Izinkan Gambar Bicara

Saya suka dengan gambar ini, ada kenangan tersendiri, tentu. Dikirimkan oleh Hani Salwah (www.hunnybunnythesweety.blogspot.com/) dan entah masa bila, waktu bila dia rakam dengan telefon bimbitnya.

rotation-of-171120070061.jpg

Gambar ini dirakam di rumah PENA sempena majlis baca puisi pada Kongres Sebudaya Serumpun anjuran PENA, DBP dan KEKWA pada 16-18 November 2007. Puisi yang dibaca hanyalah puisi daripada koleksi lama saya. Turut membacanya beberapa penulis/penyair lain daripada Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. Dan, yang lebih ‘gegar’ pada malam itu ialah ‘kejutan’ yang dibikin oleh pengerusi majlis gara-gara ‘kelurusan’ jawapan si Ummu Hani. (Sabar aje lah!).

Saya katakan, gambar ini saya gemari kerana pencahayaannya begitu, tetapi kata Hani Salwah pula, “bukan itu gambar kabur ke?” (maksudnya, kualiti gambar tidak elok) Em, subjektif, mungkin.

rotation-of-171120070081.jpg

 

 

2 Komen (+add yours?)

  1. hasbullah haji mohamed
    Jan 07, 2008 @ 13:48:47

    assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    ini adalah kunjungan pertama saya ke laman putri bongsu.ketika saya ke link yang saudari ziarah ke blog saya ia ke blog lama saudari – ujanakisah.

    saya tertarik kepada gambar ini kerana saya sebenarnya sudah hampir-hampir ke rumah PENA atas ajakan seorang kawan, pelajar Akademi Pengajian Melayu – major Pengajian Media. oleh yang demikian saya juga nyaris-nyaris menonton saudari mendeklamasikan puisi. hehe… tapi pada saat akhir kawan saya itu tidak jadi mengajak saya dengan alasan dia bermalam di sana dan bimbang saya tidak selesa dengan keadaan yang bakal hadapi kerana tidak ada tempat atau bilik yang ditempah untuk saya. dia tahu saya meminati sastera terutama puisi (malah awalnya hairan)sebab tu dia mengajak saya pada awalnya.

    puteri bongsu…ehem, mengingatkan saya kepada adik saya yang kini sedang menuntut di Darul Quran, Kuala kubu Baru. dialah Puteri bongsu keluarga saya. sudah besar dan sudah tahu menjaga diri.

    ini saja celoteh saya setakat ini. kirim salam pada abang saudari, Khairunnasri dengan lafaz assalamualaikum. bagitahu dia YDP Pak Lah kirim salam gerenti dia kenal. (“,)

    sekian, terima kasih.

    Balas

  2. puteribongsu
    Jan 08, 2008 @ 10:29:50

    Saydara hasbullah, terim kasih atas kunjungan awal, silalah bertandang lagi.

    siapa kawan saudara yang dimaksudkan tu, barangkali saya kenal? pada kongres dan malam tu memang banyak juga pelajar2 UM yang datang. dan jika ada aktiviti seterusnya, jemputlah turut serta selain masuk hutan sesekali tukar aktiviti lain pula (walapun masuk hutan, bina kubu tu aktiviti wajib) heheh…

    Puteri Bongsu – erm, saya tak punya adik, jadi mungkin perasaan sebenar seorang kakak/abang tidak dapat dihayati sesempurna mungkin. apa-apapun, jadi anak bongsu ialah satu pengalaman yang menyeronokkan!
    😀 ;))

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: