ANTOLOGI TERKINI!

Dicapai daripada Azree MH – Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya buku antologi Palestin ini dapat juga disiapkan. Beberapa perkara melambatkan sedikit penerbitan buku ini.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua penulis yang menyumbang karya untuk antologi ini. Dan tidak dilupakan juga penulis-penulis dari website esastera.com yang turut memberi sokongan.

Karya-karya anda memang baik dan mengesankan!

Tidak lupa juga kepada pihak editorial, Bro Wan Am, dan pihak JIMedia yang memberikan sumbangan tenaga dan kewangan. Semoga usaha saudara semua beroleh keberkatan.

Harapan saya dengan terbitnya buku ini, kesedaran tentang isu Palestin kembali berputik dan dapat memberikan impak yang besar kepada pembacanya. Perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada pendudukan Israel perlu ditangani dengan apa jua cara sekalipun.

Biarpun kita tidak dapat membantu mereka (rakyat Palestin) di sana, namun moga pendekatan seumpama ini setidak-tidaknya dapat menyumbangkan sesuatu kepada mereka.

“Saya yakin kehadiran buku ini di kalangan rakyat Malaysia mampu menyampaikan mesej perjuangan Palestin kepada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja dan belia.

Saya juga percaya usaha murni para penulis kreatif sehingga terbitnya antologi cerpen ini akan mendorong kalangan sasterawan dan lingkungan penulis literary circle untuk mula meneroka penulisan kreatif demi mendukung perjuangan rakyat Palestin.” –Dr Hadfizi-

 

Senarai cerpen dan penulis:
1. Mujahid Kecil – Khairunnasriah Abdul Salam
2. Biarkan Aku Jadi Orang Palestin – Huda Soid
3. Hujan Mengguyur di Al-Quds – Fahd Razy
4. Warkah Kala Hari-hari Berdarah – Ghafirah Idris
5. Skizofrenia – Noor Azree
6. Rebah di Pangku Wahyu – Dini Syarif
7. Izrail Sibuk di Gaza – Hafeziftiqar
8. Untukmu Palestin – Nuaym Budiman
9. Senja di Jabaliya – Mohd Khairul Adha Mohd Jamil
10. Imma Sa’adah Wa Imma Syahadah – Wan Yusra Hananah
11. Wanita Anak Palestin – Ilhami
12. Espirit De Corps – Nimoiz TY
13.Beza Dua Wajah – Safiyah
14. Mawar Itu – Ummu Afeera Zainulabid
15. Setulus Cintamu Mujahid – Umi Khaltum Abdullah

 

Untuk Tempahan
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah emelkan kepada saya di azree.mh@gmail.com.
Harga asal – RM15.
Harga promosi – RM12.
Kos penghantaran perlu ditambah RM3.

14 Komen (+add yours?)

  1. jah
    May 01, 2008 @ 00:29:45

    mung orderkan utk aku… please😉 dan simpan sehingga suatu hari kita bertemu😛

    Balas

  2. puteribongsu
    May 01, 2008 @ 19:01:32

    haboih..hamboih!! aku dah tak larat nak tunggu mung untuk bertemu. dah berputus asa dah pun. jenuh dan malas pun ada!

    tapi, kalau dengan adanya antologi ni menyebabkan mung nak jumpa, tentu. tentu sekali wahai cik jah. aku belikan dulu!

    Balas

  3. jah
    May 01, 2008 @ 19:31:32

    terima kasih~~~ semoga bertemu nanti… buleh aku mintak autograf kan??😉

    Balas

  4. Masirah
    May 02, 2008 @ 09:52:51

    Kami suka baca Blog akak.
    Blog akak Popular Hari ini

    Balas

  5. Rizal
    May 02, 2008 @ 09:54:09

    Saye juga hendak menulis blog seperti akak. Walaupun saya dari kelas Sains

    Balas

  6. Chee Seng
    May 02, 2008 @ 09:56:08

    Today i can built one blog like u. Thanks. Manjung man

    Balas

  7. Cikgu BM
    May 03, 2008 @ 12:56:16

    Saya suka membaca tulisan anda. semoga anda menjadi seorang penulis yang berjaya. Program semalam yang berkesan dan bersemangat memberi impak kepada saya untuk menulis blog juga.

    Balas

  8. puteribongsu
    May 04, 2008 @ 13:16:59

    Jah, nak mintak autograf? aku rasa nak gelak tahap guling-guling…tak kan dah lupa kot signature aku masa sekolah dulu camana. tak kan dah lupa kot camana kita conteng segenap buku dan meja dengan signature, itu pun tak cukup lagi?😀

    p/s: aku still ingat signatue mu yang 4 abjad tu. masih lagi guna signature tu?

    Balas

  9. puteribongsu
    May 04, 2008 @ 13:19:07

    Masirah, Rizal, See Cheng, dan Cikgu BM;

    terima kasih atas kunjungan kalian ke blog yang tak seberapa ni. terima kasih kepada pihak penganjur dan sesiapa yang terlibat dengan program di sekolah anda dan menjadikan blog ini sebagai contoh semasa program tersebut. terutamanya sdr najib hamdan.

    sering-seringlah berjunjung, dan terima kasih ya!🙂

    Balas

  10. haniesalwah
    May 06, 2008 @ 15:17:58

    Nas,

    aku pindah alamat blog baru…tapi,blog tersebut masih blog yang sama…

    Balas

  11. nim
    May 06, 2008 @ 10:48:00

    tahniah!🙂

    Balas

  12. najibah
    May 07, 2008 @ 17:24:28

    Salam Nas,

    Terima kasih berkunjung ke Bukuria dan tinggalkan jejak. Terima kasih. Dan, cantik blog ni🙂.

    Balas

  13. zulfazlan jumrah
    May 10, 2008 @ 04:36:51

    kak, saya dah link dah…hm, puteri bomgsu tinggal kenangan la ye?hu…hu…

    Balas

  14. zulkhair
    May 16, 2008 @ 07:55:55

    Tahniah Nas!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: