PERTEMUAN MEMBAWA KENANGAN, dan…

img_4226.jpg

11-13 Januari 2008, berlangsung satu bengkel cerpen anjuran Bahagian Multimedia DBP dengan kerjasama KEPEZI. Bengkel ini dirakamkan untuk disiarkan dalam TV internet dan juga untuk penghasilan CD. Banyak pengalaman yang sangat bermanfaat, tentunya.

Cerpen saya yang bertajuk ‘Terra Nullius’ turut dibengkelkan. Alhamdulilah…makin banyak pemerolehan yang berbekas di hati. Pesan bonda Zaharah Nawawi ketika saya makan semeja menghadap kolam renang; “Jika sudah besar, sudah boleh berenang..kenapa masih mahu berenang-renang, bermain air dan berpelampung di kolam kanak-kanak?” Kata-kata bonda terngiang ke hari ini, dan sungguh…biarlah saya dan bonda sahaja yang mengetahuinya.

img_4238.jpg

Terima Kasih buat penganjur, pembimbing, rakan-rakan sebengkel, serta krew penggambaran dari Lensa Film.

Sepulang dari bengkel, ada titipan daripada bonda juga lewat kotak emel. Ini madahnya, ini manisannya;

Untuk Terra:  dengan lembut dan lunak kewanitaan mu tentanglah musuh
dengan mata tajam dan kebijaksanaan  hakiki.

Untuk Fera:  terbanglah sehingga ke lapisan langit ketujuh dengan
membawa cokmar kehebatan bangsa.

Untuk Kalbu:  degup jantung mu ialah nafas perjuangan yang tiada
noktahnya.

Untuk Wadi:  takluki lembah dengan sundang dan gembur-suburkankan
tanah tanpa kecundang

Untuk Windu:  jangan izinkan setengah windu berlalu memberikan hujan
emas untuk katak-katak puru.

Untuk Fitrah:  cabutlah duri yang tertusuk di kaki biar perjalanan
selesa

Untuk Pedra:  jika laut bergelora jalinlah ombak, batu, pasir dan
camar menjadi benteng.

Untuk Semut:  makhluk terkecil di dunia boleh meruntuhkan istana
raja andai kena caranya.

Untuk Fort:  rakamkan sejarah dari atas kotamu, binalah semangat
sekukuh dan sekeras batu-batumu.

Untuk Dayang Isah: jangan lagi sesat  dan menyesatkan. Kembali
kepada jalan yang lurus dan mulus

Untuk Gunung:  Berdirilah dengan gagah sebagai pasak bumi. Lindungan
khazanah alam agar terus lestari.

rotation-of-img_4186.jpg

juga yang lain-lain ada di fotopages puteribongsu

12 Komen (+add yours?)

  1. zawanbaba
    Jan 17, 2008 @ 10:14:09

    saya merasakan bahawasanya memang banyak kearifan yang dapat dipetik sepanjang bengkel citra -dan saya fikir kearifan2 itulah yang akan menjadi dasar @ latar yang boleh kita jelmakan sebagai bingkai peribadi.
    secara jujur saya harap dapat mengakrabkan lagi diri dengan bengkel seumpamanya di masa depan -kerana masih byk pati & sari sastera yang saya harus hadami.

    Balas

  2. anakkawi
    Jan 17, 2008 @ 19:41:04

    bukan siapa-siapa, hanya yang biasa…

    Balas

  3. puteribongsu
    Jan 17, 2008 @ 22:38:40

    Nazwan, secara jujur juga, banyak yang saya perolehi daripada saudara. tentang dua perkara yang tersangkak dalam pertanyaan saudara, belum dapat saya respons kerana kini sedang sibuk cover kerja2 yang saya tinggalkan jumaat lepas untuk ke seremban…aduhai, tinggal kuliah cuma 3 jam, sehari sahaja, tetapi saya perlukan lebih kurang seminggu untuk cover semuanya..

    aduhai, demi minat orang tak akan rasa penat…demi yang dikatakan perjuangan, kita perlu biasakan diri hidup dengan kepenatan!🙂

    Balas

  4. zawanbaba
    Jan 18, 2008 @ 09:30:39

    kerja memokah tanah bakat memanglah penat-tetapi lelah itulah sebetulnya nikmat!!

    Balas

  5. cikf=)
    Jan 18, 2008 @ 15:46:10

    owh…bahasa aras tinggi yang agak sukar saya fahami..hihi

    Balas

  6. Zaharah Nawawi
    Jan 18, 2008 @ 16:08:33

    Nazwan, berilah gambar yang lebih jelas. Gambar yang ada ini cuma nampak ramus janggut dan bingkai cermin mata. Yang dikepala itu apa ya? Topi atau….ah, puas pejam celik menebak tidak mampu menyelongkar teka teki.🙂

    Balas

  7. Bayan
    Jan 18, 2008 @ 16:41:38

    salam puteri. saya tak mengenali anda, tetapi pernah bertentang mata ketika kongres sebudaya serumpun.

    ternyata anda seorang yang mantap dari aspek pemikiran sebagaimana yang saya jangkakan tatkala melihat anda pada kali pertama pertemuan itu….juga tatkala mendengar soalan bernas anda tentang konsep pendidikan secara terbuka kepada bu eri…

    salam perkenalan. semoga bertemu lagi

    Balas

  8. gagak putih
    Jan 18, 2008 @ 17:11:19

    Bengkel menemukan kita semula di layar kehalusan dan tinta bicara,
    Aku berterima kasih kepada bonda Zaharah
    juga teman sekamar puteri bongsu yang petah berbahasa
    Moga suntikan berbisa (yang dikawal kerana kamera di depan) menembus waridku yang perlu dibetulkan semula
    daripada kealpaan dan kesibukan yang tidak bijak aku menguruskannya
    akan ku bangkit dengan semangat baru
    nafas jitu
    bicara dan tinta bak peluru
    kerana matlamat hijrah diariku
    perlu ku tebus satu persatu
    ketinggalan menajamkan pena yang telah dipandu
    sedangkan rakan-rakanku sudah mendahulu
    dengan bukti kemenangan dalam sendu
    HSKU akan ku buru…

    Shadiya Abbas
    Teman Sekamarmu
    Kenanagan Royal Adelphi, Seremban
    11-13 Januari 2008

    Balas

  9. puteribongsu
    Jan 18, 2008 @ 21:44:25

    Nazwan,
    itu baru kerja pongkah tanah, belum lagi gembur dan baja, seterusnya bertanam..🙂

    Cik F…
    silalah kerap ke mari, ujana ini seringnya guna bahasa Melayu, tiada yang tinggi, tiada yang rendah..hehe

    Bonda,
    terima kasih atas pertamuan bonda ke ujana ini…saya meraikan kunjungan bonda. bonda, itulah ‘title’ saudara nazwan, janggut sejemput, bingkai mata. jangan tak tahu, dengan bingkai mata itulah dia boleh telek cerpen kita satu-satu… 😀

    Saudara Bayan,
    terima kasih kerana ke mari. takdir-Nya kita tidak bersapaan di kongres tersebut tapi bersapaan di alam maya. Secara jujur, saya sedikit ‘gusar’ dengan apa yang dibentangkan oleh Ibu Eri (dari Indonesia). Bukan isi bentangannya tidak bernas, namun ada ketikanya kita tidak boleh sering beralah dalam dunia ‘multi-culture’..dalam pendidikan lebih2 lagi, kerana saya khuatir ada ‘kos lepas’ yang kita ;lepaskan’..ini bukan soal apa-apa, soal agama generasi muda kita, anak2 kita, soalnya agama Islam juga.

    Kak Shadiya,
    ya, ini dia kakak sebilik saya yang tak sudah2 kami bicara tentang cerpen dari bengkel sampailah ke bilik, hinggalah tertidur.hehe..

    Akak, jangan lupa tulis cerpen, jika kita tak tulis kita tak boleh asah pena dengan baik. ambil apa yang baik menjadi jauhari, apa yang kurang menjadi mentari. saya yakin, akak juga akan menapak maju…dengan semangat Namuus yang sudah hampir sampai ke garisan akhir…

    HSKU 07 menanti!! 😀 😀

    Balas

  10. haniesalwah
    Jan 20, 2008 @ 08:02:02

    Salam Nas,

    Lama tak ketemu ya kita. Kangen pada kamu tau! Wah menarik pengalaman ni. Bolehla kongsi ilmunya dengan aku ni…hehe

    Balas

  11. puteribongsu
    Jan 20, 2008 @ 13:43:13

    hehe, mbak hani..aku juga kangen dong. ah, baru semalam aku pikirkan kamu, saat itu aku minum teh dan dengar “di wajahmu kulihat bulan…yang mengintai di balik kerlingan, sadarkah tuan kau ditatap insan…yang haus akan belaian…!”

    tentu, ada banyak yang menari, yang patut aku kongsikan…heheh

    wei..datanglah sini!!

    Balas

  12. zawanbaba
    Jan 22, 2008 @ 09:49:51

    ya,memang topi. gambar itu dilarik dari gambar sewaktu menjadi ‘pemburu harta karun’ di usj!

    harapnya ramus ilmu nan sejemput menjadi secekak,segumpal dan sepemeluk! haha..

    marilah membingkaikan alam ke kanvas aksara!!

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: