BARTER BUKU

 

 

 Ini satu cara untuk mendapatkan buku yang bervariasi. Iaitu, menukar koleksi buku kepunyaan kita dengan orang lain. Mungkin anda memiliki lebih daripada senaskhah buku yang sama dalam koleksi anda. Oleh itu, anda boleh menukarnya, suka sama suka, dengan orang lain yang berhajatkan buku tersebut, atau langsung tidak kisah jika ditukar dengan mana-mana buku sekalipun.

 

 

Langkah ini praktikal. Bukan lagi seperti tukar buku untuk tujuan diberi pinjam, tetapi untuk ditukar milik selama-lamanya. Seorang teman yang memang ‘hantu’ buku, si NB mencadangkan hal ini dan saya bersetuju, bahkan teruja dengan buku-buku yang ditawarkan untuk ditukarkan dengan saya.

 

\

 

Beliau dengan senang hati menghantar melalui pos dan menghulur sendiri 3 buah buku untuk ditukar dengan mana-mana buku yang ada dalam koleksi saya. Benar, saya seronok sekali menerima Keluarga Gerilya (Pramoedya Ananta Toer), Daerah Zeni (A. Samad Said) dan Perjuangan Sia-sia (John Steinbeck) yang ada dalam koleksi beliau. Namun, saya masih belum sepenuhnya menunaikan janji antara kami. (Moga dia sabar menunggu sebuah lagi buku yang saya janjikan).

 

Berkali-kali juga dia meminta maaf. Katanya, kondisi buku itu terlalu teruk. Benar, saya sendiri memperakukan bahawa kondisinya agak teruk. Bahkan, tergelak juga saya – kerana inilah antara buku yang kondisinya paling teruk yang ada dalam koleksi saya. Itupun, sudah ‘dirawat’ oleh beliau dengan balutan plastik dan pita pelekat yang tebal. Kesan contengan di sana-sini, maklum sahaja itu buku second hand. Bahkan, terbersin juga saya ketika pertama kali membelek. (Oh, melampau, bukan?) hehe!

 

 \

 

Namun, usah ralat ya kawan. Saya langsung tidak kisah dengan kondisi. Asalkan buku itu masih boleh dibaca dan difahami isinya, saya sudah cukup seronok membaca dan dan cukup bersyukur kerana memilikinya. Bahkan, saya ‘bangga’ kerana menjadi orang terakhir memegang buku tersebut. Bayangkan jika tuan asalnya mahu mencari kembali buku-buku tersebut, tentu saya juga yang dicarinya. Dan, bayangkan juga andai buku-buku tersebut ada nilai sentimental yang tinggi pada mereka, dan menawatkan ribuan ringgit pada saya semata-mata untuk memiliki buku-buku itu kembali. – huh, plot imaginasi saya dah bermula!

 

 

Terima kasih, buat teman yang baik. Moga beliau terus sukses dalam penulisan. Jauh, dan pergi lebih jauh dalam arena yang diminati olehnya ini. Oh ya, juga berjaya sebagai pemimpin keluarga!

6 Komen (+add yours?)

  1. zawanbaba
    Jun 16, 2008 @ 06:13:27

    mungkin si NB mahu menyambung mata-mata kecil dari pesanan rantai sastera yang lurus dan tulus. harapnya peri barter ini akan diapungkan; malah dinobatkan sebagai usaha runcit-runcitan setiap penggemar susunan aksara dan liuk diksi. dan saya fikir -malahan percaya-gaya menyilang buku ini memudahkan khalayak pencinta buku mencari gizi sastera yang ranum; demi mengunyah baris kata yang bermutu. dan buhul itulah yang saya pegang.

    -ZB

    Balas

  2. puteribongsu
    Jun 16, 2008 @ 08:20:47

    hehe, nazwan…terima kasih no!

    Balas

  3. Ahmad WM
    Jun 23, 2008 @ 05:30:55

    Tahniah Nas, teringin mengikut jejakmu..

    Balas

  4. an-nidxam
    Jun 24, 2008 @ 03:02:34

    keluarga gerilya?
    dulu buku ni bacaan wajib utk pelajar stpm rasanye. milik akak dan abang, tapi aku yang khatamkan dulu sebelum mereka. aku terkenang🙂

    Balas

  5. puteribongsu
    Jun 24, 2008 @ 10:44:42

    hehe…tahniah saudara nizam. saya jugak lah yang tak habis-habis membacanya lagi..😀

    Balas

  6. gieb
    Feb 19, 2013 @ 17:28:26

    halo, saya gieb dari jakarta. saya tertarik dengan buku keluarga gerilya ini. bisakah barter? terima kasih.🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: