CATATAN DARI PENTAS BIRU – HSKU’07 (20 JUN 2008)

"Menerima watikah hadiah utama kategori cerpen remaja daripada Dato' Rahim Razali - Banglo Kolonial di Lot 152"

 

(Satu dedikasi dan apresiasi buat ayah dan emak)

 

Nabi berkata: Wahai Aba Musa, maukah aku tunjukkan ucapan dari perbendaharaan syurga? Aku menjawab, “Ya.” Nabi berkata, “La haula wala Quwwata illa billah.” (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).” (HR. Ibnu Hibban dan Ahmad)

 

Sejak 2005, saya dan Ghafirah memasang ‘janji’ untuk sama-sama ke HSKU tahun depan (2006), bahkan sudah banyak kali ‘janji’ itu diulang-ulang setiap kali bertemu. Ketika itu, Tuhan tidak memberi rezeki – masakan tidak, kedua-duanya tidak menghantar karya ke Utusan sepanjang 2005. Dan, tahun 2006 – kami berjanji lagi untuk ke majlis yang sama bagi tahun seterusnya (2007), sayangnya, hanya saya yang berpeluang ke sana (dengan cerpen Sehijau Bakau Seteguh Cinta). Juga, kerana Ghafirah tidak menghantar karya.

 

"Janji sudah dilerai di pentas biru - terima kasih, sahabat!"

 Lalu saya pujuk Ghafirah dengan ‘janji’ yang serupa – tahun depan kita pergi bersama. Ingat, tahun depan ( 2008 ) kita ke HSKU dengan karya yang disiarkan pada 2007. Dan syukur, tahun ini ( 2008 ) kami sama-sama beroleh peluang untuk naik ke pentas biru yang sama, kedua-duanya dengan hadiah utama. Dia dengan cerpen Rumah Nurul Iman, dan saya dengan Banglo Kolonial di Lot 152. Itulah Ghafirah, orang yang ‘dengki’ pada Sehijau Bakau Seteguh Cinta saya pada HSKU’06. (sebab itulah tahun ini Hani Salwah diharuskan ikut bersama saya, saya mahu dia ‘dengki’ dengan saya dan Ghafirah pula. Hei Hani…kita sebaya. Tak ada sebab untuk ngkau kata ‘tak mampu!’).

 Majlis malam itu bermula agak lewat. Kenapa tidak, kami sendiri gelisah dalam macet jalan yang bersungguh. Maklum, Jumaat malam Sabtu – tak banyak orang kota yang terus pulang ke rumah selepas kerja, dan banyak pula yang masuk ke Jalan Bukit Bintang dan sekitarnya (kredit juga buat pemandu secekap dia). Barangkali untuk penganjuran seterusnya, pihak Utusan boleh memilih hotel yang sedikit jauh dari tengah-tengah bandaraya. Keseluruhannya, majlis malam itu berjalan dengan baik. Lari daripada perancangan waktu acara itu perkara biasa dalam sesebuah acara biarpun malam itu banyak orang sudah merungut-rungut dengan ucapan perasmian yang sedikit panjang. (“lewahnya…” saya dengar seseorang berkata begitu).

 

Juga, sepanjang penyorotan mata saya, majlis itu sedikit tidak berseri tanpa kehadiran golongan penulis-penulis mantap tanah air berbanding kehadiran S.Othman Kelantan, Khadijah Hashim dan lain-lain pada tahun lepas. Siapa lagi yang mungkin boleh disenaraipendekkan, ya? Fatimah Busu, Siti Zainon Ismail, Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Dato’ Baha Zain, SN Prof. Muhammad Haji Salleh, SN Arenawati, SN Shahnon Ahmad dan lain-lain. (Masih banyak penerima SEA Write Award dan Sasterawan Negara kita yang masih hidup rupanya…tapi, barangkali banyak sasterawan kita yang sibuk pada hari Jumaat yang sama). Yang sempat ditangkap oleh pandangan malam itu hanyalah SN A. Samad Said dan Puan Raja Rajeswari yang dijemput untuk menyampaikan hadiah. Manakala Zurinah Hassan hadir sebagai pengiring anaknya (Siti Raihani Mohd Saiid), Zaharah Nawawi dan Lim Swee Tin pula hadir sebagai pemenang).  

"Kelopak Mawar, dinginnya minuman..dari sorot lain."

Manakala, banyak pelakon-pelakon veteren (tapi kekal cantik dan kacak – kata Hani) yang dijemput. Emak saya sedikit teruja, maklumlah, pelakon-pelakon era 60-an dan 70-an ialah era emak saya juga. Dan sebetulnya, saya sendiri sukakan lagu-lagu dan filem-filem klasik. Perkenalan Hani dan emak saya pada malam itu ialah satu pertemuan antara buku dan ruas dalam hal-hal perfileman klasik. (Aduh…kita diam je lah, ayah). Malam itu, ketika Siti Nur Haliza menyanyi beberapa buah lagu, mantan-mantan MPR sibuk bergambar dan berseronok menukar cerita, termasuk juga cerita hal bayar hutang. Hanya lagu Bunga Melur yang menarik pendengaran saya, kerana itu lagu klasik. (daripada filem P. Ramlee jika tidak silap, kan Hani yang arif?). Selebihnya, suara Siti hanya jadi latar sesi penggambaran.

 Malam itu, dengan pentas biru – saya dedikasikan sepenuhnya buat emak dan ayah yang begitu banyak berkorban, yang memberi dan memberi. HSKU tahun lepas, ayah tidak boleh mengiringi sama saya ke HSKU atas sebab kesihatannya. (dan, air mata ayah yang turut terbit ketika beliau lihat saya menangis sewaktu beliau ditahan di pusat rawatan awal tahun lalu tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Pada hari yang sama beliau ditahan di wad atas komplikasi hati (yang dihuatiri ketika itu ialah barah hati), saya pula dijadualkan kembali ke kampus. Hinggakan saya berkeras untuk tidak meninggalkan Kelantan pada malam itu, tapi terpaksa akur dengan ‘penipuan’ ayah – “pergilah, ayah tak apa-apa.”).

 "Beritahu siapa, siapa yang bisa tandingi mereka?"

Momen air mata ayah itulah yang menjadi penguat untuk terus menulis dan menghabiskan kuliah pengajian secemerlang mungkin. Saya mahu ayah lihat saya ke pentas, dan syukur, benar-benar syukur kerana Allah mengizinkannya tahun ini. Bahkan, ketika masih di rumah saya berlawak dengannya dan berpesan pada ayah; “Malam ini, ayah kena tepuk tangan kuat-kuat, biar tepukan ayah sahaja yang saya dengar!” Ketika nama diumumkan untuk ke pentas, saya kucup emak ayah dengan ucap terima kasih, dan entah bagaimana air mata saya mudah jatuh pada malam HSKU itu ketika berjalan naik ke pentas biru.

 Barangkali ini terlalu peribadi untuk dicatat – tapi biarlah kalian tahu, andai semua dilakukan untuk menggembirakan hati seorang ibu dan seorang ayah – Tuhan juga gembira dengan hal itu. Terima kasih, Tuhan, kerana masih mengizinkan emak ayah bersama saya, kerana mengizinkan guru-guru berdampingan dengan saya, kerana mengizinkan teman-teman yang baik mengiringi saya, kerana masih memberi daya dan upaya untuk saya membaca dan menulis.

Tiga pemenang hadiah utama cerpen remaja - dari kanan; Saifullizan Yahaya, saya dan Ghafirah.

  

Menerima watikah hadiah penghargaan cerpen remaja daripada Puan Raja rajeswari - Selamat Kembali Nurul Merdeka

 

 

Rakan 10 mantan MPR yang memenangi hadiah dalam genre novel, cerpen dan puisi pada malam itu. memang gegak-gempita!

 

"Warga Kepezi, dan guru yang berbudi - Zaharah Nawawi"

 

W.B Rendra & Serunai Faqir yang Wira mandala Hijau - cerpennya jadi judul antologi cerpen remaja.

 

 

 

 

14 Komen (+add yours?)

  1. mohamadkholid
    Jun 25, 2008 @ 10:25:22

    tahniah dik nas… semoga terus sukses & jadi kebanggaan ayahbonda

    Balas

  2. typeace
    Jun 26, 2008 @ 06:29:53

    Tahniah Kak Nas,

    Airmata ini adalah anugerah yang tidak terbeli oleh-Nya.

    Berharga dan sangat berharga.

    Balas

  3. FahdRazy
    Jun 26, 2008 @ 15:59:50

    Tahniah. Tahun depan Khatimah Sebuah Ekstradisi pula

    Balas

  4. sf
    Jun 29, 2008 @ 03:19:32

    hahahaha …kau ni memang nak kena, Nas… tapi takpa abg dah kenakan kau masa kenalkan dgn org rumah abg ..hahaha “nama dia nas, tapi nama betul dia nenas…” akekeke

    mai lawat sekali blog resensi abg :
    http://ketikamembaca.blogspot.com/

    Balas

  5. puteribongsu
    Jun 29, 2008 @ 05:51:35

    Abang Kholid Hamzah, terima kasih atas doa, dan doakanlah juga begitu – jadi sebutir permata di perlubukan kasih yang bersinar, bercahaya – hiasi rumah tangga ayah bonda (petik lirik nasyid Permata Ayah Bonda – Firdaus)🙂

    moga abang kholid juga terus sukses dengan novel-novelnya ya. anak saudara saya suka bangeet novel-novel penyiasatannya!

    Balas

  6. puteribongsu
    Jun 29, 2008 @ 05:52:38

    Adik Syafiq, sungguh, air mata sangat-sangat berharga kalau benar2 kita hayati apa sebabnya kita menangis!

    Balas

  7. puteribongsu
    Jun 29, 2008 @ 05:54:05

    Adik Fadhlil, eh…cakap orang, entah-entah dia tu pulak yang akan naik pentas lagi. rezeki orang kawin agaknya ehk!😀

    Balas

  8. puteribongsu
    Jun 29, 2008 @ 05:57:54

    Abang Serunai Faqir, jangan marah sey…hehehapa salahnya sekali sekala😛

    Balas

  9. zulkhair
    Jul 01, 2008 @ 00:01:30

    Tahniah Nasriah. Terus menulis dan menulis untuk ad-Din.

    Balas

  10. Najib
    Jul 04, 2008 @ 14:36:00

    Tahniah🙂

    Balas

  11. ajami
    Jul 06, 2008 @ 20:02:58

    Salaam..
    saya suka dgr sajak & cerpen awak kat MASKARA 9 kelmarin.. tahniah!

    Balas

  12. puteribongsu
    Jul 08, 2008 @ 01:44:29

    Najib, terima kasih banyak atas ucapan, atas doa. Alhamdulillah🙂

    Saudara Ajami, terima kasih juga. maaf, saya pulang awal. dan saya tak perasankan saudara yang mana. apa-apapun terima kasih sekali lagi.

    Balas

  13. ashraflatif
    Jul 09, 2008 @ 08:08:22

    ohho, berpindah tanpa notis. Jenuh ku mencari ke mana gerangan menghilang

    Balas

  14. Suryadi
    Sep 17, 2008 @ 15:53:21

    Tahniah kepada pengarang ini. Semoga berjaya selalu!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: