BUKU TERKINI
Dari Jendela Zaman Ini merupakan sebuah antologi puisi dwibahasa yang menghimpunkan 100 buah puisi daripada 73 penyair Malaysia dan Singapura. Antologi ini bertemakan “perhubungan dan kemanusiaan” dan memperlihatkan suara penyair dalam mengungkapkan rasa resah gelisah, suara amaran dan protes terhadap kemelut kehidupan masyarakat yang diasak arus gelombang kemodenan global.
Antologi ini turut mengungkapkan fikiran dan pandangan para penyair kedua-dua negara terhadap peristiwa yang sedang berlaku dalam tanggapan peribadi yang puitis.
Antologi puisi ini diharap akan dapat lebih mengakrabkan ukhuwah dan perhubungan antara seniman Malaysia-Singapura.




Feb 22, 2009 @ 11:57:34
salam,kak nas masih ingat bdk klntn ni??
Mac 07, 2009 @ 14:18:19
adnie, kak nas masih ingat…
Okt 16, 2010 @ 02:29:58
Assalamualaikum w.b.t.
Kak Nas,
Tahniah untuk kelahiran buku ini dan terima kasih kerana menghadiahkan sebuah kepada kami. =)
Okt 17, 2010 @ 11:06:51
Hafiz; terima kasih. mudahan dibaca dan dimanfaatkan bersama.
dan moga terus berkarya juga!
Okt 17, 2010 @ 11:15:41
Kak Nas,
Buat masa ini tak baca lagi sebab buku itu ada pada Eja. Insya-Allah, akan membacanya juga. =)