Aduh, gimik yang sebentar!

1.jpg
Sewaktu sedang bersarapan di kafe kuliah bersama dua tiga orang rakan yang lain sambil turut membelek akhbar hari itu, tersangkut pula bicara kami perihal aksi Faizal Tahir di pentas. Bicara kami dalam santai itu lebih kurang begini;
Riah: Mak ai…apalah dia nak tunjuk sampai dedah2 dada, nampakkan tubuh.
Asma’: Entahlah kan. Biarkan dia kena denda sampai kena buat kerja amal hingga 6 bulan. Malu sajalah, sengaja dedah-dedah dada, siap ada tulis huruf ‘S’ – Superman.
Nasriah: Alahai, itupun pakat nak kalut ke? Eh, yang artis perempuan bukan setakat dedah pangkal dada, dedah pangkal paha pun ada tau. Itu bukan lagi suka-suka, tapi sengaja. Tengok sajalah di konsert atau penyampaian anugerah filem dan drama yang ala-ala Hollywood glamer. Itu pun bukan lukis huruf ‘S’..siap ada tindik lagi. Itu korang tak heran ke, kawan? Bawak-bawaklah fikirkan… alkisah itu ada di sini

(Semua tergelak, mengiyakan sudahnya)
Lalu, tambah salah seorang daripada mereka; Ya ek…padahal itu bukan aurat pun bagi Faizal Tahir.
Alahai….!

7 Komen (+add yours?)

  1. haniesalwah
    Jan 20, 2008 @ 08:04:59

    Salam Nas,

    Betul aku sokong! Patutnya akak-akak dalam siri Spa Q itu diband dulu! Geli aku tengok…mcm Malaysia ni dah jadi Latin pulak…

    Balas

  2. puteribongsu
    Jan 20, 2008 @ 13:45:15

    er…er..saudari hani, maafkan saya, erm..aku sebenarnya, tak tengok Spa Q, jadi aku tak boleh komen, kalau tengok pun iklan dia je (issh, aku malu nak mengaku kejakunan diri yang daif ini, tapi memang aku tak suka sungguh nonton tv)😀 :S

    Balas

  3. zawanbaba
    Jan 22, 2008 @ 15:10:40

    sebut soal tivi, saya teringat novel SN Shahnon Ahmad – TV – saya masih mencari novel itu untuk dikunyah, tapi masih belum dapat. Kalau2 saudara Nas terjumpa di mana-mana, tolonglah beritahu. sebabnya saya tertarik bila ada taulan yang pernah kunyah menceritakan tentenag TV yang dilapik sejadah. huh,sungguh lazat saya fikir!

    Balas

  4. puteribongsu
    Jan 22, 2008 @ 15:45:29

    Saudara Nazwan, saya belum pernah menggulati TiVi secara sebuah novel..tapi pernah membaca petikan2 tertentu daripada novel itu dalam buku Setitis Embun Semarak Api (terbitan alaf 21) -saya gemarkan buku setitis embun semarak api ini, sebab menghimpunkan laluan kreatif pak shahnon, jika suka boleh dapatkan.

    pada pandangan saya, tv yang dilapik dengan sejadah adalah satu diksi, bagaimana pak Shahnon mahu tunjukkan TiVi lebih dimuliakan berbanding urusan agama. dan memang itu jugalah apa yang mahu diperkatakan oleh SN itu dalam novel TiVi. bagaimana apabila sebuah rumah yang sudah mula punyai tivi, hal sembahyang mula dibelakangkan, ruang sembahyang ditukarkan menjadi ruang meletak/menonton tivi, hingga akhirnya urusan kerja ditangguhkan, lebih parah adegan2 dalam tivi diikut2.

    sepengetahuan saya, DBP sudah ‘bekukan’percetakannya kerana kontroversi2 tertentu. (hidup SN yang berwajah tenang ini memang sering banyak kontroversi)…oleh itu, amat beruntunglah sesiapa yang pernah membaca/miliki novel TiVi berbanding kami yang muda2 jauhari ini… 🙂

    dan, yang saya suka ialah pengakhiran novelnya, bagaimana sebuah rumah sudah ranap kerana dipanah petir pelakar kerana mungkarnya perlakuan (yang ditiru) dalam TiVi itu. dengan sebuah keluarga itu mati!

    Nazwan, itu sahaja yang dapat saya kongsikan🙂

    Balas

  5. puteribongsu
    Jan 22, 2008 @ 15:47:52

    Hani, masih ingat apa kita kategorikan wajah pak shahnon masa beliau muda2 dahulu? 😀 😀

    Balas

  6. zawanbaba
    Jan 22, 2008 @ 17:30:46

    Nas, terima kaseh atas ulas saudara. Buku setitis embun semarak api memang sudah ada di rak aksara saya.
    selain itu, buku ‘autobiografi:perjalanku sejauh ini’ tulisan SN Shahnon Ahmad juga saya kelaskan dalam kategori ‘wajib ditutuh’ kerana memperihalkan laluan kreatif beliau.
    kalau orang tak pernah membaca karya beliau, memang orang boleh cop@label apa saja kepadanya. tapi jika orang mengunyah karya beliau bermula dari novel pertama iaitu Rentong(terbitan abbas bandong,melaka)dan karya2 belaiu yang lain hingga sekarang ini, saya fikir tak ada siapa yang mampu mengasihani atau memahami apa yang Shahnon ingin lontarkan.
    bagi saya, Shahnon banyak mengacu peribadi saya supaya belajar dari alam. dan saya amat terharu dengan caranya mengasuh. tambahan lagi,pada abad lalu beliau pernah mengajar di sekolah saya -sekolah menengah sultan abdul halim.
    dan inilah yang meransang saya untuk terus menyadurkan kearifan beliau dalam sisipan pandangan saya terhadap alam.

    Balas

  7. haniesalwah
    Jan 22, 2008 @ 23:39:49

    Ingat…ingat…aku sokong pandangan kau!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: