RUMAH BARU

rumah.gif

Telah kutinggalkan rumah lama

menuju teratak baru.

 

Di sini,

tiangnya cengal rohani, penyambutnya kasih

alangnya azam, rasuknya iman

rabungnya setebar layar, sebesar  kejap harap

dan susun atapnya adalah hikmah.

 

Di anjung ini,

ada cahaya yang menjengah

dari jihat timur

di tanah makmur.

 

Dan di teratak baru ini,

ada cita baru yang disemat murni.

 

Puteri Bongsu

ITD LAB-UIAM, Gombak.

8 Disember, 2007. 11 15 pagi

 

15 Komen (+add yours?)

  1. kak long
    Dec 08, 2007 @ 10:32:12

    salam ingatan di skrin maya

    Balas

  2. fahdrazy
    Dec 08, 2007 @ 14:36:42

    puisi yang memikat…selamat ke rumah baru.

    Balas

  3. ibnuahmadalkurauwi
    Dec 10, 2007 @ 05:42:43

    Wah, wah, wah …
    Berseri-seri rumah (baru) baharu.
    Mulakanlah dengan doa selamat. Ada doa khusus yang Nabi ajarkan apabila masuk ke rumah baharu. Biar syaitan tak mengganggu ‘tiang seri’nya.

    Balas

  4. Nisah Haron
    Dec 10, 2007 @ 07:18:44

    Salam rumah baharu. Semoga yang ditinggalkan sempat dikutip segala kenangannya…

    Balas

  5. mohamadkholid
    Dec 10, 2007 @ 08:06:40

    banyaknya rumah….

    Balas

  6. Rai Puteri Sulung
    Dec 10, 2007 @ 08:42:22

    Gambar rumah je?Gambar puteri bongsu tengah sidai kain ke,masak nasi ke takde?

    Balas

  7. puteribongsu
    Dec 10, 2007 @ 15:52:52

    terima kasih kak long. juga dik fahd razy, dah lama tak nulis sajak da…!

    saudara ustaz azman, dah baca dah. mudahan selamat, dan memang benar2 berharap begitu. (iisk, mendalam!)

    Kak nisah, terima kasih juga. semuanya kenangan, dan memang ada sesuatu yang perlu ditinggalkan ‘di situ.’

    saudara kholid, hehe…rumah lama dah jual sebab struktur tanahnya tak kuat, dinding rumah asyik retak sana-sini

    kak rai, peratilah betul2…nampak tak ada anak dara tengah sabit lalang kat rumah tu…nampak tak?issk..kalau tak nampak, tanda….nampak tak? 😀

    Balas

  8. Salman Sulaiman
    Dec 10, 2007 @ 21:50:11

    Selamat menghuni di rumah baru. Tentunya penyambut dan tiang serinya lebih kukuh. Lantai, dinding dan atapnya lebih utuh. Pasti keseluruhan tiangnya sangatlah teguh. Di rumah baru kamu, tenang-tenanglah kau bersimpuh!

    Balas

  9. haniesalwah
    Dec 11, 2007 @ 08:13:53

    Rumah baru anda sangat klasik! Sila daftarkan nama anda dalam senarai warga klasik no…hehehe. Semoga terus menghuni disini ya!

    Balas

  10. puteribongsu
    Dec 12, 2007 @ 12:39:48

    Salman Sulaiman, terima kasih atas pesan. mudahan kekallah saya bersimpuh. ya, mudahan.

    hani salwah, sengaja pilih klasik..sebab jiwa aku memang jiwa ‘klasik.’ cepat2lah buka alumni geng-geng klasik pulak😀

    Balas

  11. wardah92
    Dec 13, 2007 @ 15:54:05

    Kak Nas, moga rumah baru yg dibina diserikan dengan bahan bacaan yg bermanfaat..adikmu ketagih ilmu penulisan!🙂

    Balas

  12. puteribongsu
    Dec 13, 2007 @ 22:50:57

    Wardah@izzati, terima kasih sudi ke mari. apa2 yang berguna ambillah. jika dirasakan bertentangan dengan yang hak, teliti, saring, dan buanglah.

    teruskan dengan ketagihan yang sebegitu. menulis akan bermula dengan membaca!

    Balas

  13. hasbullah
    Jan 07, 2008 @ 18:01:51

    gambar menunjukkan rumah tersebut dirakamkan pada Ogos 1996. pada pengamatan saya rumah tersebut dirikan sebelum merdeka lagi dan rasanya tidak melampau rasanya jika saya mengatakan bahawa rumah tersebut sudah diwarisi oleh lima atau enam generasi- menilai rekabentuknya dan. sekarang mungkin sukar nak tengok rumah macam ni (kat Taman Asean ada kot – tak pernah sampai lagi).

    tahun lepas; 25 – 29 Disember (macam dah lama pulak) saya menyertai OPKIM di Pulai Chondong, (operasi khidmat masyarakat – lebih kpd program anak angkat) dan antara aktivitinya ialah membina tangga rumah dan meruntuhkan rumahtangga orang (jangan silap paham plak, huhu). saya dan dua orang kawan dihantar ke tempat kejadian keruntuhan rumah tersebut dan sudah menjadi tugas kami untuk mempercepatkan keruntuhan tersebut (lagipun hari itu hari jumaat). menurut orang kampung rumah tersebut memang sudah lama usianya dan mengalami penambahan demi penambahan di beberapa bahagian. Namun oleh sebab rumah tersebut beratapkan bata merah (susah didapati sekarang-juga sukar diselenggara ekoran mudah pecah, tapi rumah atap bata ni elok, rumah sejuk je rasa)dan ketirisan bumbung tidak ditangani dengan serius menyebabkan rumah tersebut cepat rosak (walaupun tiang-tiangnya terbuat dari kayu-kayan terbaik seperti tembesu, cengal dan meranti).

    jadinya cik Nasriah, teratak di atas tu teratak lama yang ditinggalkan ke teratak baru?🙂

    Balas

  14. hasbullah
    Jan 07, 2008 @ 18:09:25

    gambar menunjukkan rumah tersebut dirakamkan pada Ogos 1996. pada pengamatan saya rumah tersebut didirikan sebelum merdeka lagi dan rasanya tidak melampau rasanya jika saya mengatakan bahawa rumah tersebut sudah diwarisi oleh lima atau enam generasi- menilai rekabentuknya dan warnanya. sekarang mungkin sukar nak tengok rumah macam ni (kat Taman Asean ada kot – tak pernah sampai lagi).

    tahun lepas; 25 – 29 Disember (macam dah lama pulak) saya menyertai OPKIM di Pulai Chondong, (operasi khidmat masyarakat – lebih kpd program anak angkat) dan antara aktivitinya ialah membina tangga rumah dan meruntuhkan rumahtangga orang (jangan silap paham plak, huhu). saya dan dua orang kawan dihantar ke tempat kejadian keruntuhan rumah tersebut dan sudah menjadi tugas kami untuk mempercepatkan keruntuhan tersebut (lagipun hari itu hari jumaat, pagi). menurut orang kampung rumah tersebut memang sudah lama usianya dan mengalami penambahan demi penambahan di beberapa bahagian. Namun oleh sebab rumah tersebut beratapkan bata merah (susah didapati sekarang-juga sukar diselenggara ekoran mudah pecah, tapi rumah atap bata ni elok, rumah sejuk je rasa)dan ketirisan bumbung tidak ditangani dengan serius menyebabkan rumah tersebut cepat rosak (walaupun tiang-tiangnya terbuat dari kayu-kayan terbaik seperti tembesu, cengal dan meranti).

    jadinya cik Nasriah, teratak di atas tu teratak lama yang ditinggalkan ke teratak baru cik Nasriah tinggal sekarang?🙂

    Balas

  15. puteribongsu
    Jan 08, 2008 @ 10:14:37

    Saudara Hasbullah…
    Wah, rupanya ada jugak kawan saya yang gemarkan seni bina rumah lama (selain saya).

    Taman Mini Malaysia tentu banyak contoh2 rumah melayu, saya pun dah ingat2 lupa sebab dah lama tak pergi Taman Mini Malaysia. kali terkahir pergi masa sekolah menengah ritu-ritu.

    memang rumah Melayu lama dibina dengan struktur2 dan bahan2 tertentu untuk sesuaikan diri dengan keadaan geografi Malaysia sendiri, yang panas lembab sepanjang tahun. kayu daripada jenis selain cengal, tembusu, meranti dll tidak tahan dengan panas lembab sepanjang tahun jadi mudah reput, atau paling tidak cepat dimakan bubut dan anai2.

    pendek kata, orang melayu memang pandai menggunapakai dan memanfaatkan sumber yang ada..
    🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: