NASRIAH ABDUL SALAM
KHAIRUNNASRIAH ABDUL SALAM, atau Nasriah Abdul Salam- lahir pada 2 Ogos 1983, merupakan Puteri Bongsu daripada 7 orang adik beradik. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Nasriah Abdul Salam merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dalam bidang perundangan.
Memulakan langkah untuk bergelar ahli akademik dalam bidang perundangan, Nasriah Abdul Salam kini dalam proses menyiapkan penulisan akademik untuk pengajian sarjananya. Meminati undang-undang antarabangsa dan hak asasi, Nasriah Abdul Salam turut berpengalaman dalam pembelajaran dan pengajaran undang-undang syarikat dan perkongsian, undang-undang tanah, undang-undang kontrak, undang-undang antarabangsa dan undang-undang perlembagaan.
Manakala dalam bidang penulisan kreatif dan sastera, Nasriah Abdul Salam merupakan mantan Minggu Penulis Remaja-DBP 2005, serta ahli Kelab Penulis Zaharah Nawawi. Antara genre penulisan yang dihasilkan termasuklah cerpen, novel, puisi, pantun dan makalah. Kebanyakan karya yang dilahirkan membawa gagasan ketuhanan, kasih sayang, kemanusiaan serta kebudayaan. Cerpennya, Sehijau Bakau Seteguh Cinta yang bertemakan ketuhanan, kasih sayang dan khazanah alam mendapat hadiah utama kategori cerpen remaja HadiahSastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2006 . Selain itu, cerpennya yang berjudul Banglo Kolonial di Lot 152 turut menggondol hadiah utama bagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2007. Manakala cerpen yang berjudul Selamat Kembali Nurul Merdeka juga turut mendapat hadiah penghargaan dalam anugerah dan tahun yang sama.
Selain itu juga, Nasriah Abdul Salam turut aktif membimbing bengkel penulisan (cerpen & novel) serta turut menerima undangan bacaan puisi untuk acara atau majlis-majlis tertentu.
Secara peribadi, Nasriah Abdul Salam meletakkan ayah bonda sebagai pemacu kekuatan. Namun dalam bidang akademik, Nasriah Abdul Salam menjadikan Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim dan aktivis Perlembagaan Malaysia; Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sebagai inspirasi. Manakala dalam bidang penulisan kreatif, Nasriah Abdul Salam mengkagumi SN A.Samad Said, SN Shahnon Ahmad, SN Arenawati, Azizi Hj. Abdullah, Faisal Tehrani, Zaharah Nawawi dan Siti Zainon Ismail.
Nasriah Abdul Salam merupakan individu yang gemarkan bacaan meliputi buku-buku motivasi, biografi, seni, sastera dan budaya (termasuk seni bina dan seni tampak), agama dan falsafah serta perundangan (meliputi undang-undang adat dan undang-undang Islam).
Blog ini merupakan wadah bagi menyampaikan buah fikir tentang sastera, perundangan, isu semasa dan perkara lain yang merapati kehidupan.
Boleh dihubungi melalui nasriah_salam (YM).
Komen dan pandangan bernas anda mengenai entri yang dikemaskinikan amat dialu-alukan dan dihargai.
Selamat melayari Ujana Nasriah Abdul Salam …



Mei 11, 2008 @ 15:07:17
salam..
k.nas, safy tu org sabah le
Mei 12, 2008 @ 12:25:48
aah..
bkpo xleh reply emel k.nas aritu
bleh bg emel lain?
Mei 15, 2008 @ 01:56:23
Nasriah, ada simpan tak puisi “kelopak rasa’ karya usman awang kalau tak silap. Jika ada emailkan puisi itu pada saya boleh? Terima kasih!
tejamanis@gmail.com
Mei 28, 2008 @ 08:23:03
Assalamu’alaikum..
blh saye link kn website ni kt blog saye?
tQ…
Ogo 12, 2008 @ 09:31:32
assalamualaikum,,,
pertama kali melawat…blog…saudari Nas.
Semoga bertambah cemerlang…
Didalam kehidupan.
Ogo 14, 2008 @ 13:31:56
go go puteri bongsu biar tanpa a go go !
salam!
Ogo 18, 2008 @ 23:43:52
selamat menyambut ramadhan yang bakal menjelang..
Okt 18, 2008 @ 07:21:37
Banyak ilmu yang saya pelajari di sini
Okt 19, 2008 @ 10:03:29
Salam Kunjungan Buat Saudari Nasriah. Teruskan Menulis
Dis 11, 2008 @ 10:28:23
Assalamualaikum Nasr,
Tahniah di atas kejayaan penghasilan cerpen ‘Pulanglah Musim Ini”. Semoga terus berjaya dengan cemerlang.
Salam.
11/12/08
Dis 13, 2008 @ 18:05:57
Kak Rehah, terima kasih banyak2 akak…
Dis 21, 2008 @ 06:03:32
Salam ziarah..
Jan 03, 2009 @ 13:10:03
salam…
Jan 05, 2009 @ 04:22:48
salam juga, wahai saudara
Jan 15, 2009 @ 19:02:43
tahniah dari shim dan abang azhan..
teruskan perjuangan
Feb 08, 2009 @ 14:03:29
ASSALAMUALAIKUM..OHH grad dari UIA ye
Feb 11, 2009 @ 05:11:47
mengenalimu..
menyayangimu..
mengasihimu..
amat bermakna buat diriku yang sepi
kehilangan..
sedih..
tawa dalam sendu..
Feb 12, 2009 @ 18:14:03
“Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.”
– Imam Al-Ghazal
Feb 12, 2009 @ 18:16:22
kemanisan dalam perjuangan dirasai bila berdepan dengan cabaran,
ketenangan yang hakiki dirasai dengan manisnya iman,
kekerdilan diri dirasai dengan sifat kehambaan
Feb 12, 2009 @ 18:30:53
kak nas,
kuatkan azam, semangat menghadapi duniamu.
Mac 04, 2009 @ 15:39:44
assalamualaikum
cari-cari maklumat tersesat juga ke laman web saudara. semoga panjang umur, sihat dan berjaya dalam kerjaya.
Mohd.Ali B Salim. Kuching Sarawak.
Mac 13, 2009 @ 08:03:30
msg zatie ek
Mac 22, 2009 @ 15:30:32
assalammualaikum..
dah lama meninggalkan sastera ni..
inginku gapai pelangi tapi tak kesampaian…indahnya pelangi
Jun 20, 2009 @ 19:46:55
Semoga anda terus maju dan berjaya. Tahniah pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan. Saya juga pernah dalam kategori puisi tahun 1996 dan 2004
Jun 25, 2009 @ 04:41:33
aik??nasriah?
mcm skelas jer kt 2tion kami time f2..
if nt mistake…i recgnise her mole on left lips.
lol…
Nov 29, 2009 @ 22:17:43
Salam buat saudari nasriah, tahniah buat anti, tadi skejap saya cari maklumat tentang sekolah lama saya maahad merbau dan maahad lelaki pengkalan chepa, terjumpa pula bloq anti, saya sempat berteduh di bumbung maahad merbau dalam empat tahun semasa pelajar campur lelaki dan perempuan lagi, cerita lama. teruskan perjuangan anti, doa saya anti terus cemerlang dalam lapangan yang diceburi.
Mei 18, 2010 @ 03:10:37
Salam,saudari nasriah,sy jadi bangga dgn pencapaian awak,teruskan menggembleng usaha utk menjadi pengkarya yg prolifik,jihad melalui penulisan itu lbh tajam dari mata pedang,percayalah,gdluck n may allah bless u,amin
Sep 11, 2010 @ 18:31:26
oh tuhan.. kak nas.. maaf kerana lama tidak merisik khabar. mungkin kerana saya terlalu mengejar cita hingga terlupa amanah kalian untuk saya..
Sep 19, 2010 @ 09:03:26
salam..ikutilah cerita2 yg mnrik di http://fariduddinalislam.blogspot.com. kerjasama akak amat di alu2 kan…
Dis 15, 2010 @ 21:08:31
Dik yah, kak ti rindu yang amat padamu. Rindu yang amat… betapa akak tak dapat memutar masa kembali seperti dulu…. anak kecil yang berlari di tepi pantai itu kini telah mengemudi nakhodanya di tengah gelombang laut. Andai masih kau ingat bicara ini; “Mutiara itu amat indah dan tinggi nilainya. Namun untuk memiliki mutiara itu kau harus menyelam ke laut dalam”. Nah, teruskan pencarianmu! Carilah ‘mutiara’ permata kurniaan Allah hingga kau temui kebesaran-Nya. Kak Ti rindu padamu.
Jan 02, 2011 @ 01:23:30
Kak ET…
Terharu, dan berair mata baca komen Kak ET. Tak sangka Kak ET jumpa dik yah di blog ni. dan yang paling tak sangka ialah Kak ET ingat lagi rupanya Kak ET pernah pesan tentang ‘mutiara’ tu. Dik yah tak lupa pun, Kak ET..masih ingat sampai sekarang. Berlari di pantai, cari kulit siput dengan Kak ET – ya Allah…waktu tu dik yah darjah dua!
Sangat-sangat rindu Kak ET. Moga Allah rahmati hidup kat ET dan keluarga.
Jun 04, 2011 @ 20:30:56
terima kasih kerana membuat saya jatuh cinta pada tinta dan aksara…mpr2011
Jun 24, 2011 @ 23:28:57
as-salam…. akak, boleh tak kalau Sya nak link website ni pada blog Sya?
Jun 24, 2011 @ 23:30:49
As-salam… Kak Nas, kalau Sya nak link website ni pada blog Sya boleh?