…tentang satu kepulangan yang pedih;

Betapa tepat, Tuhan mengambil sesuatu dengan tujuan untuk menghadiahkan sesuatu. Ini perihal kepulangan yang pedih. Kepulangan yang dirancang – dirancang dengan satu komplot dan pengkhianatan, dirancang pula dengan satu prosedur dan undang-undang. Namun, siapa betah dan tegar menolak gemal-gemal doa yang sudah matang dalam bendang takdir?

 

Perjalanan takdir ini seperti membawa biji saga dan mengaturnya di setiap lubang congkak. Betapa kekeliruan dan perjalanan yang begitu jauh akan membawa kita kembali – kembali kepada keluarga, dan yang penting kembali kepada Tuhan!

 

 

 

“Semua ini tidak akan terjadi pada seorang anak andai mendengar setiap butir hikmah daripada ibunya sejak awal.”

 

…Betapa nanti ia akan kembali ke ‘kampung’ dan memenuhi ‘rumah’nya.’

 

…Sepanjang tahanan ini, Tuhan sempat mengajar bahawa kebongkakan saya dalam mengagungkan pengetahuan dan kajian di makmal suatu ketika dahulu sebetulnya satu penderhakaan terhadap-Nya. Bersendirian ketika ini memberi peluang untuk saya meminta-minta dalam doa, biarlah perjalanan saya selepas ini diatur oleh Tuhan di atas denai-denai keadilan kerana itu sahajalah jalan yang ada untuk saya kembali ke pangkuan keluarga.

 

…Dan, saya masih berharapkan ihsan Tuhan agar menerima doa-doa ibu yang lain, biarpun mungkin antaranya ada yang telah serpih.

 

Cerpen terbaru saya, Khatimah Sebuah Ekstradisi yang dihasilkan bagi melengkapkan proses-proses kematangan dalam medan penulisan boleh di baca di arkib Utusan (25 Mei 2005), DI SINI.

 

Selamat membaca, dan selamat memberi kritikan.

 

 

 

13 Komen (+add yours?)

  1. ahmadsahidah
    May 26, 2008 @ 06:27:20

    Jika kita percaya bahawa semua adalah milik Tuhan, mengapa kah kita gundah gulana tak tentu arah?

    Bukankah kita telah banyak kehilangan dalam hidup ini? Kesederhanan hidup yang raib karena budaya menunjuk-nunjuk telah menjadi amalan setiap insan? Apakah lewat iklan, fesyen atau bahkan filem.

    Ya, kita kadang tak menyedari bahwa sejatinya kita harus merawat diri sendiri menjadi manusia sejati. Baru kita ada.

    Balas

  2. FahdRazy
    May 26, 2008 @ 09:34:36

    Nampak gaya semakin menjadi lah kumpulan cerpen Kak Nas nanti. Tahniah! =D

    Balas

  3. puteribongsu
    May 26, 2008 @ 12:09:14

    Saudara Ahmad sahidah yang berbudi;

    saya amat tertarik dengan ungkapan dalam komen saudara – ‘kita kadang tak menyedari bahwa sejatinya kita harus merawat diri sendiri menjadi manusia sejati. Baru kita ada.’

    ya, tentu. ‘merawat diri sendiri’ adalah satu proses untuk kembali memiliki. Antaranya memiliki apa yang saya ungkapkan secara terang dalam cerpen Khatimah Sebuah Ekstradisi tersebut – keluarga, dan yang penting Tuhan.

    (doakan begitu)

    Balas

  4. puteribongsu
    May 26, 2008 @ 12:10:07

    Fahdlil yang baik,
    Aduhai, doakan begitu ya…mudah-mudahan! Amin…

    Balas

  5. haniesalwah
    May 26, 2008 @ 14:12:31

    Nas,

    Aku membaca cerpen ini semalam dalam keripuhan. Perumpamaan yang baik pada pandangan aku(biarlah jika ada yang mengatakan sedikit kampungan!). Aku menantikan antologi yang kau omong-omongkan jadi kenyataan. Sama-sama kita doakan!

    Balas

  6. puteribongsu
    May 27, 2008 @ 05:08:16

    Hani yang sering menyokong,
    terima kasih banyak-banyak. ngkau doakanlah ya…

    biarlah orang nak kata kekampungan. dah memang aku nih lahir n tinggal kat kampung pun. dan, memang dalam papan congkak tu, ada barisan 7 lubang yang dinamakan ‘kampung’…hehehe!! 8)

    Balas

  7. ibnuahmadalkurauwi
    May 28, 2008 @ 04:43:04

    Dik Nas dah tempah tiket untuk berkampung di dbp 7 Jun ni. Eh, kampung juga tu kan? Jemputlah kawan-kawan pengunjung di sini, Nas

    Balas

  8. Hanim
    May 28, 2008 @ 07:36:24

    Sister Nas,
    suka baca cerpen yang ni. ape2pun, sangat lebih bermanfaat, berisi n berfalsafah lah kalau nak dibandingkan dengan filem Congkak (ahmad idham) tu wlupun kedua-duanya guna permainan congkak sebagai penggerak cerita.

    hukhukhuk…

    (jangan marah, tuan pengarah!)

    Balas

  9. Rozlan Mohamed Noor
    May 29, 2008 @ 03:16:51

    Salam sdri cerpenis yang gigih,
    Pergolakan semasa dimanfaatkan dengan sedar. Seputar isu yang masih berbahang dan mampu pula mendepani cabaran zaman, di mana isu ini sudah berlaku lama dahulu, dan bakal lagi berlaku di kemudian hari. Relevan!

    Teruskan jua meyampaikan hasrat beralegori dengan adat budaya warisan. Congkak mengabsahkan ikatan kepada tanah leluhur watak. Adat budaya yang tidak ditemui di dunia barat. Saya rasa saudari sudah menemui talaan sebenar saudari dalam proses pengkaryaan. Sehingga boleh dikatakan setiap sentuhan ada sesuatu yang bakal terkesan.

    Saya menelusuri karya ini pagi minggu yang lalu dengan kesan peristiwa penahanan gadis tempatan di luar negara masih segar dalam ingatan.

    Teruskan pengkaryaan.
    RMN

    Balas

  10. Rozlan Mohamed Noor
    May 29, 2008 @ 08:15:17

    Salam sdri cerpenis yang gigih,

    Sekadar catatan untuk Khatimah Sebuah Ekstradisi . Pergolakan semasa dimanfaatkan dengan sedar. Seputar isu yang masih berbahang dan mampu pula mendepani cabaran zaman, di mana isu ini sudah berlaku lama dahulu, dan bakal lagi berlaku di kemudian hari. Relevan!

    Teruskan jua menyampaikan hasrat beralegori dengan adat budaya warisan. Congkak mengabsahkan ikatan kepada tanah leluhur watak. Adat budaya yang tidak ditemui di dunia barat. Saya rasa saudari sudah menemui talaan sebenar saudari dalam proses pengkaryaan. Sehingga boleh dikatakan setiap sentuhan ada sesuatu yang bakal terkesan. Ikatan biji saga dengan lubang congkak juga memberi kesan melengkapi ‘a piece of puzzle’ kembara hidup seorang insan.

    Saya menelusuri karya ini pagi minggu yang lalu dengan kesan peristiwa penahanan gadis tempatan di luar negara masih segar dalam ingatan.

    Teruskan pengkaryaan.
    RMN

    Balas

  11. Abang Nazmi
    Jun 04, 2008 @ 05:09:00

    pindah lagi? suka pindah-randah, ya🙂

    Balas

  12. Rebecca Ilham
    Jun 05, 2008 @ 04:01:24

    Salam Kak Nas,

    manis sekali langgam bahasa sehingga Becky terpesona lantas melekat dari mula hingga ke akhir.

    Tahniah, dan teruskan berkarya!

    Balas

  13. puteribongsu
    Jun 06, 2008 @ 16:02:44

    Abang Nazmi, saya memang golongan nomad, atau golongan badwi.😛

    Saudari Becky, terima kasih. selagi Tuhan mahu memberi…Alhamdulillah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: