HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SISWA (1)

Dalam sibuk menangani tugas-tugas akhir seorang siswa (dalam hari-hari terakhirnya, sehinggakan sempat ulangkaji nota Public International Law dalam LRT Putra), minggu lepas saya sempat mengunjungi penginapan Sdr. Zaharah Nawawi di Subang Jaya sempena sambutan raya KEPEZI.

 

Antara pesan orang tua (dan adab menjadi tamu di rumah orang lain) ialah jaga pandangan, usah mata melilau sana-sini apabila di rumah orang. Tapi hari itu, saya gagal. Pandangan saya ditarik dan melekat pada dinding rumah beliau dan almari buku-buku. Bahkan, inilah juga yang sering berlaku andai mengunjungi pejabat atau bilik kerja penulis (mahupun bilik pensyarah sendiri). Dan, sering juga pandangan akan lebih terarah pada buku dan saya jadi sukar tumpukan perbualan dengan tuan rumah. Ini akan ambil sedikit masa juga untuk saya ‘tenangkan’ diri.😀

 

 

 

Lihat, siapa juga yang ‘tertarik’ dengan buku-buku di dalam almari, selain saya?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dan, ini.  Sebahagian daripada sijil-sijil penghargaan sebagai pembimbing, penulis dan sebagainya milik Sdr. Zaharah Nawawi. 

 

Terkedu sebentar  melihat deretan sijil yang dibingkai dan digantung mencecah siling, dan dalam hati saya jerit, “Nak macam ni jugaaaak…!” 😀

 

7 Komen (+add yours?)

  1. eja
    Oct 18, 2008 @ 06:56:08

    kenapa ya… eja rase cam sedih je bila baca tajuk entri kak nas… =(

    Balas

  2. Zaharah Nawawi
    Oct 19, 2008 @ 07:36:13

    Sdr Nasriah, terima kasih sudi menjenguk teratak buruk saya sempena pertemuan hari raya warga Kepezi. Mengenai sijil yang memanjat dinding itu sebenarnya idea Rozie Haslinda Nasir pemegang ijazah Jurutera Dalaman dari UITM. Bukan nak menunjuk tapi menyelamatkan ruang penyimpanan daripada bersepah merata tempat. Sdr mulai berkarya pada usia 8 tahun. Saya 12 tahun. Saya mulai menerima pengiktirafan setelah berpuluh tahun menulis. Sdr tahun pertama berkarya sudah dapat hadiah utama. Jadi, lihatlah nanti sijil pengiktiraran yang sdr terima mungkin bukan setakat pada bahagian tangga yang selalunya kosong dan dibiarkan, tapi setiap inci ruang rumah sdr akan dipenuhi watikah-watikah penghargaan yang berseni dan bermakna. Saya ingin menyaksikannya. Semoga hasrat sdr segera dimakbulkanNya.

    Balas

  3. puteribongsu
    Oct 20, 2008 @ 03:40:46

    Adik Eja,
    em, entahlah…kak nas juga punya perasaan, tapi tak tahu apa perasaan yang dirasa tu. sedih, tentu akan pun akan rasa begitu.

    akak sentiasa doakan eja. akan sentiasa doakan, walaupun jauh, insyallah sampai dik.

    Balas

  4. puteribongsu
    Oct 20, 2008 @ 03:42:57

    bonda zaharah nawawi,
    saya sangat menghargai doa, inspirasi dan galakan ini.

    terima kasih!

    Balas

  5. anis
    Oct 22, 2008 @ 14:18:50

    selamat menempuh peperiksaan akhir! semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.. ameen..

    Balas

  6. puteribongsu
    Oct 23, 2008 @ 12:15:29

    anis, thanks dear!

    aku pun doakan mung, moga2 mung sukses, abah n umi pun suka hati…(aku doakan, doakan, dan selalu akan doakan!)

    Balas

  7. ika
    Oct 24, 2008 @ 14:03:32

    Salam kak nas, hu2 kalo sy pun tgk semua tu,terpegun gak…n stuju sgt,bile msk bilik lect,mata sy akn melilau tgk buku2 diorg..hu2..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: