PANTUN KERINDUAN

 

 

Tujuh purnama tuan berburu,
       Sampai batu bertukar pualam;
Sungguh lama tuan kutunggu,
      Hingga rindu bertukar dendam.

Banyak rebung naik di rumpun,
       Tidak sebatang menjadi bambu;
Banyak orang mengaku dukun,
       Menangkal rindu tiada yang tahu.

Penyengat terbang kerana madu,
       Singgah tinggi di kudup bunga;
Semangat hilang kerana rindu,
       Demi janji kuhidup juga.

Biar tinggi ampaian kain,
       Asal dapat jemur basahan;
Biar jauh di negeri lain,
       Asal dekat dalam sebutan.

Bukan tenun sebarang tenun,
       Tenun songket pakaian ratu;
Bukan pantun sekadar pantun,
       Pantun singkat memesan rindu.

Nota:  Pantun-pantun merupakan milik Ujana Nasriah Abdul Salam dan menjadi hak cipta penulis.  Sebarang ambilan perlu dikreditkan.
Gambar: ambilan di sini.

About these ads

6 Komen (+add yours?)

  1. zainal mohd jais
    Mac 03, 2010 @ 09:56:38

    Bahasa yang indah, perasaan yang lembut, budi bahasa yang sangat tinggi.
    Yang punyai penghayatan baik, akan tersentuh hatinya dengan sangat dalam.

    Balas

    • puteribongsu
      Mac 03, 2010 @ 16:47:43

      Salam hormat, Tuan Zainal;

      Terima kasih kerana membaca. sekadar mencatat melalui pantun ketika sukar mewakilkan kata-kata melalui pengucapan lain.

      Orang seperti tuan tentunya lebih mahir. Harapkan teguran dan tunjuk ajar.

      Balas

  2. zinnera c
    Apr 17, 2010 @ 13:49:54

    “Sebarang ambilan perlu dikreditkan. ”

    salam,

    saya kiranya masih budak dalam hal ambil mengambil ini.

    kiranya saya mahu letak pantun ini pada laman saya, adakah cukup dengan menyatakan nama saudari dan membuat link terus ke laman ini?

    Balas

  3. liliq ozean syah
    Mei 30, 2011 @ 22:53:13

    salam kenal saya kepada anda,,
    tiada lain ku ucap kan terima kasih kapada anda ,, karna dri membaca pantun anda saya sedikit terkesan,,

    Balas

  4. amira
    Apr 03, 2012 @ 01:51:52

    Assalamualaikum,
    sungguh indah bahasa yang Puan Nasriah gunakan,
    izinkan saya mengambil nya, untuk tatapan rakan yang lain,
    akan saya kreditkan dengan nama puan.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: