MAJLIS PELANCARAN NOVEL KEPEZI

DATANG terus daripada Kota Bharu –  bukan selepas kenduri sehari. Tetapi kenduri berhari-hari, dan adakalanya bertindih dua-tiga majlis pada hari yang sama amat memenatkan. Mencuci pinggan mangkuk sejak asar santak ke 11 malam amat melenguhkan, tapi saya pujuk diri untuk teruskan juga. Kasihan dengan emak yang akan mengemas dan mencuci seorang diri nanti.

Saya tinggalkan Kota Bharu berpagi-pagi keesokannya, 6 Jun – biarpun masih banyak sisa kenduri-kendara yang belum berkemas. Masih keletihan, tetapi janji dengan urusetia Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI) untuk membacakan puisi pada hari pelancaran 14 buah novel ahli KEPEZI yang diterbitkan dengan DBP perlu saya tunaikan. Bahkan, puisi itu saya karangi saat-saat akhir tatkala keletihan memenuhi undangan kenduri sana-sini, dan membantu urusan kenduri di rumah sendiri. Pertama kali dalam hidup, saya tidak mampu menyudahkan sebuah puisi sekali duduk, tapi perlu di sambung malam esoknya kerana kepenatan. Dalam diri sendiri, saya khuatir jika tidak dapat menyudahkan puisi khusus untuk majlis tersebut, juga khuatir andai tidak mampu mempersembahkannya.

Emak sudah mencadangkan, barangkali ihsan melihat saya terkejar-kejar berkemas dan menyiapkan beg pakaian; “Jika terlalu letih, batalkan sahaja perjalanan pagi ini, dan undur diri sahaja daripada persembahan.” Namun, perjanjian dengan urusetia tidak semudah itu untuk ditarik semula. Saya terbayangkan urusetia yang bersungguh-sungguh merancang dan menelefon, teman-teman KEPEZI, dan yang penting ialah penaungnya, Zaharah Nawawi. Tidak tergamak mahu merosakkan majlis orang lain, dan saya sudah biasa ‘qadha’ tidur dalam bas.

Sesampai di Kuala Lumpur dengan lenguh yang didera oleh perjalanan, saya perlu biasakan diri dengan sebutan-sebutan diksi. Khuatir jika tersasul, sementelah jemputan istimewa ialah SN A. Samad Said. Membaca dua-tiga kali, saya dahulukan kantuk. 7 Jun, kelmarin – saya bertolak ke Dewan Bahasa dan Pustaka dengan tren. Biarpun bukan kali pertama membaca puisi di depan khalayak, dan bukan kali pertama juga membaca puisi di hadapan Sasterawan Negara itu, atau membaca puisi secara ‘bidan terjun,’ tetapi saya cukup gemuruh andai minda saya tidak begitu bersedia. Sudahnya, saya tiada pilihan lain – dalam tren itu juga, dengan suara yang rendah saya berlatih membaca puisi. Teman di sebelah yang sedia memahami tidak menegur, bahkan diam membiarkan.

7 Jun – 14 buah novel penulis ahli KEPEZI dilancarkan oleh SN A. Samad Said. Kenangan yang manis amat saya kira. Masakan tidak, novel pertama yang berjaya disiapkan dilancarkan sendiri oleh Sasterawan Negara, dan inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia, 14 buah novel dilancarkan serentak. Barangkali tidak janggal andai mahu menyenaraikan pelancaran ini dalam The Malaysia Book of Records.  (kenapa, pelik?)

14 buah novel penulis KEPEZI yang dimaksudkan ialah;

Meniti Batas – Zulkifli Khair

Tinta Elipsis – Ibnu Ahmad Al-Kurauwi

Di Sebalik Mentari Jingga – W.B Rendra

Desir Angin di Pergunungan – Mohamad Kholid Hamzah

Menggapai Puncak – Razali Endun

Menuju Puncak – Noor Hanisah Othman

Aroma hati – Zahura Zakry

Mencari Terduh di Kuala – Siti Aminah Haji Yusof

Air Mata Ibu – Soo Cham @ Nur Safura Abdullah

Lagukan Senandung Itu – Serunai Faqir

Kirana – Sarimah Badon

Ketika Embun Menitis – Haryati Abu Nasir

Tirani – Beb Sabariah

Kasih Bertaut – Zamidah Hashim

(sinopsis novel boleh dibaca di halaman DAWAMA)

Program setengah hari itu tentu sekali memberi kecapan manis buat penulis-penulis novel. Masakan tidak, apa yang diimpi jadi realiti – tentu sekali dengan jerih dan kesungguhan juga. Syabas, dan saya tumbang gembira atas kejayaan kalian serta pembimbingnya. Beberapa buah novel tersebut sempat dicapai bagi melengkapkan yang sedia ada. Tahniah sekali lagi diucapkan buat semua kerana ada beberapa penulis yang tidak sempat saya ucapkan tahniah secara peribadi ketika berjumpa semalam. Sesungguhnya, saya tersuntik dengan semangat kalian, dan teruskan menulis!

GAMBAR SEKITAR MAJLIS

 

 

Nasriah Abdul Salam – dengan puisi Kerana Kita Memilih

SN A. Samad Said melancarkan 14 buah novel KEPEZI

Barisan Penulis yang hanya senyum…

Barisan penulis yang hanya senyum…

Di meja makan, bersama SN A.Samad said dan isteri

Jejaka KEPEZI bersama SN

8 Komen (+add yours?)

  1. hazwan
    Jun 10, 2008 @ 02:10:17

    salam kak nas, hmm, kan betul tekaan saya, blog ini pernah saya lawati sebelum perkenalan kita lagi tempoh hari, kenal lagi tak diri ini, hazwan…
    sedih, saya tak sempat mendengar puisi kak nas ekoran kelewatan tiba dengan azriq, apa-apa pun, jika ada kesempatan, suka andainya diberi peluang mendengar kak nas mendeklamasikan puisi lagi…
    Oh ya. Oghe kelate ae??

    Balas

  2. jah
    Jun 10, 2008 @ 03:16:55

    sepatutnya… jemput aku utk membasuh pinggan!!! ahhahaha…

    Balas

  3. puteribongsu
    Jun 10, 2008 @ 04:08:11

    Hazwan, ya..kak nas orang kelantan. tentu sekali amsih ingat dengan kawan azriq yang menaiki monorail di stesen maharajalela.🙂

    tak mengapa, slot bacaan puisi akak tidak sepenting slot lain. jadi kalau terlepas pun tidak rugi. yang penting anda bertahan sampai sessi wacana ilmu. terima kasih kerana datang beri sokongan

    Balas

  4. puteribongsu
    Jun 10, 2008 @ 04:10:40

    Jah, majlis kecilan sebab tu tak ada orang tolong cuci melainkan aku. tak apa, sessi untuk mung basuk pinggin aku simpan, aku tangguh. nanti akan ada majlis lain kat rumah aku untuk mung basahkan lengan baju dan gelupaskan kulit tangan.😛

    Balas

  5. zawanbaba
    Jun 11, 2008 @ 09:26:49

    pelancaran yang lancar

    Balas

  6. jah
    Jun 11, 2008 @ 10:17:18

    ok… aku perlu berlatih utk kuatkan otot2 lengan mulai sekarang…😉

    Balas

  7. hazwan
    Jun 12, 2008 @ 01:21:20

    kak nas, x de lagi ke majlis seumpama ini lagi…
    berminat nak hadir ni…
    hehe

    Balas

  8. sf
    Jun 19, 2008 @ 03:53:58

    jemput ke laman resensi abg khairul –
    http://ketikamembaca.blogspot.com/
    Tahniah! Tahun lepas tak belanjan abg khairul lagi tuh! hehehe

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: