HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SISWA (4)

 

peta minda criminal procedure!Fenomena bertukar-pinjam nota/buku pada musim peperiksaan ialah perkara biasa, dan saya anggap inilah antara salah satu sedekah yang paling mudah. (Sejak sekolah rendah, ayah pesan usah sesekali kedekut dengan ilmu). Dan, dalam musim peperiksaan inilah, macam-macam juga boleh berlaku, dan ketika ini juga mungkin kita akan beroleh rakan baru.

 

Senario pertama, seorang adik junior (Hafiz) tanya saya;

 

“Kak Nas, boleh pinjam nota Criminal Procedure?”

“Nota kuliah mana?”

“Semua, semua nota kaki yang dicatat oleh Kak Nas.”

“Maaf, tak ada.”

“Tak kan tak ada kot?”
”Betul, tak ada.”
”Habis, tak kan akak dengar kuliah semata-mata.”
”Tidak, akak ada juga mencatat.”
”Ya lah…catatan nota kaki dalam kuliah tu lah yang saya mahu pinjam.”

“Kalau nota yang akak catat masih boleh diberi pinjam. Tapi, yang awak maksudkan tu memang tak ada, maaf ya.” – muka adik tu nampak berkerut.

“Akak ni, sekejap ada sekejap tak ada.”

“Sebab akak buat nota dengan tangan, bukan dengan kaki.”  Saya gelak sakan, dan dia menahan geram.

 

 

Senario kedua, dengan adik junior yang sama ketika dia mahu ambil nota.

 

“Ini notanya.” Saya hulur. Dan katanya, dia mahu salin satu-persatu. Saran saya, buat sahaja salinan fotokopi, boleh jimatkan masa.

“Takut tak nampak terang.”

“Alah, jangan risau. Nampaklah…sebab akak salin nota dengan pen dakwat basah.”

“Ye ke nampak?” –Dia buat muka tak percaya, dan saya iyakan berkali-kali. Jika pen dakwat basah, Insya-Allah akan nampak terang.

“Kak Nas tipu…!”

“Betullah, tulisan guna pen dakwat basah akan jelas nampak jika dibuat salinan.”

“Akak tipu lah!” – ketika ini saya dah bengang sikit.

“Akak tipu, kertas ni kering aje…” Katanya sambil selamba membelek-belek nota saya, buat-buat mencari di mana kesan basah yang ada pada kertas.

 

Kali ini giliran dia yang gelak sakan.

 

Aduh, banyak yang saya akan tinggalkan. Antaranya, aktiviti buat nota dan peta minda. Dan, akan mulakan rutin yang barangkali terlalu berbeza.

 

 

 

4 Komen (+add yours?)

  1. mesejabdul
    Nov 12, 2008 @ 09:06:27

    Wajah nota berwarna warni mengembalikan nostalgia saat menuntut ilmu dulu. Terasa rindu bertandang ingin kembali menikmati hidup sebagai pelajar..🙂

    Balas

  2. puteribongsu
    Nov 12, 2008 @ 09:29:18

    Rindu, bukan?

    saya belum lama meninggalkan, sudah terasa begitu haru. bilalah nanti agaknya akan ulangi perkara yang sama.

    Balas

  3. anisd
    Nov 14, 2008 @ 06:14:34

    haha.. padey muko..

    Balas

  4. puteribongsu
    Nov 14, 2008 @ 07:00:22

    haha..
    hafiz terlebih dulu bagitau aku “padey muko”
    😛

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: