KITA BERPISAH DI TERMINAL

kerana memulakan 2008…(disiarkan dalam Blues Selamanya, Julai 2005)

imaj.jpg 

  

Sejuk mengoyak selimut dengkur

kita berhambatan dengan subuh

dalam ruang sempit waktu

saling bergesaan dengan suria

yang terjengah dari sarangnya

berkelana kita dalam suram cahaya

balam wakafnya di mana.

Tanpa sarapan dan bekalan,

kita sarungi capal cita

membawa impian di petak catur

hanya hitam-putih likuannya

di tangan kita hanya ada peta

sedang, tekak membejat

dari basahan semangat

perlukah kita,

meminta tegukan harapan

dari tangan pemberi ihsan?

Kini

kita berdiri di terminal

kau dan aku dihidangi pilihan

timur

barat

nasib

takdir

hidup

mati

kita perlu meramal mimpi

tanpa menagan prinsip diri.

Terminal ini persinggahan

tempat kita meletak lelah

sebelum memikul galasan baharu

moga tren yang kita tempah

meluncur landasan hayat

tanpa digendalai putus asa

dalam pilihan kembara.

Di sini,

kita saling berlambaian

terkembar di hujung tangan

tiket masa hadapan

dan,

peta yang sukar dibacakan.

Nasriah Abdul Salam, 30.3.05, 9.10 am, KL Central

  
Nota gambar: Carol Etheridge, Photograph caption: Malaysian train journey, Prize: £100 Jessop’s Gift Vouchers plus an exclusive behind the scenes day at Reuters.

2 Komen (+add yours?)

  1. FahdRazy
    Jan 14, 2008 @ 17:58:31

    Best sajak Kak Nas!

    Balas

  2. puteribongsu
    Jan 15, 2008 @ 14:21:05

    Fadhlil, alahai…sajak lama adik oi, nak buat sajak baru dah rasa macam berat.. 😦

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: