TENTANG PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR, 2008

Ini catatan lama, tapi mungkin masih relevan. Ketika banyak teman-teman blogger mengisi catatan santai mereka ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF 2008), ingin sekali saya mencatat juga. Sehari yang santai, tetapi penat sebetulnya. Di PWTC, Kuala Lumpur, hanya sempat saya kunjungi pada hari terakhir pesta, 13 April.

 

Teman sekampus yang belum pulang ke kampungnya di Sarawak mahu mengikut. Memahami dia juga gemarkan bahan bacaan, jadi saya kira dia akan jadi teman yang menyelesakan dalam seharian yang santai. Perjalanan bermula dengan tren Ekspres KLIA daripada Putrajaya, kemudian mengambil komuter KTM ke stesen Putra (PWTC) pada hari Ahad tidak banyak beza dengan hari-hari lain, mungkin. Sempat dalam perjalanan, saya tatapi Masitah (Mawar Shafei), hasrat untuk mengulang baca untuk kali kedua.

 

Teman saya juga akan tiba daripada kampus. Isyarat lalu lintas komuter tergendala sebentar di hentian Kuala Lumpur. Menunggu hampir 20 minit cambahkan sedikit bosan. Dan, ini yang sempat saya rakamkan lewat tingkap komuter. Oh ya, yang kabur ialah tingkap komuter yang berdebu, bukan kanta kamera saya, ya!

 

 

 

 

 

Teman saya tiba awal beberapa minit dan waktu sudahpun tengah hari. Terus sahaja kami ke setiap lantai dan menjelajah setiap gerai buku. Pesta buku kali ini, saya tidak lagi begitu teruja untuk membeli buku-buku yang baru diterbitkan, sebaliknya mahu mencari buku-buku lama yang mungkin sudah sukar untuk ditemui. Hari itu, saya sekadar membeli dua buah buku yang dilancarkan sempena KLIBF 2008. Kebetulan menemui penulisnya dan boleh mendapatkan tandatangan kenang-kenangan, iaitu;

 

1. Karbala, Faisal Tehrani, dan

2. 68 Soneta Pohon Ginkgo, A. Samad Said

 

Buku yang beliau tandatangani

 

Beliau yang sentiasa senyum...

 

Juga,

 

3. Dari Salina ke Langit  Petang, A. Samad Said (Edisi Santai

4. Perburuan, Pramoedaya Ananta Toer

5. Subuh, Pramoedaya Ananta Toer,

6. Changing Pathways, Forest Degradation and the Batek of Pahang, Malaysia, Lye Tuck-Po. (buku sosiologi seringnya mendapat tempat dalam pembacaan saya)

7. Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Maruwiah Ahmat

8. Islam di Tanah Melayu Abad ke-19, suntingan Farid Mat Zain.

 

Selebihnya, saya teruja membelek sebuah demi sebuah buku-buku lama di sebuah gerai yang menjual buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, biarpun teman saya sesekali hilang dalam khalayak penggemar buku yang memenuhi dewan pameran. Antara buku-buku yang sempat dibeli dengan harga runtuh, potongan 50%, tidak membuatkan saya begitu berkira tentang kualiti atau kondisinya. Yang penting, masih elok untuk dibaca biarpun tengik hapak kertasnya sesekali boleh buat kita terbersin. Masakan tidak teruja, bukan senang mahu beroleh buku-buku lama pelbagai genre yang ditulis oleh penulis-penulis mapan yang sukar sekali ditemui di kedai-kedai biasa. Yang sempat dibayar;

 

9. Pengantar Logik, Hamidah Abdulhamid. –beliau sering membentang kertas kerja di seminar-seminar penulisan tentang kaitan ilmu logik yang perlu ada dalam penulisan. Jadi, barangkali menemui buku karangan beliau tentang perkara yang sama lebih memuaskan hati.

10. Panduan Hak Cipta dan Undang-undang Penerbitan untuk Penulisan, Ellen M. Kozak dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ismail Ahmad.

11. Salah Asuhan, Abdoel Moeis – Edisi pelajar, namun tidak mengapa. Cukup untuk buat saya tahu bagaimana penceritaannya.

12. Pulau Renik Ungu, Siti Zainon Ismail. – sudah lama mencari, baru jumpa.

13. Singkowoton, kumpulan cerpen Azmah Nordin- Sudah banyak penulis senior mencadangkan saya (atau kita, yang junior) membaca karya-karya Azmah Nordin.

14. Kasih Seputih Kemboja, kumpulan cerpen remaja Azmah Nordin.

15. Jika Bukan Kita, novel remaja tulisan Allahyarham Othman Puteh

16. Yang Menjelma dan Menghilang, sebuah drama tulisan Anwar Ridhwan.

17. Janjang Iktikaf, sebuah kumpulan puisi bernafas Islam, oleh Darma Mohammad

18. Taburkan Bunga, kumpulan puisi oleh Sutung Umar RS

19. Camar di Cangkir Bumi, kumpulan puisi oleh Siti Zaleha M. Hashim – sudah lama mencari dan sudahpun dihabisi.

20. Kuntum Harapan, kumpulan puisi remaja Zahari Hasib.

21. Tanah Serendah Sekebun Bunga, antologi puisi yang diselenggarakan oleh Hashim Yaacob – sekadar untuk melengkapkan koleksi.

 

Dan, yang buat saya terdiam ialah apabila memegang buku ini;

 

22. Lepaskan Kembali Aku ke Laut, jilid ke-3, biarpun tiada rezeki untuk mendapatkan jilid pertama dan ke-2, tulisan Shaari Isa (Hei Hani…ingat tak kita sama-sama mencari buku ni di Dawama Hulu Kelang?) Bukunya dah usang dan berkulapuk, tapi berpuas hati kerana buku ini sebaya saya, cetakan tahun 1983!

 

 

Seharian di pesta buku memang memenatkan. Dan, untuk kembali ke Putrajaya saya menumpangi komuter KTM daripada Putra (tren daripada Sentul), dan menukar tren di KL Sentral untuk ke Bandar Tasik Selatan (laluan ke Seremban) dan seterusnya mengambil tren Ekspres KLIA ke Putrajaya. Teman saya akan berhenti di KL Sentral dan dia akan pulang terus ke kampus. Dalam penat dan menahan kantuk, saya terlelap hingga saya terlupa bahawa saya perlu turun di KL Sentral dan bertukar platform (masih menggunakan Komuter KTM). Komuter yang ditumpangi membawa saya terus ke stesen Kg. Dato’ Haron (menuju ke Pelabuhan Kelang), hingga di situ barulah saya tersedar saya tersilap laluan. Lekas-lekas turun dan beralih ke terminal seberang untuk kembali ke KL Sentral dan bertukar platform ke Seremban.

 \

 

Gelap Kuala Lumpur jam 8.30 malam menyukarkan saya membaca setiap stesen yang dilewati, sementelah mata juga mamai. Dan pengendali komuter juga seringnya akan mengumumkan nama stesen yang akan dihampiri, tetapi tidak pada berbeza sekali dengan hari itu. Penat, lapar (kerana makanan terakhir yang diterima oleh usus saya ialah pada waktu sarapan), dan saya terpaksa menjinjing plastik-plastik buku dengan kudrat sendiri, berseorangan. Rancangan untuk keluar makan malam dengan abang saya terbatal begitu sahaja kerana lewat tiba di rumah. Hampir 9.30 malam barulah tiba di rumah, dan tapak tangan terasa tebal dan pedih. Kata abang saya, “abang tidak lagi lapar, tapi sudah mengantuk.”

 

 

Moralnya, perlu lebih peka apabila berada dalam tren, dan tahan diri daripada terlelap! Juga, jangan beli buku banyak-banyak nanti anda susah sendiri bila tersesat haluan. Herm, apa sangat yang dikisahkan, asalkan membawa keseronokan dalam cuti-cuti kali ini.  :)  :)

 

About these ads

13 Komen (+add yours?)

  1. Syafiq
    Apr 25, 2008 @ 00:10:48

    Barangkali saya harus pandang sinis pada mereka-mereka yang mampu untuk turun ke PBAKL yang lalu.

    Salam Kejauhan Dari Kota Mesir

    Balas

  2. haniesalwah
    Apr 25, 2008 @ 06:09:09

    Nas,

    Aku juga mahukan Pulau Renik Ungu…Uwaa!!! Lepaskan kembali aku ke laut sudah diulang cetak oleh DBP jadi bolehlah kita membeli belah buku lagi di DAWAMA. Haha.

    Kapan mahu berjumpa? Kangen sudah sama kamu!

    Balas

  3. Azree Ariffin
    Apr 26, 2008 @ 20:24:01

    mula-mula masa baca, ingat kak nas beli 2 buah buku jer. rupa-rupanya beli 22 buah buku! huhuhu. shopping buku sakan nampak! huhuhu.

    Balas

  4. puteribongsu
    Apr 29, 2008 @ 13:29:15

    Syafiq,
    tak apa..bila dah kembali ke malaysia nanti boleh ke sini. lagipun, tiap2 tahun kan ada…

    Hani,
    TTaara!! aku nak bangga diri dengan ngkau..hehe, yang ulang cetak tu setahu aku dalam bentuk skrip kan? tak apa, nanti boleh cari lagi nanti kat mana2 kalau jumpa ek…

    Azree,
    bukuk murah2 je…nak beli yang mahal2 pun dah sengkek… :)

    Balas

  5. puteribongsu
    Apr 29, 2008 @ 17:08:59

    Hani, aku dah jadi Rakan Dewan. Jadi, kita akan dapat diskaun 25% untuk buku2. tak perlu lagi menunpang diskaun milik staff DBP/DAWAMA yang 205% tu..hehehe…kkellas kan!

    Balas

  6. Ghafirah Idris
    Apr 29, 2008 @ 20:15:26

    weh, jeles nak ‘mati’! aku terlepas pesta buku thn ni. huhu.. cuma aku leh turun pesta buku perlis je thn ni.. sampai 1 mei ni.. tu pun tak memberansangkan langsung buku2 yg dijual.. cuma beli sirah nabawiyah, ramadhan buthi versi melayu (arabnya dah ada), merantau ke deli, hamka n index quran (fazlur rahman).. huhu :-(

    aku teruja tgk buku2 yg hg beli.. so cik nas, macam biasa, aku nak hg jadi ‘along’ buku la yer utk aku.. hehe… nanti lepas hg habis baca, aku nak pinjam buku no.1, 7 & 8 :D heheh…leh ye cik nas.. leh ler…

    *aku tgh cari buku sejarah khilafah rashidin- khalifah uthmaniah..

    Balas

  7. haniesalwah
    Apr 29, 2008 @ 20:45:48

    Nas,

    Aku pun nak jadi Rakan Dewan. Hari itu tak sempat nak daftar. Nak cepatlah katakan. Kau memang kelas dah jadi Rakan Dewan…hehe!

    Aku tak pasti pasal “Kembalikan Aku Semula Ke Laut” cetakan baru dalam versi skrip atau novel. Aku dapat yang versi novelnya masa ke DAWAMA dengan azree. Tapi, cetakan sebelum ni lah…Takpe, nanti kita tengok balik yer!

    Balas

  8. puteribongsu
    Mei 01, 2008 @ 18:54:03

    Wah..tuh dah kira best lah hang buleh pi pesta buku kat perlis. aku tak leh pi pun pesta buku kelantan, sebab time tu aku dok rumah kawan kita si azhaiah tuh kat ‘singapore’. apa2 pun, enjoy the books! :D

    tentang buku sejarah khilafah rashidin tuh aku rasa aku macam pernah tengok kat rak2 kat kedai, tapi aku lupa kat kedai mana…rasanya kat kota bhau kot. tak pe, nanti kalau aku jumpa aku cakap kat hang atau belikan dulu untuk hang.

    tentang jadi ‘along’ tu aku tak kisah. nanti dah hang masuk mengaji aku bagi hang.

    p/s: aku bukan kelentong, aku cuma na tolong. heheh

    Balas

  9. puteribongsu
    Mei 01, 2008 @ 18:57:03

    Hani, tak apa..hang tak payah jadi rakan dewan dulu. untuk setahun ni hang buleh numpang kad aku punya..no hal.

    wah..hang dah dapat novel Lepaskan Kembali Aku ke Laut cetakan awal ke weh…hamboih2…hang beli senyap2 tak cakap aku pun eh, dah tuh bukan nak belikan untuk aku jugak hehhe..

    ada jilid ke berapa? aku ada ang ketiga je…jadi, kalau hang ada yang pertama n kedua sewajarnya hang pinjamkan untuk aku..iyelah, tak kan aku nak baca jilid ketiga terus tanpa baca jilid pertama n kedua. hang pun faham kan…? (hehe..buat ayat kesian)

    Balas

  10. haniesalwah
    Mei 02, 2008 @ 13:34:48

    Isyh…takde masalah…bisa diatur dong!

    Balas

  11. anis_sarah
    Mei 04, 2008 @ 20:17:13

    huhu… kenapalah saya x nampak langsung pulau renik ungu tu? dari dulu lagi memang nak beli buku tu, uwaa…

    Balas

  12. puteribongsu
    Mei 04, 2008 @ 23:12:32

    Adik Anis Sarah,
    wah, rupanya bukan akak sorang yang mahukan buku tu.

    cari buku di booth tu kena tekun dan sabar membeleknya satu persatu sebab empunya booth aci letak dan campurkan semua genre dan jenis buku. ada buku puisi yang disusun antara buku-buku akademik. pulau renik ungu akak jumpa setelah semua buku di booth itu akak belek-belek.

    tak apa, ada rezeki nanti boleh dapatkan lagi di mana-mana. kadang-kadang peristiwa kebetulan lebih bermakna daripada dirancang (?)
    :)

    Balas

  13. diela
    Jan 02, 2011 @ 12:40:38

    salam muhibbah…
    lepaskan kembali aku ke laut antara novel yg sy gemari…sgt ska cra penulisan dan penyampaiannya…pling ska bla novel ni dsiarkan dlm bentuk drama suatu detik dlu…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: