HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SISWA (2)

Hei, senyumlah!

 

Sebelum saya mulakan studi atau ulangkaji, perkara pertama yang akan dibuat ialah pastikan meja studi cukup selesa untuk digunakan. Meja studi saya kerapnya berkembah dan hanya kemas pada hari minggu (itupun jarang-jarang juga)

 

Selepas itu, saya akan bancuh minuman panas. Seringnya, saya gunakan minuman 3 dalam 1, memandangkan saya tidak punya ruang dapur di kolej. Antara kegemaran saya juga, saya gemar memerhati serbuk kopi mendap perlahan-lahan hingga ke dasar kole dan air panas bertukar warna sebelum mengacaunya. Memang meralitkan apabila serbuk kopi hilang perlahan-lahan.

 

Dan gambar di atas, ialah serbuk kopi yang ‘malas’ mendap. Apa yang anda nampak?

 

Dalam kole merah kegemaran saya itu, saya nampak sepasang mata yang comel dan sebuah senyuman. Dan, seakan-akan saya dengar ada suara yang kata;

 

Senyum, usah endah dengan dugaan, pedulikan dengan tekanan, lucutkan segala masalah. Senyum, senyumlah, kerana orang yang kuat ialah orang yang bertahan dengan masalah bersama senyuman. Senyum, senyumlah, ‘kalahkan’ orang lain yang mahu lihat engkau menangis!”

 

 

14 Komen (+add yours?)

  1. alangtengahbirukundang
    Oct 23, 2008 @ 11:58:31

    wah.. xsangke nas ade tabiat pelik…
    pernah jugak ade tabiat macam tu..
    paling best kalu kite boh susu ke milo ke tinggi2 macam gunung atas air panas tu..
    pastu ade efek cam tebing die runtuh sikit demi sedikit.. dramatik la pemandangannyer..
    hahaha.. nape tah aku dah tak wat tabiat pelik ni..
    mungkin org byk mase free je yang bertabiat cenggini..
    dalam erti kata lain kau terlalu busy untuk meneruskannya sekarang..

    Balas

  2. alangtengahbirukundang
    Oct 23, 2008 @ 11:59:27

    ralat: aku terlalu busy untuk meneruskan tabiat itu..

    Balas

  3. puteribongsu
    Oct 23, 2008 @ 12:19:46

    abang razwan, hehe…yaps, sungguh, betul, dramatik. (saya ingatkan ini tabiat saya sorang, rupanya ada lagi orang lain yang begitu).

    dan, kalau nak tengok ‘fenomena’ dramatik tu, jangan tengok dari sudut atas, tapi dari sudut sisi. dalam erti kata lain, sangkut dagu snediri kat buju meja dan tengok ‘gunung’ milo/kopi runtuh perlahan2.

    ketika itu saya selalu bayangkan gunung runtuh waktu peperangan (macam di kandahar misalnya)kerana dibom!
    😀

    p/s: buat yang ‘pelik’ tak pe, asal hati bahagia.

    Balas

  4. fawa
    Oct 23, 2008 @ 19:55:00

    kak nas
    dun worry
    yang penting paz exam sudah!
    afta final bole la kita pesta gala-gala!
    woohoo
    yay!!!

    ALL THE BEST TO YOU!

    Balas

  5. puteribongsu
    Oct 24, 2008 @ 12:45:26

    Wa,
    yups..
    after that, it’s the time to ‘disco!’
    :p

    Balas

  6. ika
    Oct 24, 2008 @ 14:04:51

    ehm..

    Balas

  7. haniesalwah
    Oct 25, 2008 @ 03:17:19

    Aduh, aku pun sedang cuba untuk lebih ter”senyum” sekarang (baca:bukan senyum orang ingatkan gila ya…hehe!).

    Nas, aku doakan kita sama-sama dapat go tru this final exam. Chaiyok! Chaiyok!

    Balas

  8. safi
    Oct 27, 2008 @ 03:50:31

    nescafe,coffemix ataupun indo cafe kak?
    dah lama tak rasa bancuhan kopi akak hehehe
    all the best for final

    Balas

  9. puteribongsu
    Oct 28, 2008 @ 03:02:40

    Ika..jangan mengeluh..ehhehe

    Balas

  10. puteribongsu
    Oct 28, 2008 @ 03:04:02

    Hani, t.kasih cik kak..
    aku doakan ngkau juga untuk exam ngkau.

    (windu laaaa sama gopi n ngkau!)

    Balas

  11. puteribongsu
    Oct 28, 2008 @ 03:05:43

    safi, semuanya yang safi sebut tu tak berkenaan. heheh…kan ke akak selalu bancuh old town coffee perisa hazelnut, itulah…dah tinggal uia je dia dah lupa.

    kalau nak minum lagi datanglah sini. kabarnya hari tu turun ‘malaysia’ tak bagitau pun ya! (kak ma’ yang bagitau!)

    Balas

  12. safi
    Oct 28, 2008 @ 23:30:34

    bukan turun malaysia laa
    turun malaya
    safi x nak kaco akak yg tgh concentrate studi hehehe
    kalo akak pegi rumah k.ma hari tu dpt laa jumpa safi

    Balas

  13. sapiah
    Nov 01, 2008 @ 04:38:49

    salam k.nas ma’a taufiq wannajah
    barakallah

    Balas

  14. puteribongsu
    Nov 03, 2008 @ 03:07:08

    sapiah,
    terima kasih banyak atas doamu.

    akak doakan yang terbaik untuk sapiah jg. di sana pun tentunya periksa jugak kan.

    jaga diri dik!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: