USIA BARU YANG BENAR-BENAR RIPUH, dan beberapa catatan

Seminggu sebelum ulang tahun kelahiran diri yang ke-25, saya benar-benar mengejar waktu untuk mendepani itu dan ini. Sebetulnya ketika itu, 2 Ogos bukan sepenting mana pada usia saya memandangkan ada perkara lain yang lebih penting daripada kek mahupun hadiah.

Sejak 26 Julai lalu, saya terlalu sibuk dengan hal-hal berkaitan borang, tugasan-tugasan kuliah yang perlu dihantar menepati waktu, juga hal-hal berkaitan Diskusi Karya Mantan MPR perlu saya langsaikan sebagai pengarah (tentunya ini tidak berlangsung tanpa bantuan rakan-rakan mantan yang lain, sangat-sangat saya hargai kalian yang terlalu ramai untuk disenaraikan di sini).

Juga, sebagai penyelenggara antologi terkini mantan MPR, urusan percetakan perlu dilesaikan memandangkan antologi akan dilancarkan pada hari yang sama. Bahkan 1 Ogos itu, saya langsung tidak sempat menjamah nasi sehingga ke malam, bahkan seharian. Lebih ‘menyukarkan’ kaki saya melecet teruk, bahkan berdarah gara-gara memakai kasut yang jarang dipakai. (silap sendiri; hingga ke hari ini lukanya belum baik sepenuhnya dan perlu dibalut sebelum memakai kasut).

Selesai menguruskan hal-hal bersabitan borang permohonan (sebagaimana dalam entri lalu) sejak 8 pagi sehingga pukul 12 tengah hari, saya hanya sempat mengunyah separuh daripada sepotong roti sambil menunggu bas daripada UIA ke Terminal Putra LRT. Belum sempat menghabisinya, bas sudah sampai, dan separuh lagi roti tersebut saya habiskan di Serdang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat percetakan (Meteor).

6 petang Hani hantar saya ke stesen komuter UKM. Nasib saya kurang baik petang itu – terpaksa berdiri dalam komuter dari stesen UKM ke Stesen Sentral dengan doa agar saya tidak pitam dalam perjalanan (kerana dah mula pening dan rasa menggeletar dek lapar). Usai maghrib di Stesen Sentral, saya mencari restoren makanan segera, dengan harapan boleh segera makan. Pun, nasib saya tidak sebaik mana apabila terpaksa beratur lama sambil tahan kantuk. Awal-awal bulan, masing-masing mahu meraikan penerimaan gaji.

Hampir 11 malam juga barulah tiba di UIA dan sepanjang perjalanan, saya berdoa agar tiada sesiapa yang rajin untuk datang ke bilik bikin kejutan hari lahir. Makanya, saya perlu tidur sebelum pukul 12 malam, rasionalnya supaya tiada orang yang tergamak untuk kejutkan sambil menatang kek. (Sedikit syukur, teman baik saya tiada di kampus hari itu, kerana dialah selalunya yang datang bikin kejutan; tapi lama-lama jadi kebiasaan pula). Saya langsung tidak mahukan kek mahupun hadiah hari lahir. Yang saya mahu ialah bantal dan sebuah lena yang sempurna sebagai persediaan majlis diskusi keesokkannya.

****
2 Ogos – mantan-mantan MPR di UIA bersedia menunggu bas seawal 7 pagi. Juga sekali lagi, hari itu saya perlu melangkah ke sana ke mari sepanjang majlis. (sebenar-benarnya saya berterima kasih buat rakan-rakan mantan sebagai pelaksana dan urusetia). Sekali lagi saya terpaksa abaikan kaki yang melecet dan luka sejak semalam.

Syukur sekali, majlis berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Harapan kami, selepas ini adik-adik mantan MPR yang junior pula akan jadi pelapis meneruskan aktiviti-aktiviti MPR. Catatan seputar majlis diskusi boleh dibaca di blog Kak Nisah Haron. Terima kasih buat Anis, yang datang hantar kek ketika saya mengurut kaki sendiri sambil mata hampir tertutup di katil).

Selepas 30 minit mengecap lelap, sepupu saya pula tiba ke kolej. Hampir 4 tahun tidak bertemu di majlis diskusi siangnya kami hanya sempat bersalaman, malam itu saya lelap hampir pukul 3 pagi walaupun badan terlalu lesu dan tekak perit semacam, serasa seperti mahu demam. Malam itu juga saya cari kembali madu dan vitamin-vitamin yang hampir seminggu saya lupa mengambilnya. (Cik Jah, terima kasih datang.)

3 Ogos – hilang semua penat dan hampir semua tugasan sudah saya langsaikan, barulah terasa dan sedar rupa-rupanya diri sudahpun 25 tahun. Juga, terima kasih buat Nor yang datang menatang puding malam tersebut. Bahkan, kawan yang baik itu masih belum berpuas hati, beberapa kali dia mengatur waktu dengan beberapa rakan yang lain untuk meraikan saya dalam majlis kecil, dan beberapa kali itu jugalah saya menolaknya dengan alasan saya sudah terlalu tua untuk menyambut usia yang semakin bertambah.

****
6 Ogos – benarlah, saya benar-benar tidak dapat mengelak. Melihat saya liat untuk menurut kemahuannya dengan banyak alasan, dia datang bertandang ke bilik ketika jam hampir menginjak hari baru. Si teman itu datang dengan sekotak kek dengan 5 jenis perisa berbeza. Katanya, biar saya makan semua. (Terima kasih, Asma’ yang turut serta). Lebih  ‘mengada-ngada’ dia tak izinkan saya pegang sudu, dia mahu suapkan dari awal sampai habis. Pun, tak mengapa – saya sudah tak kuasa menghalang jadi sudahnya layankan sahaja. Seorang teman sebilik menegur; “Bukankah hari lahir Kak Nas pada 2 hari bulan. Maksudnya, sudah 5 hari berlalu. Dan saya jawab; “Ya, tapi Kak Nor kamu ni sengaja mahu sambutnya 7 hari, 7 malam. (Terima kasih, Nor yang disayangi!)

Nota: Tak lupa ucapan terima kasih buat semua yang memberi ucapan sama ada lisan, kad, saya anggap itu doa kalian!

****

Seorang rakan buat lawak tahap martabat ‘botol budu.’– katanya; Kak Nas dah usia 25 tahun. Makanya, 25 tahun lagi akan menopause. Tapi, lawaknya buat saya berfikir dan merenung usia-usia diri, terlalu dalam maksud muhasabah dalam sebuah lawak dan saya mengambil itu sebagai satu tazkirah.

Mungkin perkataan ‘menopause’ kedengaran sensitif atau kelakar jika diselit dalam lawaknya. Sebaliknya, saya perlu ingatkan diri sendiri bahawa hari ini saya meraikan jubli perak kelahiran, dan 25 tahun lagi akan meraikan jubli emas pula. Namun, akan berolehkah peluang emas itu?

Jubli perak kelahiran diri ini, doakan saya bukan hanya jadi manusia, tapi jadi seorang insan. Doakan agar helaian-helaian catatan dalam diari dipenuhi dengan kejayaan pada mata Tuhan.

Ya, 25 tahun – saya sudah terlalu tua untuk hidup lama.

12 Komen (+add yours?)

  1. salina.ibrahim
    Aug 07, 2008 @ 12:57:15

    Umur sekadar angka, Nas. Tapi bagus kalau beringat-ingat. Salam ulang tahun suku abad.

    Balas

  2. mohamadkholid
    Aug 08, 2008 @ 03:27:30

    umur nabi sampai 63, nas. cuba 63 tolak 25, berapa yang tinggal?

    Balas

  3. puteribongsu
    Aug 08, 2008 @ 13:47:43

    Kak Salina, terima kasih atas ucapan…oo yeah, umur itu angka…(ini saya sedap hati)

    tapi, bila kata saya dah suku abad, huh…ini yang buat cemas nih!!

    hehe..

    Balas

  4. puteribongsu
    Aug 08, 2008 @ 13:49:51

    abang kholid hamzah, yang tinggal 38..tapi, belum tentu lg saya akan hidup sampai 38 tahun akan datang…

    (issk..isk…!!)

    Balas

  5. Badruzamani Azmi
    Aug 11, 2008 @ 10:48:22

    Salam…

    Apa la erti kawan seperti saya? Sehingga hari lahir kawan yang lain pun terlupa.

    Abang minta maaf banyak – banyak Nasriah.

    Semoga sembuh cepat.

    ‘Allah selamatkan kamu…
    Allah Selamatkan kamu..
    Allah selamatkan Nasriah Abdul Salam…
    Allah Selamatkan Kamu…🙂

    Semoga panjang umur dalam keberkatan Ilahi;
    Semoga menjadi anak solehah yang berbakti pada ayahanda dan bonda selalu;
    Semoga bertambah rezeki dalam keberkatan Ilahi;
    Semoga mendapat kerja yang elok (kalau jadi lawyer, jadi lawyer yang baik);
    Semoga mendapat … yang baik, jujur, amanah, soleh dan bertanggungjawab;
    Semoga bahagia selalu … Amin

    Jaga diri baik – baik ya (jangan nakal – nakal)🙂

    Balas

  6. nazri
    Aug 12, 2008 @ 09:47:02

    Selamat Hari Lahir yang ke 25 tahun 10 hari. hehehe
    Kehadiran Hari Lahir merupakan satu perhentian di dalam satu perjalanan,Check lepas ni naik bas yang mana? mudah-mudahan bas yang elok moga perjalanan lancar ke destinasi..

    Balas

  7. puteribongsu
    Aug 13, 2008 @ 14:13:25

    saudara Badruzamani, terima kasih atas ucapan, dan terima kasih atas doa2 tu..

    (terharu!)🙂
    dan saya doakan anda juga.

    Balas

  8. puteribongsu
    Aug 13, 2008 @ 14:15:02

    saudara nazri,
    terima kasih atas ucapan dan pesanan…

    hehe, benar, macam naik bas kan…sebab hidup ialah satu perjalanan, dan di mana ada terminal di situlah kita perlu berhenti sekejap meletak lelah, kemudian sambung semula…

    doakanlah saya berjaya serta selamat dunia akhirat ya!

    Balas

  9. fairuz
    Aug 14, 2008 @ 13:39:25

    Selamat Ulang Tahun Kelahiran ! Semoga idea mencurah2 pada usia satu per empat abad. Moga ada karya yang mega biasa menyepuhi angkasa sastera !

    *belated

    Balas

  10. puteribongsu
    Aug 16, 2008 @ 04:45:01

    Wah, saudara fairuz,,,saya sangat hargai doa yang berangkai itu. doakan saya, agar berjaya dalam pengajian dan penulisan (pukul ratam; agar berjaya dalam kehidupan).

    saudara, terima kasih atas kunjungan ya! -moga sukses selalu..🙂

    Balas

  11. Orang yang lebih senang menyendiri
    Aug 16, 2008 @ 07:24:42

    Aduhai Nasriah. Yang penting ialah menulis dan berkarya terus. Yang lain itu adalah hiasan sahaja. Selamat terus berkarya meski usia kian meningkat. Wassalam.

    Balas

  12. fadzil
    Aug 29, 2008 @ 12:38:19

    salam.

    betullah, penulis bukan sekadar penulis. menulis apa yang patut. yang tak patutpun tulis. biar sampai tak mampu dibaca. tapi setakat ini, karya yang sedia adapun tak dibaca. satu lagi, memang orang kita kurang minat pula membaca. banyak betul masalah.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: