SALAM HIJRAH

SALAM HIJRAH daripada saya. Sungguh-sungguh belum sempat memasukkan entri, tentang hijrah lebih-lebih lagi. Walaubagaimanapun, suka saya pesan (pada semua dan saya juga), jadikan tahun baru hiijrah ini lebih baik daripada yang semua-semua sebelum ini. Hijrahkan diri dalam semua segi, rohani lebih-lebih lagi. Anjakkan diri ke takah yang lebih bermakna di sisi Ilahi, lebih cemerlang.

Saya ‘bercuti’ ke selatan Sejantung Pisang. Doakan saya selamat, doakan saya sihat yang pentingnya supaya ‘cuti’ ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk mencari ilmu dan pengalaman. Moga perjalnan pergi dan pulang dipenuhi dengan penghayatan. Tahun baru ini, moga saya lebih beringat dalam semua perbuatan, percakapan, tindakan dan amalan-  agar tidak tertabung dosa-dosa free

Salam Hijrah, moga diri terus menghayati hijrah Nabi (biarpun adakalanya pernah cuai, atau melupai).

2 Komen (+add yours?)

  1. zawanbaba
    Jan 14, 2008 @ 11:48:55

    hijrah mengasuh saya supaya berganjak daripada menjadi manusia kepada kemanusiaan.
    terima kasih atas kesalingan kearifan di awal muharam, 3 hari lalu.

    Balas

  2. puteribongsu
    Jan 15, 2008 @ 14:19:52

    saudara nazwan,
    kita berkongsi dan menadah pengalaman daripada cucuran yang sama. terima kasih juga atas cara saudara memberi pandangan yang kritis dan teliti. saya suka amat, bahkan rasa bertuah menemui sahabat seperti saudara nazwan.

    terima kasih sekali lagi.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: