TERUSKAN!

I.
Sepuluh hari berlalu sejak entri sebelumnya. Maka, ingin sekali lagi mencatatkan tarikh hari ini – 11.01.11 dalam entri baru.

II.
Beberapa hari lalu saya ketemu dengan seorang sahabat akrab. Si sahabat bertanya khabar dan saya kongsikan perkembangan terkini. Lalu katanya; “Ah, come on…!”

Dia seraya buat-buat menapak dua tiga langkah hingga saya kerutkan kening.

“Meaning?”

Lalu balasnya; “Just move forward, babe!”

Hari ini, saya terima emel daripadanya dengan subjek ‘Smile and Proceed’. Beserta sama beberapa bahan bacaan yang boleh membugarkan fikiran, setidak-tidaknya.

III.
Semalam saya didatangi seorang teman yang butuhkan pandangan dan bantuan untuk memutuskan satu perkara peribadi. Lalu saya capai sehelai kertas dan pen, membahagikan kepada empat bahagian bertanda ‘strength, weakness, opportunity‘ dan ‘threat‘ seperti seringnya saya lakukan dalam membuat keputusan.

IV.
Dalam kehidupan ini, adakalanya kita kebuntuan dalam membuat keputusan dan perlukan bantuan seseorang untuk memberi ‘tunjuk arah’. Dan, adakalanya juga kita mampu membuat keputusan sendiri, namun kita perlukan seseorang untuk memberitahu dan meyakinkan kita bahawa apa yang kita putuskan itu ialah satu pilihan yang betul. Ringkasnya, kita perlukan seseorang untuk memberitahu; ”Teruskan!”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.