HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SISWA (5)

Saya petik dari blog seorang junior, Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri, yang manis, di blognya.

          Hari ini, sekarang ini, saya sedang mengusap air mata seusai melewati laman blog Kak Nas…

Manakan tidak, saya akan kehilangan orang yang menjaga saya di UIAM! Kak Nas sudah habis peperiksaan akhirnya sebagai seorang mahasiswi. Bila-bila sahaja Kak Nas akan berangkat pulang ke kampung dan… entah bila lagi saya akan bertemu dengan beliau.

-Kak Nas mesti akan rindukan korang…=(

SMS Kak Nas lewat petang semalam, saya baca berkali-kali dan masih tersimpan dalam inbox.

Siapa lagi yang akan bertanyakan tentang prestasi pembelajaran saya setiap kali bertemu di kuliyyah?
Siapa lagi yang akan duduk semeja dengan saya, makan, berkongsi kritikan dan gelak tawa ketika membedah karya saya yang tahapnya masih entah apa-apa?

Memang masih ada kawan… Tapi tak akan sama dengan insan yang bernama Khairunnasriah Abdul Salam.

Apa lagi yang dapat saya katakan kalau sebak menghimpit dada??? Jemari pun seakan kaku mahu menyusun kata.

Sebak…
Sebak…
Sebak…
Yang saya ada kini hanyalah air mata…

 

Nota Nasriah: Saya seakan tidak berasa bahawa saya akan meninggalkan sesuatu yang rutin. Saya mahu tinggalkan dan perlu tinggalkan dunia kampus, biarpun sebetulnya keberatan. Dan selebihnya, doakan agar jalan untuk saya kembali semula ke lembah ilmu dipermudahkan Tuhan.

 Doakan saya cekal hati, tabah semangat, dari yang sebelum-sebelumnya. Juga, doakan adik saya (Sayidah Mu’izzah) juga, agar dia beroleh lebih daripada apa yang saya dapat dalam semua lapangan.

12 Komen (+add yours?)

  1. haniesalwah
    Nov 11, 2008 @ 06:52:16

    Alamak syahdunya luahan entri eja. Semoga jalan untuk kembali menjadi pelajar dipermudahkan Allah. Mari sambung master! Yeah!

    Balas

  2. fadzil
    Nov 11, 2008 @ 07:36:18

    UIA, tempat jatuh lagi dikenang bak kata orang lama. memang seronok di uia. Saya rasa menyesal bila dah habis belajar di uia dan kemudian kerja. rasanya nak belajar lagi, saja buat lama-lama di uia. tapi tak tahulah keadaan mungkin berbeza dari dahulu, tiga-empat tahun lalu.

    Balas

  3. zaidakhtar
    Nov 11, 2008 @ 12:19:12

    bulan pun turut menangis

    Balas

  4. puteribongsu
    Nov 12, 2008 @ 09:40:17

    Hani, huhu…doakan lah aku, doakan, doakan, doakan laaaah….!! 😀

    Balas

  5. puteribongsu
    Nov 12, 2008 @ 09:41:43

    saudara fadzil,
    hidup memang berjalan begitu. linear, selari. selepas A, akan ada B, C dan seterusnya begitulah

    seakan-akan dah jadi satu sistem, dan sukar untuk ubah ‘sistem’ begitu.
    😀

    Balas

  6. puteribongsu
    Nov 12, 2008 @ 09:42:04

    uis..

    saya juga menangis bersama bulan!
    😀

    Balas

  7. FahdRazy
    Nov 12, 2008 @ 15:20:35

    Dah jadi lawyer ke? Tahniah!

    (huhu…saya ni bilalah agaknya nak habis…)

    Balas

  8. puteribongsu
    Nov 12, 2008 @ 17:05:56

    Lil,
    akak belum jadi lawyer…(nampak gaya macam lawyer tu jadi the last resort je!)

    Lil, cepat-cepatlah jadi doktor. mantan-mantan MPR dah tak sabar nak kena inject free bila demam tak kebah-kebah ni. hehe

    Balas

  9. criticalthinker
    Nov 13, 2008 @ 10:53:45

    selamat melangkah ke alam baru untuk puteri bongsu ini!

    Balas

  10. anisd
    Nov 14, 2008 @ 06:16:17

    aku pun sedeh.. tapi tok dey nak buat entry special tuk mu.. masa memang mencemburui kita..
    nas, tq 4 ur support!
    u love me!

    Balas

  11. puteribongsu
    Nov 14, 2008 @ 06:58:15

    criticalthinker, terima kasih banyak, doakanlah saya baik2 dan selamat2 sahaja ya..

    Balas

  12. puteribongsu
    Nov 14, 2008 @ 06:59:21

    Anis, aku pun sedih coz tak banyak masa leh borak2 dengan mu lepas mu habis exam, per2 aku doakan mu. aku nak mu habis ngaji bangak2 n ingat abah umi sokmo…

    aku doakan mu!

    u love me too..😛

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: