DAN, BORANG ITU MENDEBARKAN…

Hampir menginjak Julai, laman ujana saya juga sedikit bersawang kini. Sebetulnya, beberapa perkara penting sedang saya fikirkan dan uruskan kini. Apabila berlaku konflik antara ‘minat’ dan ‘tanggungjawab,’ saya akan mendahulukan tanggungjawab – kerana itu yang akan ditanya oleh Tuhan nanti. Minat mungkin akan jatuh ke tangga nombor dua, tiga…atau entah ke berapa.

Tapi, bagaimana nanti jika ‘minat’ dan ‘tanggungjawab’ saling tindih-menindih? Maksudnya, ‘minat’ menjadi satu ‘tanggungjawab,’ dan ‘tanggungjawab’ pula sebetulnya ialah ‘minat’ dan dalam satu-satu masa tertentu, ia menjadi satu. Ya, satu. Yang tak boleh dipisah-pisah, dikompromi?

Memang penat dan lelah menguruskan empat urusan penting dalam mengejar satu date line, serentak! Kadang-kadang, saya juga jadi pelupa dek kerana memenuhkan ruang ingatan dengan urusan ‘minat’ dan ‘tanggungjawab’ yang sudahpun menjadi satu itu.

(borang 1)

(borang 2)

Antaranya perkara-perkara penting itu ialah menguruskan proses mengisi dan menghantar dua set borang ini. Borang 1 – saya dapat percuma, tapi perlu membayar RM 75 untuk diproses. Borang 2 – saya perlu bayar RM 5, dan perlu juga menambah RM 25 untuk diproses. Borang 1, saya perlu hantar selewat-lewatnya 1 Ogos ini, dan untuk Borang 2, ia perlu sampai kepada penyelenggaranya sebelum 15 Ogos nanti.

Doakan agar semua urusan saya berjalan lancar. Doakan agar kedua-dua borang itu selamat diterima oleh penyelenggaranya nanti, juga doakan agar tujuan pengisian borang itu diluluskan oleh pihak yang menerimanya. Yang tentu, itu bukan borang yang memerlukan saya menghadiri satu kursus khusus, atau menjalani pemeriksaan HIV. Doakan, doakan borang yang mendebarkan itu…!

6 Komen (+add yours?)

  1. zamzuri
    Jul 30, 2008 @ 02:32:16

    Borang namo ghima tu Nas? Siap ado mazhab Shafie lagi tu.

    Balas

  2. puteribongsu
    Jul 30, 2008 @ 04:04:59

    huhu…borang permohonan pertukaran mazhab!😀🙂

    Balas

  3. Mohd Najib Bin Hamdan
    Jul 30, 2008 @ 05:39:35

    InsyaAllah pihak penyelenggara borang tersebut pasti akan meluluskannya🙂.

    Balas

  4. mohamadkholid
    Jul 31, 2008 @ 08:55:26

    wuuii… tak lame le tu…

    Balas

  5. Mohd Najib Bin Hamdan
    Aug 01, 2008 @ 08:31:17

    Selamat Menyambut ulang tahun kelahiran ke 25.

    Balas

  6. Nizam
    Oct 19, 2008 @ 10:07:23

    Borang Gapo tu…hehe….tulislah klue skit..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: