acara ini, terasa begitu ‘gilang-gemilang’ (tapi junior-junior kata ‘kebetulan’). Ini motosikal yang jarang digunakan kerana saya malas buang masa panaskan enjin sebelum gunakannya hingga ada kawan yang kata saya kufur nikmat :D  Selepas masuk kampus selepas raya hingga tamat peperiksaan saya sadaikan sahaja sehingga bersawang.

img_09171

Babai…jalan elok-elok, jumpa di rumah ya!

 

Tamat. Dan, saya akan pulang selepas beberapa urusan saya diselesaikan dan selepas tamat satu program. Selepas itu? Tunggu dan lihat kerana semua permohonan saya menuntut begitu – wait and see.

 

Tidak sabar mahu pulang dakap emak ayah dengan ucapan terima kasih. Tanpa kedua-duanya, saya tidak akan pulang, bahkan tidak akan datang ke UIA. (Juga, mahu ajak ayah ke kedai haiwan peliharaan. Saya mahu bela arnab pula!)😀

 

 

17 Komen (+add yours?)

  1. Nissa' Yusof
    Nov 12, 2008 @ 17:30:25

    selamat tinggal barang. hehe untuk kak nas belum boleh ucap selamat tinggal lagi.

    bela arnab isi masa lapang? nanti cuba ajar arnab makan keropok lekor cicah budu tau. hehe

    Balas

  2. Nisah Haron
    Nov 12, 2008 @ 22:42:31

    Salam,
    Catatan Nas mengingatkan saya sewaktu pulang (untuk kali terakhir) dari kampus UKM. Walaupun UKM ke Seremban agak dekat, barang saya boleh tahan banyaknya. Komputer sahaja dah dekat separuh kereta (zaman tu, mana ada laptop!) Sudahnya, barang penuh satu kereta, saya pulang dengan bas keesokan harinya!😉

    Balas

  3. hartini omar
    Nov 13, 2008 @ 00:11:46

    sdr nasriah,

    sekadar menyinggah. saya baca entri ini dengan senyum kecil terukir di bibir. mengenang kembali kenangan manis sebegini yang sudah pasti tidak akan berlaku lagi

    kembali semula ke taman itu bila2 masa ya. mari sama2 kita bergelar sarjana😉

    terima kasih

    Balas

  4. puteribongsu
    Nov 13, 2008 @ 07:36:31

    Nissa’
    huhu, tak payah bagi arnab, akak sendiri pun tak penah makan benda macam tu..

    (sabar-sabarlah dengan si nissa’ ni!)

    Balas

  5. puteribongsu
    Nov 13, 2008 @ 07:51:46

    Kak Nisah,
    hehe…mak ayah cadangkan saya naik lori untuk balik, tapi saya jerik kat mak “Tak naaak…!”

    Balas

  6. puteribongsu
    Nov 13, 2008 @ 07:52:14

    Saudari Hartini Omar, singgahan saudari amat saya hargai dan alu-alukan (mudahan kita boleh bertemu mata nanti memandangkan kampus yang sama, nanti kita aturkan, isnyallah dan harapnya sudi)

    sewaktu angkut barang-barang, saya berdoa agar barang-barang tersebut boleh diangkut semula dari rumah. (Lalu tertanya-tanya, apalah tujuannya dibawa pulang) hehe

    ntahlah, saya masih pening!

    moga, moga sama-sama menjadi sarjana yang menyumbang untuk orang lain, mudahan.

    Balas

  7. sf
    Nov 13, 2008 @ 08:23:39

    Boleh cepat2 kawin pasni … thehehehe …

    Balas

  8. haniesalwah
    Nov 13, 2008 @ 13:10:05

    Nas,

    nampaknya kata-kata aku menjadi kenyataan. Hahaha…Semoga selamat pulang kampung. Eh, pi tak seminar puisi tradisional 24-25hb ni?

    Balas

  9. anisd
    Nov 14, 2008 @ 06:17:27

    huhu.. kenapa la saye tak tahu aktiviti ini? jika tidak, boleh saya join sekali dua..

    Balas

  10. puteribongsu
    Nov 14, 2008 @ 06:49:53

    Abang sf,
    “calon-calonnya, ialah…..(???)”

    thehehehe……(juga)

    Balas

  11. puteribongsu
    Nov 14, 2008 @ 06:51:42

    Hani,
    ha’ah la..betul, ngkau penah jenaka hari tu yang barang2 n buku2 angkut lori.

    susah jugak eh rumah jauh ni…

    aku tak pi, aku ada program lain ketika itu, n maam biasalah ya….kalau ada prosiding tu kenanglah daku dalam doamulah ya!
    😀

    Balas

  12. puteribongsu
    Nov 14, 2008 @ 06:54:08

    Cik anis,
    best tau…lepas ‘majlis gilang-gemilang’ tu budak2 bilik aku gelak kaw-kaw punya..sabar je la..patu demo tu kata kat aku;

    “kak nas, jom order pizza pulak nak?”

    Nak buat guano, mugo baru lepas makan kalori tu terus dibakar habis-licin, hehe

    Balas

  13. Najib
    Nov 15, 2008 @ 07:50:34

    sampai di kelantan nanti kemas barang2 yang byk tu ya🙂

    Balas

  14. Ubaidillah
    Nov 20, 2008 @ 05:56:09

    Semoga pulang dan terus maju dalam apa jua yang bakal diceburi selepas ini.

    Agak2 kerja di kelate ke?

    Balas

  15. wardahputeh
    Dec 26, 2008 @ 08:01:49

    Assalamulaikum

    Safiah ada cerita, akak angkut barang-barang guna lori. Tak sangka boleh tengok gambar di sini. Hehe. Mengujakan.

    Salam Ziarah.

    Balas

  16. Ummu Hani
    Jan 02, 2009 @ 03:27:41

    salam Nas yang makin hebat! Lepas ni macam SF kata, kena kawn daaa nii

    Balas

    • puteribongsu
      Jan 02, 2009 @ 03:32:38

      Hani, terima kasih mengunjungi,
      heheh…
      kawin?
      (erm, tak tahu nak kata apa, doakan Allah beri yang terbaik)😀

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: